Thursday, April 2, 2009

riuh- rendah zikir di Pulau...

penat, Wak pun berbaringan di dahan besar yang melintang pohonnya bakau.. sedang hendak terlena, Wak terkejut mendengar alunan "Subhanallah!" berulang-kali dan amat merdu..seakan berbisik!

Wak meninjau-ninjau sekeliling dan benarlah....daun-daun pepohon renek yang ditiup angin itu yang berzikir, disambut oleh ombak yang bertakbir "Allahu Akbar!" menghempas pantai. Bunyinya garau mengharmonikan bisikan lembut tadi..

degupan jantung Wak berdentum-dentam bagai rebana mengiringi alunan itu dan nafas bagai bersiul bertahmid...

Indahnya membuat Wak lena aman...sedamai Jibril yang berulang-alik dari Masjidil Haram ke masjidil Aqsa terus ke langit ke tujuh!

huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
hu uuu uuuu uuuu !!!!!!!!
huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
uuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!
uuuuuuuu uuuuuu !!!!!!!!

21 comments:

aku2 said...

zikir...

Apa itu zouk?

Apa jadi masa zouk?

Macamana ada mentol?

Ceritalah sikit kawan-kawan, ini pengalaman masing-masing.

kulupSakah said...

ya ceritakan..

maun said...

Hampir sampai agaknya perjalanan Wak ni...

Berehat di Arasy Tuhan padang jarak padang terkukur sejauh pandangan tempat akhir perjalanan dan permulaan hayat. Alam segala arwah dengan zikir hu hu hu yang tidak berhuruf, tidak berupa, ghaib mutlak.

Disitu terpecahlah cermin hakikat maka bertemulah Nur dengan Nur.Nur di atas Nur. Menjadi jelas dan terang lah antara Hamba dan Tuhan. Maka kembali nama kepada empunya Nama. Maka wujudlah diri insan kamil, zahirnya Muhammad batinnya Allah. Terlihatlah Esa itu didalam yang banyak dan yang banyak itu dalam Yang Esa.

Kesudahan dari itu tiada alim yang mengetahui....

fansuri said...

Subhanal'lah

aku said...

. . . . .

moses said...

Comfirm fana la tu .... huhuhu.....

Jangan dok lama2 sgt fana nanti ada lak orang pi gali lobang.. ingatkan dah mati...

maun said...

Moses,

Fana tidak disertai dengan baqa....hampeh tak bermanfaat selagi ajal belum menjelma. Baqa itu melahirkan zahiriah insan kamil yang di gelar Nur Muhammad, gelaran buat Nabi Muhammad s.a.w semasa hayatnya. Nur ini lah yang membawa terpeliharanya syariat sampai hari kiamat, dan menyimpan rahsia antara Tuhan dan hambanya jauh lebih tersembunyi.

Anonymous said...

salam.

benar lah seperti tuan hamba maun tu kata.baru saja mencapai maqam "fana" dan lagi atas adalah maqam "baqa".

bks aka budakkuatsyariat said...

kita masa dilahirkan di dalam dunia ini mmg dah "FANA" (NAMA PUN DUNIA YG FANA)pun tapi "FANA" mcm mana?atau nama lain "illusi".masa dan ketika itu tidak lagi terasakan yg ada kewujudan lain bkn *wahdatul wujud sebab kalau kita letakkan pengertiannya "bersatu" dengan Allah maka tersasar iktikad kita iatu masih ada yg lain tapi adakalanya kita tidak sedar dan menyombongkan diri dgn mengatakan aku ini dan aku itu.Firman Allah "Sesiapa merampas selendang keangkuhan KU maka mereka itu adalah musuh KU"
nak cerita mcm mana ye sbb suasana masa tu lain sgt

(*PENYAKSIAN)

sekadar pandangan.

aku said...

kisah wak ni mengingatkan aku kat penulis lagu kasih latifah,bila nak saksi..

..lauk dia dah cukup masin..

moses said...

Huhuhuhu... benar pendapat kalian.

Kena fana dulu la baru boleh dapat baqa`, Nak dapat baqa kena mati dulu la baru dapat merasai...

Kalau mati sampai ajal tu bab lain

pinjam kata2 maun...
Kesudahan dari itu tiada alim yang mengetahui....

bks said...

yg di maksudkan dgn FANA di sini ialah seluruh makhluk ini bahkan juga dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dlm ingatan hati kerana ia karam dlm kesedapan dan kelazatan mesra kpd ALLAH jua dan terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kerana ia dpt kemesraan yg MAHA AGUNG kpd ALLAH yg ESA jua.FANA umpama ini tidak terjadi melainkan apabila ia tersyuhud kpd salah 1 dripada 4 pekara iaitu-
1) Afaal ALLAH
2) Asma ALLAH
3) Sifat ALLAH
4) Zat ALLAH
Bagi hati org sufi yg telah suci bersih apabila ia teringat kpd perbuataan ALLAH (afaal ALLAH) atau kpd sifat2 ALLAH atau kpd ZAT ALLAH nescaya dtglah ketidak sedaran kpd dirinya dank pd yg lain kerana ia karam dlm kesedapan dan kelazatan umpama itu,yg mana di gelaran FANA “Maqam Al-Jamik”

bks said...

