Friday, March 20, 2009

berlari ke Suralaya

Wak mohon bercuti untuk beberapa ketika untuk ke Suralaya..kerana ketiadaan uang, Wak berjalan kaki menyeberangi Laut..

"Bukan aku memijak laut tetapi aku memijak makhluk.. bawakan aku ke Suralaya!"

45 comments:

aku2 said...

Laut itu makhluk?

Atau jin itu makhluk?

Insan zahirnya berpijak dalam air bukan atas air.

Wak, semuanya bergantung kepada nawaitu kita dengan DIA. Redhakah kita dengan dugaan kejadian yang DIA jadikan pada kita?

Disebalik tidak redha dengan kejadian Adam, Redhakah Azazil dengan kejadian Iblis?

wak rono said...

hahaha,
nawaitu aku dan dia,
hanya aku dan dia..
aku dan dia dah ada dua..
bukankah satu?
memang kekadang macam ada dua dan perlu ada dua untuk bersenda tapi harus faham HAQIQAT jangan sampai salah mensyirikkan dia

aku said...

wak rono,
cam syampo,dua dlm satu..huhuhu

wak,
betul ke nak ke suralaya?kim salam ngan tok ayah..

kartolo said...

kalau laut bukan makhluk, apa pula? makna makhluk tu apa? untuk yg bernyawa sajakah atau utk ciptaan baharu

mountdweller said...

Salam Wak.

Kenapa Wak perlu berlari? Bukankah jaraknya hanya selangkah aje?

kulupSakah said...

wwop! info terkini!
wak kirim salam, dia dah sampai sana, barangkali tengah makan dengan dewi kot..apa2 makluman aku sampaikan di sini

moses said...

Salam...

Dah lama x intai wak kat sini, tau2 dah ke suralaya, nasib baik tak ke bukit gantang...

desk said...

Salam Wak dan teman2 sekalian semua.

Wak buleh masuk dalam Malaysia Book of Record dan mencatatkan nama sbb menyeberangi laut dgn berjalan kaki.

Balik dari sana Wak confirm dapat gelaran Datuk/Dato ke sbb mengharumkan nama Malaysia.Berapa lah sangat dgn pemberian tu sebagaimana Wak telah banyak berbuat jasa....gurau senda aje Wak,jgn rasa hati yer.Ceria2 pagi Ahad ini memandangkan cuaca yg muram aje.

p/s:nak menambah ILMU apa sahaja sanggup kan walaupun Lautan dalam sanggup ku jejaki dan jalani.

guntur said...

harap2 wak pu;ang dengan membawa kisah2 pengembaraan dan ilmu yg lebih panas..

aku said...

biarla wak rehat kt gunung tu..

yang aku musykil,tentang makhluk..
laut tu bukan makhluk ke?ape sebenarnya makhluk?hanya yang bernafas je ke?

legend said...

salam sejahtera.

Yang kawan tahu definasi makhluk tu sesuatu yg bersifat baharu.Jalanraya,bangunan bukanlah termasuk dlm sesuatu yg baharu kerana ianya buatan manusia.Laut bukan sesuatu yg manusia boleh buat dan dikira sebagai makhluk.Tanggapan bagi pihak yang lain definasi makhluk entah ler...huhu....
arios...wasalam.

aku said...

betul gak kata legend..

tapi kata nabi saw,baju akan berzikir utk pemakainya yg berdoa sblm memakai.. makhluk gak kot baju tu..
bukan ke yg baharu tu semuanya kecuali Dia..
mungkin pdpt aku salah kot..

moses said...

