Saturday, March 7, 2009

Embak Yani yang pelik!

Embak Yani punyai seorang anak yang dilahirkan cacat akal dan terlantar, setiba umur anak ini mencecah 13 tahun, ia jatuh sakit hingga tubuh anaknya kurus melidi. Embak Yani yang agak miskin dan sebatang kara dilihat sukar mengharungi dugaan ini. Seringkali Wak melihat dia menangis mengadap anaknya ini..

Wak : Bersabarlah Embak! Ganjaran menunggumu di atas pengorbananmu sebesar ini. Jangan
kau berasa sedih dan sukar!

Embak : Aku bukan menangis kesukaran akan tetapi aku terharu kerana Yang Maha Esa begitu
bersungguh2 cintakan aku dengan tak henti-henti mengujiku! Sesungguhnya Dia gagal
memalingkan aku dari terus mencintaiNya!

Semalam anak itu meninggal dan sejak dikebumikan hingga hari ini Wak melihat Embak asyik tersenyum simpul.

Wak : Embak! Apakah kau gembira anakmu meninggal dunia kerana bebanmu sudah tiada
lagi?

Embak : Jono! Kematian anakku adalah kehendak Allah. Aku bahagia kerana kehendakNya terlaksana!

13 comments:

alang said...

Salam Wak.
Bila hati telah terpaut pada yang Satu,Maka segalanya adalah untukNya.

P/s Wak tak mau komen ke Pasal Hakcipta nama Allah yang tengah jadi rebutan Sekrang nie.hehe.

WAK JONO! said...

mereka berebut perkara yg tak mereka kenali

maun said...

Kadangkala amal tak dapat membawa seseorang ke makam yang dikehendaki olehNya, maka diberiNya ujian, terlaksana kehendak dan takdirNya...

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....

moses said...

salam

Aku tak tahu nak bagi apa2 komen jadi teruskan perjuang wak

aku2 said...

Salam,

Hidup dalam dunia ini penuh dengan dugaan, itu bahagian masing-masing. Perhatikan susah senang Nabi Ayub dalam Al Quran.

Surah Al Anbiyaa,
[83] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
[84] Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

Surah Saad,
41] Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).
[42] (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).
[43] Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Alangkan para Nabi-Nabi yang dikasihi Allah tetap diberi dugaan ini pula kita manusia biasa. Dalam kisah Nabi Ayub, dia kehilangan segalanya berkat kesabaran beliau digantikan dengan yang lebih baik.

Dalam bahasa yang selalu orang melayu pakai, "Ada rahmat disebalik kesusahan" dan "Setiap kesusahan itu adalah kifarah". Sesungguhnya tiada yang pelik bila manusia redha dengan cubaan Allah.

Pada siapa yang tahu nafsu kita ada makamnya Amarah, Lawamah, Malhamah, Mutmainnah, Mardhiah, Radhiah dan Kamiliah. Maka pada tahap manakah nafsu kita bila kita meredhakan dengan setiap ketentuan Allah? Siapa tahu dia tahulah.

aku said...

salam wak,

payah soalan ni..
aku cuba soal biar ramai yg komen..hehehe

ini soal uji.nape nak diuji?sape nak uji sape?bukan ke itu hayat 'Aku'..

ahh..pening gak aku wak..

aku2 said...

"Awaluddin Makrifatullah"
Dah kenal Allah maka sayang dan redha pada Allah. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dan dugaan dia sebab dia nak tahu sejauh mana kita kenal dia dan iman kita kepadanya.

Dalam konteks pengguna perkataan "Allah" sebagai terjemahan "God" dalam bahasa Inggeris. Mereka yang berebut tu tahu dan kenal apa yang mereka rebut.

Pada orang Kristian, Allah ada pada Ruh Kudus dan Allah ada pada Nabi Isa, sebab itu mereka berpegang pada konsep "Trinity".

Pada orang Hindu, Allah ada pada semua benda yang mereka panggil tuhan hatta lembu sekalipun. Tiada beza pada mereka yang mengatakan Allah ada dalam diri mereka sendiri, itu sebab ada orang mengaku Islam tapi tak mahu sembahyang.

Tapi kalau kita rujuk balik pada Al Quran, Surah Al Ikhlas:
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Jadi sebagai seorang Islam kita wajib berpegang kepada surah Al Ikhlas yang mengatakan bahawa Allah itu tunggal, maknanya tiada sesuatu pun yang boleh diterjemah untuk menjadi Allah. Allah ialah Allah.

Kalau orang ugama lain nak terjemah "God" dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, jawapannya ialah "Tuhan".

Tujuan orang Kristian cuba terjemah God=Allah tiada lain kecuali untuk menyesatkan akidah orang islam bertentangan dengan surah Al Ikhlas.

Terpulanglah kepada iman masing-masing, diakhirat nanti sendiri jawab.

aku said...

salam..

setiap yg berlaku adalah ketentuan dan dugaan Dia sebab Dia nak tau sejauh mana kita kenal Dia dan iman kita kepadaNya.

kalau tak payah uji,Dia tak tau ke iman kita kuat mane,kita kenal takat mane?

aku2 said...

Kalau tak di uji, Iblis masih lagi Azazil... duduk di surga, Muhammad tah kat mana.

Sepandai-pandai Nabi Adam yang diajar sendiri oleh Allah, tak ada dia tanya banyak-banyak mengapa dia diuji. Setinggi Azazil tak ada dia tanya mengapa dia kena uji sampai jadi Iblis. Mungkin dulu dia lupa tak tanya...

aku said...

salam..

sepandai-pandai nabi adam pun kena tipu ngan iblis..
selaknat-laknat iblis pun tetap taat pada Dia..
akur dgn perintah sesatkan manusia.

bukan ke semua tu dah ditetapkan sejak azali lagi?bukan ke semua tu kehendak Dia?

..mungkin gak depa lupa nak tanya masa tu..

mountdweller said...

Salam Wak.

Lama tidak jenguk kerana masa yang tidak mengizinkan.

Dugaan membuatkan kita lebih bertaqwa.
Dugaan juga mungkin membawa kita menjadi fasik.

Kadang-kadang anih juga diduga kepada "Diri-diriku adalah diriMU"

Anonymous said...

buy valium 10 mg of valium equal xanax - is it legal to buy valium online uk