Friday, April 24, 2009

JONO MAKAN DENGAN ALLAH..

..Kata Kartolo Wak Jono semakin aneh, berpindah ke Gunung Muria dan asyik duduk bertafakur di sana. Makan minum tak dihiraukan. Tidak banyak bicara dan sudah sukar tersenyum.

"Jono! Ayuh turun makan!! Adipati dan Tok Ayah menunggumu makan bersama-sama!" jerit Kartolo.

- diam-

"JONOOO!! jONOO!! Makaann!!"

"Jono sudah binasa. Tiada maujud melain Allah!" balas Wak Jono.

-diam-

"waduh! gawat nih! baiklah! Allaahh!!! Ayuh makan wahai gusti Allah!!" jerit Kartolo lagi.

- diam-
"Ayuh makan wahai gusti Allah!" ulang Kartolo.

"Allah tidak makan tidak mengantuk, tiada berjasad dan berhuruf!" tegas Jono.

"baiklah! Ayuh Jono dan Allah! Ayuh makannn!!" laung Kartolo.

- diam lagi-

"Mana mungkin ada dua wujud. Syirik menyekutukanNya!" Jono membalas laungan..


Kartolo berlalu kerana tidak tahu bagaimana hendak memanggil Jono turun makan. Panggilan apa yang sesuai?

12 comments:

alang said...

haha. entry panas nie. silap2 bleh kena isa nie.hehe. Apapun, Allah or Roh memang tak boleh makan dan minum, tapi jasad kita kena makan dan minum. Itu Fitrahnya. Manusia tidak memerlukan minyak untuk berjalan. Tapi `kenderaan` yg dikawal oleh manusia memerlukan minyak untuk berjalan.hehe.

Anonymous said...

kesah ni mengingatkan aku pd kesah syeikh siti jenar..
ahh..teringin bertemu..

roh itu allah,allah itu roh?

ku2 said...

salam kaum kerabat.
memang fitrah manusia kena makan n minum, tapi hakikatnya tiadalah perbuatan manusia itu yang meninggalkan bekas, melainkan kehendak Nya jua. di sisi Nya, tiada yang mustahil.
bila mana insan berdiri di atas maqam Muhammad, adam lah dia. yang tinggal hanya Dia jua. wallahualam.

maun said...

Jono tu belum Muhammad nya lagi. Baru fana bahawa segala perbuatan adalah perbuatan Allah.Tiadalah perbuatan melainkan perbuatan Allah....Ini adalah tingkat zikir dan fikir..duduknya di hati, kenderaannya aqal. Roh itu urusan Tuhan, tidak ada ikhtiar..berkisar tentang perasaan..Ghalib dia atas zikir sehingga fana bahawa segala perbuatan adalah perbuatan Allah.

moses said...

Salam.......

Tak payah panggil si Jono tu...
moh kita makan je pedulikan dia

Bukannya dia kebulur pun kalau tak makan.
Tubuh zahir memerlukan makanan krn akal masih dok ligat lagi...huhuhu

Kalau nak panggil gak Jono tu,panggil je cara batin barulah ia sedar... itupun kalau si pemanggil jumpa chanel... kalau tak harammmm............

Aku agak je la....huhuhu

aku2 said...

Lain kali kalau korang panggil anak korang makan, bila dia diam tak mahu makan, dia dah sampai peringkat Jono.

Peringkat ini dinamakan peringkat mengada-ngada. Tak terfikir ke rakyat Somalia tu buncit perut sebab tak makan.

Dah fitrah manusia kena makan, makan ajalah. Kalau sampai peringkat kena berpantang tak boleh makan itu tak boleh makan ini maka baru nak menyesal dah tak dapat merasa nikmat dunia.

Itulah manusia bila hidup teringin nak mati. Bila Izrael dah dekat tahu pulak takut.

Jangan risau setiap insan pasti akan merasa maut - hatta Muhammad sekali pun - hatta Izrael sekali pun.

kulupSakah said...

bila dia sedar dia lapar dan teringat dunia, turunlah dia makan nanti

Unknown said...

Salam Wak, lama tak bertandang.

Nasib baik dikatakan makan dengan Allah. Kalau makan Allah, bagaimana?

aku2 said...

Wak, lama menyepi. Takkan merajuk kot. Tak pa tak lama lagi datanglah ilham tu.

PG said...

alif..ba..ta

haris said...

kisah ini terlalu seni, kalau dengan tergopoh gapah dan ketiadaan ilmu kita akan mengalami kesulitan dalam memahaminya, banyak unsur-unsur ilmu ketuhanan yang terdapat didalamnya.

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.