Bukankah makhluk itu sesuatu hal yg di cipta.
Sesuatu yg di cipta mesti ada tukangnya. Kalau makhluk mesti ada Khalik nya. Kalau rumah pasti ada tukang rumah yg membuat.Kalau jalan raya pasti ada samy vellu huhuhu...
Rumah tu benda benda beku dan tak bernyawa,rumah tak fikirpun hal2 ilmu ketuhanan.
Rumah ke laut ke baju ke jalan ke ayam itik lembu kambing mereka tak perlu melalui satu proses jaringan hidup untuk mengenali penciptanya seperti mana yg bergelar manusia.
Mereka2 ini hanya taat kepada Khaliknya sahaja.
Bila kita menjadi khalik(mengenal) usahkan laut, api pun boleh menjadi sejuk, dengan kata lain KUN FAYAKUN...tiada yg mustahil bg aku, barang pinta barang jadi.

Hanya manusia sahaja yg memikul amanat Tuhan
p/s:bukan pikul mcm guni beras dok usung rata2 huhuhu.....

moses said...

Hanya makhluk yg bernama INSAN sahaja tidak pernah di cipta, tiada tukang, tiada pembuat....huhuhu

amma ba`du

aku said...

hanya makhluk yg bernama insan sahaja tidak pernah dicipta..
uraikan kit tuan..

guntur said...

benar! tolong jangan keliru antara manusia, orang dan insan..

Allah, Muhammad, Adam, Insan adalah suatu perkara yang amat panjang untuk dihuraikan..

dari insan menjadi intan!

moses said...

Nak hurai boleh..!! cuma takut kalian keliru dan payah nak faham aje. Sebab tu ramai ustaz2 yg mengajar kurang berkesan kerana tiada keberkatan darinya.

Semua orang boleh huraikan jika berlajar hal demikian, tetapi mursyid akan huraikan melalui pengalamanya dan huraianya bergantung tahap otak fikiran kalian.

desk said...

Woi manusia... Ini harta AHMAD ALBAB yang punya... Warghhh kah kah kah kah!!!

Allah, Muhammad, Adam, Aku
Allah, Muhammad, Insan, Aku
Tanah, Air, Api, Angin
Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud
Nafas, Nupus, Tanafas, Ampas,
Iman, Islam, Tauhid, Makrifat

DALAM DIRI ADA RAHSIA – rahsia kat dlm bukan di luar diri
DALAM HATI TEMPAT RAHSIA - rahsia di dlm hati
CARI RAHSIA DALAM RAHSIA – cari rahsia dlm hati
KUNCI RAHSIA DALAM RAHSIA – kunci rahsia di dlm hati


salam....carilah RAHSIA di dalam RAHSIA.Rahsia tetap rahsia beb.....ini gelanggang org ramai bro.password please......hehehe.....

aku2 said...

Ralat, sebenarnya saya refer ayat Wak:

"Bukan aku memijak laut tetapi aku memijak makhluk.. bawakan aku ke Suralaya!"

Dalam laut ada makhluk jin laut, ikan paus, ikan lumba-lumba yang boleh membawa kemana yang diarahkan. Jadi mana satu yang Wak suruh? Laut atau makhluk lain dalam laut.

Mengenai laut, setiap ciptaan adalah makhluk. Samada laut itu boleh dikatakan makhluk atau tidak kerana ianya mengandungi air, binatang dan pelbagai hidupan dan batuan bergantung kepada pemahaman masing-masing.

Saidina Umar menulis surat kepada Sungai Nil supaya berhenti banjir. Adam dicipta dari tanah, bumi tak benarkan malaikat ambil tanah untuk buat Adam sehingga Malaikat Izrail datang mengambilnya.

Didalam dan diatas tubuh kita ada bermacam hidupan lain seperti kutu atau kuman yang terlalu kecil dan mungkin ia berangapan manusia ini bukan makhluk.

Nabi Adam turun ke bumi, buat roti untuk makan tapi roti itu boleh berlari kerana tak rela dimakan oleh Nabi Adam. Roti pun makhluk?

Batu yang dipahat menjadi berhala akan dibakar didalam neraka bersama penyembahnya. Apa dosa batu sedangkan yang pahat jadi berhala adalah manusia. Batu itu makhluk?