Apabila seorang sufi itu terdpt fana kerana ia tersyuhud kpd salah satu daripada 4 perihal 4 tadi-Afaal,Asma,Sifat dan Zat sudah tentu ia tidak dapat menyedari diri sendiri dan juga makhluk sekeliling maka di waktu itu kerap kali terlatah (syataha) di mulutnya dgn perkataan “ittihad” umpama:-
“Akulah Tuhan yang sebenar”
“Tiada dalam jubah (KU) melainkan Allah

Sedangkan mereka dlm keadaan tidak sedar diri (fana) itu bukanlah bererti mereka terbaring tidur atau tidak dpt bergerak-gerak lagi jasad itu bahkan mereka kerapkali dpt berjalan seperti org yg sihat dan berckp dgn org ramai tetapi tidak sedarkan org ramai kerana “mabuk” dan “karam” kpd Allah.Waktu itu juga mulut mereka melatah dgn perkataan “al-ittihad” seperti di atas.dlm hati org sufi yg dlm keadaan fana dan terlatah dipanggil “wahdatul wujud” atau “al-ittihad” mengikut istilah tasauf.dan mereka dlm waktu itu tidak terkena lagi dgn hokum taklip syarak kerana akal mereka “hilang” dgn kesedaran alam sekeliling.tiap2 wali atau sufi melalui dan menempuh jln ini tetapi ada yg terselamat dari fitnah dan ada pula tidak selamat seperti Al-Haj.Adapun maqam para nabi dan para rasul ialah maqam baqa yg tercipta dari awal yakni ia tidak perlu menempuhi jln fana yg menyebabkan seolah-olah jadi org gila atau mereng.

bks said...

Syuhud adalah suatu pekara zauk yg tak boleh hendak ditakbirkan dgn lisan dan kalam.berkata sesetengah ahli sufi-‘siapa tak rasa tak kenal/tahu’
Apabila berjaya mencapai syuhud umpama itu maka dia digelar ‘wali Allah’ atau’ al-arifbillah’ atau ‘al-wasilu illa llah’ iaitu org yg mengenal ALLAH (maarifat) kpd Allah dgn jln syuhud.dan syuhud terdiri dari terbitnya perkataan ‘musyahadah’ iaitu seolah-olah ia semajlis atau bersetentangan di antara satu sama lain dlm majlis hadrat ALLAH,begitulah dirasai oleh hati para wali.dan maqam musyahadah inilah digelar maqam “al-ihsan” sebagaimana hadis Rasulullah dan baginda menjadi pati utama yg diturunkan oleh Allah yg jarang manusia mengetahuinya melainkan para aulia/sufi/wali,nabi dan rasul Allah.
Semua wali-wali besar,nabi-nabi dan rasul-rasul adalah terdiri dari maqam musyahadah itu tetapi musyahadah dgn jalan baqa yakni mereka kekal dlm kesedaran dgn 2 alam iaitu alam batin tetap bermusyahadah dgn ALLAH dan alam zahir iaitu dpt berbicara dgn makhluk ramai dan membimbing masyarakat kea rah jln benar dan diredhai Allah serta tidak menjejaskan batin dari musyahadah dgn ALLAH.
Itulah digelarkan “maqam baqa billah” iaitu maqam yg tertinggi sekali dari segala maqam dan di panggil maqam ‘al-insan al-kamil’.tetapi adalah termaklum bahawa “maqam nubuwwah” ini mmg lebih tinggi lagi daripada itu kerana tidak dikatakan nabi-nabi dan rasul-rasul melainkan golongan yg menerima maqam baqa

salam dan wasalam.

moses said...

Padat dan tepat sekali....
Itulah penjelasan sebenarnya yg dihuraikan oleh saudara bks

terdapat jua insan yg fana seperti yg dihuraikan oleh saudara bks iaitu boleh bergerak ke hulu hilir akan tetapi ada juga yg fana tidak bergerak2 spt baring, duduk, bersila dan sebagainya.

Hal2 demikian pernah terjadi satu ketika dahulu di mana seorang insan yg terlalu asyik dgn penciptanya,(mungkin baring ketika itu)sehingga org mengatakan beliau sudah mati,sehinggalah mursyidnya datang memanggil pulang

Dan pernah terjadi juga sehingga dimandikan di kafankan dan ditanam.Disebabkan insan2 sebegini bertaraf wali mungkin ada hikmah dan karamah yg hendak dinyatakan.
Dimana malam pertama org buat tahlil utknya beliau tersedar dan pulang ke rumah sambil membawa kain kafan dan mencampak depan org ramai yg sedang bertahlil sambil berkata..."Aku belum mati lagi..."

huhuhuhu..

Kesimpulanya... kena pi dulu baru tahu...huhuhu. Kemanisan madu perlu dikecapi bukan didengari

bks said...

