Monday, May 4, 2009

dia turun maqam!

kata Kartolo Wak Jono sudah turun untuk makan setelah 7 hari 7 malam di puncak.

"mengapa kau turun? Lapar? Allah lapar? Atau kau sudah sedar kau hanya bayang di dalam cermin dan bukan tuan empunya diri hakiki yang berdiri di depan cermin?" tanya Adipati.

"duduk di atas jadi tunggal dan sunyi. Harus turun ke bawah bersama sifat untuk merasa semua dan menjadi sempurna!" kata Wak Jono.

"Siapa sebenarnya yang hendak rasa? Allah atau Muhammad? tanya Tok Ayah.

"insan!" jawab Wak Jono.

"Habis di mana yang dikatakan Allah dan Muhammad?" tanya Adipati.

"atas ujud yang satu itulah. Di alam insan!"

Ketiga-tiganya Kartolo kata tidak berkata-kata lagi tetapi mata mereka merenung antara satu sama lain dengan penuh makna mendalam dan tenungan itu amat lama.

"Aku rasa mereka sedang berbual melalui batiniah!" kata Kartolo padaku, Ronasina yang mencatat entry ini.

8 comments:

pg2u said...

turun maqam cam turun katil jer..:)

aku2 said...

Bukan turun naik.

Ia umpama roda, apabila ia bergerak ke depan, satu titik itu akan menaik dan setelah sampai ke puncak (apex) ia akan menurun semula untuk membentuk satu kitaran.

Kitaran kehidupan/pelajaran. Siapa belajar dia akan faham. Yang susah, setelah mencapai puncak (macam academi fantasia aja) seseorang itu akan menempuh cubaan sebelum sampai kepuncak yang satu lagi.

Selagi bernyawa selagi itu roda itu akan berputar. Hidup mati. On Off.

So Wak "Light, Camera, Action...."

alang said...

Rosalina, Wak kasi sms ke pasal2 citer2 nie.hehe.

aku said...

..maka benarlah spt yg pernah dikhabarkan..

apa la agaknya yang mereka bertiga bincangkan secara batin tu..

ku2 said...

salam.
"...Habis di mana yang dikatakan Allah dan Muhammad?" tanya Adipati.

"atas ujud yang satu itulah. Di alam insan!"


inni ana zatul haq.
inni ana sifatul haq.

wallahualam.

kulupSakah said...

ku2,

ya..itu-itulah

moses said...

Cerita apa ni....???

Term Papers said...

Term papers for Sale:It’s actually a great and helpful piece of information. I am glad that you simply shared this helpful information with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.