Pokoknya zaman berubah dari masa-kesemasa. Yang kekal adalah HAKIKAT kejadian dan MAKRIFAT Allah. Kunci kepada segalanya.

Hakikat manusia berjalan atas bumi yang keras. Makrifat manusia berjalan air air yang cair. Hakikat semuanya adalah jisim dan atom. Makrifat semuanya adalah.... RAHSIA.

aku said...

bro desk..

benar ini gelanggang orang ramai.kalau dibuka rahsia,bukan menjadi rahsia lagi..

tapi kalau bukak yang tak payah guna 'password' bleh kot..

aku said...

bro desk..

benar ini gelanggang orang ramai.kalau dibuka rahsia,bukan menjadi rahsia lagi..

tapi kalau bukak yang tak payah guna 'password' bleh kot..

desk said...

salam bro aku.

nanti aku tanya dgn aku dulu apa mcm....

guntur said...

aku2..
ikutlah apa aje..haha!

moses said...

Hehehe...belasah je la asalkan boleh menaip...huhuhu macam2 ada

aku said...

bro aku2..

sebenarnya ape yg ko nak sampaikan? gua x paham la..

aku2 said...

aku.

Dalam hidup ini kadang-kadang kita dapat melakukan perkara ajaib (mission impossible) yang tak mungkin kita dapat lakukan sebagai manusia biasa secara zahir.

Wak nak berlari ke Suralaya, bukan berlari atas daratan tapi atas air laut. Caranya dengan niat atau lafaz "Bukan aku memijak laut tetapi aku memijak makhluk.. bawakan aku ke Suralaya!"

Ini adalah perkara yang ganjil kerana secara zahir kerana tapak kaki manusia tidak boleh terapung diatas permukaan air, namum begitu tapak kaki manusia boleh berdiri diatas makhluk lain dan makhluk itu boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, katakanlah Suralaya.

Dalam banyak banyak makhluk ada makhluk tertentu yang boleh berjalan atas air (Daddy Long Legs etc). Mungkin dengan keramat Wak boleh berlari atas air dengan izin Allah.

Ada cara lain dimana terdapat jin laut yang boleh digunakan untuk membawa manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Juga ada binatang yang boleh menjadi jinak dan dapat membawa manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Ikan lumba-lumba, kuda, harimau dan lain lain.

Dalam ertikata lain perkara ganjil umpama berlari atas air itu tidak mustahil sekiranya kita tahu caranya. Dalam perjalanan ini tiada yang mustahil sekiranya kita tahu RAHSIA itu. Itu mesej yang Wak nak sampaikan.

Sementara saya pula mengatakan bahawa perkara yang ganjil itu sebenarnya terdapat banyak kaedah juga dengan izin Allah. Cuma ada caranya yang syirik dan salah disisi ajaran Islam. Jadi kita kena faham dan berhati hati bila terdapat sesuatu perkara ganjil. Dan cara yang selamat ialah kita mengikut cara biasa yang telah ditentukan Allah kepada manusia biasa.

Kalau tidak ramai orang akan jadi Roku dalam cerita Dragon Ball. "Awan terbang bawa aku ke Suralaya, aku nak jumpa Chi Chi...".

desk said...

Salam.

hahaha nice story bro.... "Awan terbang bawa aku ke Suralaya, aku nak jumpa Chi Chi...".Ini mesti tgk cerita dragon ball di pawagam.huhu

kartolo said...

haha!
katalah apa saja,
kenallah segalanya.. setahu aku, wak cuba sampaikan sesuatu dan inilah hasilnya..anda akan dapat sebuah kupasan..sama ada wak guna jin atau guna apa pun, wak tetap wak..untuk wak..bukan untuk orang lain..wak senyum bile dia pergi sebelum menulis entry ini..dia berlari nyata!
zahir dan batin!

moses said...