Salam kalian.Jgn begitu tuan moses.hang aku tahu pandai tapi seperti harimau sorokkan kukunya sahaja.aku pandai dan reti syariat saja.aku hurai lebih sedikit lagi.pekara syuhud tak boleh dibahas,tidak boleh diterangkan kerana lemah pendapat akal mahupun lidah dan pena utk meghuraikan rahsia ini.kalau diterang atau terterang atau terckp atau melatah atau terucap maka tentulah pendengaran org terkeliru.maka bila terkeliru menjadi fitnah pada blog ini.kalau menjadi fitnah tentu aku atau sahabat2 sekalian kena serbu dan di letakkan dibawah ISA. pinjam tulisan tuan moses Kemanisan madu perlu dikecapi bukan didengari.

Lihatlah apa yg terjadi pada Al-Haj ketika ditarik oleh kuasa kelazatan fana(jazbah) maka terlatah di mulutnya (syataha) dgn kata “tiada dlm jubah (KU) melainkan Allah”.Hal sedemikian bkn disengajai sebagaimana digembar-gembur oleh pihak pemerintah yg tersilap menganbil pengertian tapi hasil daripada pekara syuhud zauk yg terjadi.Kebetulan pada masa itu zaman yg membuat fitnah kpd Al-Haj adalah kaum Fuqaha,ahli zawahir yg mmg tidak mengerti rahsia tersebut.Akhir pada tanggal 18 Zulkaedah 309 Hijrah (921 masihi) di zaman Khalifah Al-Mukataddir Billah (kerajaan Abasiah),Al-Haj di hukum bunuh kerana fitnah oleh seorang ulamak fikah terkenal Ibn Daud Al-Isfahani penganut mazhab Zahiri suatu mazhab yg mementingkan segala hukum kpd nas zahir belaka dgn tidak memperdulikan rahsia hikmat di belakang itu.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jalani “kiranya Al-Haj itu berada di zaman ku nescaya aku ambilnya dgn tanganku dan aku tahan daripada fitnah pembunuhan org” kerana org zawahir mmg tidak mengerti rahsia syuhud itu yg hanya utk antara kita dgn Allah jua dan tidak harus diterangkan kpd umum.

Sesetengah guru mengurung muridnya di suatu tempat yg khas dan dikunci pintu masa beramal sbb pekara sedemikian dikuatiri berlaku dan hanya dibebaskan murid tersebut selepas kembali siuman.Kau dulu kena mcm tu ke moses????huhuhu.mungkin guru kau buat solat sunat dahulu sebelum pick up kau kembali…….Demikian perjalanan fana sebelum seorg sufi itu mencapai maqam baqa (al-insan al-kamil)

Berkata ahli ariffin “menerangkan rahsia sirr rabbubiyyah itu kufur.
Maksudnya kalau sudah terang rahsia ketuhanan,tentu tak berhajat lagi kpd nubuwwah dan kalau rahsia nubuwwah pula terdedah terang tentu tidak berhajat pula kpd ilmu pengetahuan dan kalau rahsia ulama itu pula sudah nyata maka tentulah pula tidak berhajat kpd hukum.

to be continue...soon

bks said...

sori geng aku lagi.nak sambung tadi punya cerita.Fana mungkin antara kita tak tahu atau merasa mcm mana tapi contoh yg aku berikan ini ada persamaannya.contoh tersebut adalah kita bawa kereta dari utara ke selatan.tapi ada ketikanya kita tak sedari yg kita sudah melalui atau melepasi tempat tersebut.masa tu kira fana lah atau kita tak sedari.kita tidak pulak ditimpa kemalangan sewaktu kita tidak sedari itu??sapa yg memandu ketika itu tanpa melanggar atau terlanggar benda yg lain??masa tu dah melayang lah tu ungkapan lain fana lah tu.kadang kala mulut yg sebagai speaker ini terungkap kata2 rahsia.tu masalah yg timbul kalau didengari oleh mereka yg jahil.ada kalanya aku lelan tengok diri aku sendiri,aku pandang bahagian tangan kemudian tanganku mengenggam dan melerai.kemampuan siapakan itu??asyik...asyik...asyik mcm kata Amalina,udah msk dang dut ni bang ooi.........

IndukYati said...

salam semua,

Hebat betul perbincangan antara Moses dan Bks...terima kasih kerana membuka minda sy yg dah lama tersumbat nie...dek kerana banyaknyer titik2 hitam dalam hati...mangkuk yang berdebu dan gelap manakan dapat sinar cahaya.

dol_bendol said...

Fana
Dunia fana
manusia

dalam diri manusia ada bekal ILMU mengenalNYA

cuba tuan puan fikirkan, sekiranya, Penglihatan, Pendengaran dan lain lain nikmat panca indera kita tu, di tarik balik oleh NYA

fana betul betullah kita, selalunya, hampir mati akan di perlihatkan

Ilmu begitu - mati sebelum mati - sebab nak tahu apa yang di perlihatkan semasa hampir mati tu - kita boleh belajar

saya suka http://al-merapu.blogspot.com

inshallah

joom tukar tukar kalam

Anonymous said...

buy valium online buy valium online with paypal - valium 5mg 10mg

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.