Kuat gak pengaruh tv si aku2 ni ek.. huhuhu...gurau je...

wak ni pun satu hal, kadang2 apa yg nak di sampaikan aku pun tak faham apa maksudnya, hanya dia dan diri dia je yg tahu dan orang2 yg menyelemai hatinya.

Nampak gayanya kena khatam dulu la aku ni, Sementara wak dok kat suralaya boleh la aku mengomel sikit huhuhuhu..........Allah....

aku said...

bro aku2..

tima kasih atas penjelasan.ada lg nak tanya hehehe

ape salahnya dgn roku.dia bleh perintah awan.

bukan ke sulaiman as pon bleh.nabi saw pon bleh perintahkan pohon tamar ngadapnya..
bkn nk samakan roku ngan para nabi.. skadar nk tau salah ke..

desk said...

itu semua ilmu dunia aje.x kemana-mana pun.bila dah dapat asyik leka dan jobo aje kalau xpandai mengawali.maklum lah iklan sampingan.ada peringkat mainan ilmu yg boleh buat mcm2 yg kamu mahukan dan ada peringkat perempuan,wang ringgit jadi imbuhan so semuanya buat kamu terleka dan terlena.ada masa boleh ubatkan org lain lak.xkemana-mana pun balik2 dunia2.semua peringakat tu cubaan dan pemeriksaan sejauh mana kekuatan kamu.mcm situasi wak kemungkinan wak di beri pinjam dan beliau meminjam barang tersebut hanya seketika.pastu tolak balik bagi tidak memudaratkan diri.peringkat ini kekadang depa kata wali kecil.depa kata bukan aku yg dok kata.ini semua utk mengukuhkan lagi keyakinan dlm perjalanan ilmu yg SATU.ILMU ni luas dan xkan habis belajar sampai dok bila2.nak khatam....nak khatam...bila nak khatam...bila nak khatam....arios

aku2 said...

Nak buka satu cerita sikit.

Sila tonton Matrix No 1 bukan no 2 dan 3 itu sudah mengarut.

Jalan cerita dia ialah mengenal diri siapa KITA disebalik KITA. Dalam kita sibuk bercerita pasal aku, aku dan aku. Apa relevantnya KITA kepada AKU.

Dalam cerita Matrix, manusia diternak macam haiwan untuk memberi sumber tenaga kepada satu Super Computer yang control pemikiran semua manusia. Untuk membolehkan manusia terus bernyawa dan membiak, kehidupan seharian cuma wujud dalam pemikiran manusia sahaja.

Kali ini cuba tonton dan fikirkan jalan cerita itu dengan jalan hidup kita sendiri.

Wallahua'lam.

aku2 said...

Untuk renongan semua, kisah Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir sebagaimana dalam Al Quran Surah Al-Kahfi (khususnya ayat 65-68) - khusus untuk Wak yang perjalanannya berlari melintas laut.

[60] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun.

[61] Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

[62] Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini.

[63] Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.

[64] Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

[65] Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

[66] Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?

[67] Dia menjawab: Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

[68] Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

[69] Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu.

[70] Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

[71] Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar.

[72] Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[73] Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).

[74] Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!

[75] Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[76] Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku.

[77] Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!

[78] Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

[79] Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

[80] Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

[81] Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya.

[82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

moses said...

salam aku2... apa pengajaran dan pedoman yg kita boleh ambil dr cerita tersebut....huraila sikit...
apa yg aku nak renung ni...

kartolo said...

pengajarannya jangan pandang orang dengan buruk sangka sedang kita tak tau apa rahsia di antara orang tersebut dengan Allahnya..

Musa nampak Khidir salah, akhirnya buruk sangka melepaskan peluang untuk dia berguru kerana tak sabar!

Musa juga pernah menuduh seorang lelaki sesat kerana menyanyikan lagu kepada Allah "aku rindukan mu mari ke mari sayang kuikat tali kasutmu dan kusisir rambutmu..akhirnya Allah memarahi Musa kerana mengganggu lelaki itu kekasihnya!

maun said...

Wak dah menemui Muhammadnya jika tidak mana bisa berjalan di atas air. Tunduk segala yang bernyawa kepada Allah dan tunduk segala yang bertubuh kepada Muhammad.

Manusia Muhammmad insan hakiki makam iman yang tamkin yang boleh membawa kearah situasi begini. Ilmu tanpa keyakinan penuh berkecamuk dengan akal dan nafsu biar mutmainnah sekalipun tidak dapat menjangkau situasi begini.

Situsi begini ibarat baqa setelah fana bagaikan pohon yang pucuknya di langit akarnya dibumi, hatinya bersama Allah badannya bersama manusia.

Bagai Khidir dan Musa, hakikat Musa tidak melampui hakikat Khidir, begitu juga redha Musa tidak seredha Khidir hingga sabar Musa tidak sesabar Khidir. Namun mungkin makrifat Musa melebihi Khidir. Berlebih kuranglah manusia atas yang demikian.

aku2 said...

Renongannya.

Rezeki masing-masing, ada yang lebih dan ada yang kurang. Hatta Nabi Musa sekali pun walaupun dia Nabi besar yang Allah bercakap sendiri dengannya di Bukit Tursina.

Siapalah Khidir dan siapakah pula Dzulkarnain. Dzulkarnain raja besar. Siapa pula Lukman Hakim. Yusuf dan Ayub.

Tak boleh cerita banyak tak tahan zouk. Rujuklah Al Quran dalam setiap sesuatu yang dipelajari atau yang dialami insyallah akan anda dapati siapa yang berkalam dengan Al Quran dan mengapa...

kartolo said...

bukan setakat rujuk, malah dah telan Al Quran

moses said...

Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura. huhuhu

aku said...

dasat korang nih..
ni yg tak tahan ni.nak mintak wak bawak aku pegi suralaya! jumpa tak ayah!

maun said...

Kartolo,

Telan Al-Quran apa rasanya...cicah dengan air teh ke...

kartolo said...

apa nak hairan menyeberang laut, laut mengalir di dalam perutku..

kumakan AlQuran hingga terhadam hingga lenyap kalamku..yang tinggal kalam ini

fansuri said...

salam semua,
kekadang bila kita setkan akal akan adanya sesuatu trick yang orang buat,jadi kita akan bersedia untuk hadapi trick tersebut.TAPI bila orang yang sama buat direct show, kita masih katakan ada trick yang tersembunyi.makanya susahnya pada kita la,yang masih mengelirukan diri sendiri.cuba check n3 wak yang lepas2.ko rang gak yang bagi penjelasan.wak diam je.alih2 kowang gak yang tenggelam.tapi ...camne eek nak jalan atas air.... huuu al'lah

kartolo said...

bener fansuri,
itulah antara trick wak agar orang sentiasa melihat ke belakang semula..
jawapan dah ada diberikan sama ada oleh wak atau dari kawan2 sendiri..

persoalan berbeza2 (sebenarnya sama) tapi jawapannya itulah!

moses said...

allo...kartolo... mana la aku ada masa nak pi check n3 yg lepas2 tu..
ko igt aku dok ngadap pc ni 24 jam ke...huhuhu...

kalau kita belajar sekali pun guru akan ulang berkali2 supaya muridnya faham, walaupun benda yg sama, dia tak akan marah...

begitu juga dgn ilmu hakiki ini benda yg sama je dok bercerita... pergilah ke langit biru dan ke dasar bumi sekali pun...pi mai pi mai kena tang muhammad gak... cuma teori je yg berlainan

Jadi adalah lebih mulia jika cerita ini di ulang2 wpun dah bg tau...

Sape2 nak belajar jalan atas air meh jumpa aku dan bawa ongkos 250juta rupiah