Friday, January 2, 2009

DEMI MASA..

kalian takde kerja? cuba lihat lirik ini dan kupas maknanya terutama yang Wak hurufbesarkan atau warnakan..selamat mencoba!

Aku telah melihatnya aku telah mendengarnya
tak perlu engkau kejutkan aku
tidakkah kau mengerti hidupmu dalam teka-teki
mencari kebenaran
SEDIKIT tapi PAYAH
jika kau mengejar YANG LAIN
merindui kilauan emas tapi alpa dengan yang mencipta
DEMI MASA manusia sentiasa dalam rugi
melainkan mereka YANG TAHU

Engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran
sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua engkau mesti berjalan
walau harus TERSESAT dan luka
dan berpindahlah engkau INSAN dalam putaran hidup ini
hingga saatnya kau bertemu
dalam satu PERTEMUAN YANG SEJAHTERA

hanya mimpi kata mereka yang rugi
hanya mimpi mereka tak mahu mengerti dan tak peduli
(tak mahu percaya dan tak mengerti)

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
kuharap kau memahami keadaanku
dan mungkin kau ingin bersamaku
bersama bermimpi dalam kenyataan YANG SATU

semakin mendalam hanya AKU YANG TAHU
perasaan hati nurani
mungkin kau kan bertanya
SIAPAKAH DIRIMU apakah DESTINASIMU

apakah ada yang lain dari peganganmu yang ada
atau mungkin perjalananmu tamat di sini
dan tiada lagi?

lagu/lirik : M. Nasir
album : SOLO 1990

21 comments:

Anonymous said...

Wak apa tajuk lagu tu...nak google la, best tak...??

Anonymous said...

Tak percaya?

Buka radio dan dengar liriknya kecuali radio Mandarin dan Tamil (lainlah kalau faham maksud lagunya)

Tanya kembali siapa yang berkata kepada kita yang mendengar. Nescaya akan ada jawapan "Aku berkata kepada aku yang mendengar".

Aku menulis bukan kerana nama.

Anonymous said...

oho..lagu DEMI MASA dalam album sifu yang ada lagu mustika tu?..ye ye best!

Anonymous said...

salam wak..
aku lum layak nak urai lagu tu.tapi aku tengah asyik yg ni..
kau masih belum pun ku punya
rinduku masih kau tak peka,
cintamu kerap ku mimpi
cintamu sering ku damba
buatku terasa sedih
kalaku bukakan mata,
kau masih belum ku dakap
rinduku masih kau tak singkap..

Anonymous said...

lagu tu aku minat...spider kan... hahaha... lagu utk kenal diri tu hehehe

Anonymous said...

ko ni minat lagu gak ye moses..
skrg lagu tu kerap klua kt satu radio tu..
sape ye dj tu.. meh le kenal2 kt umah wak ni..

Anonymous said...

spider? fuyoo..korang cari album nazraku tu...lirik dia semua power!!!

hoi! Wak suruh kita kupas lirik demi masa ni laa..

alang said...

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya

Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Anonymous said...

Wak..!!! kita org dah lari tajuk la.... lain yg disuruh lain yg di buat...huhuhuhu...

aku tak reti la wak nak kupas lirik ni.. kalau kupas buah kelapa aku pandai la, kadang2 tu jumpa pokok kelapa dlm buah kelapa..hahaha.

Anonymous said...

Salam...

Aku gi jamming kejap untuk memahami maksud lirik ini huhuhuuu...perghhh ...best tapi ini yang aku kupas dari sudut pemahaman aku lah...korang xtahu macam mana pulak korang punya sudut pemikiran dan angle mana korang focus...
Lirik ini terbahagi kepada 2 bahagian.1 nasihat dan 1 lagi menceritakan bab si pencari dgn Maha Pencipta.Nasihatnya adalah DEMI MASA manusia sentiasa dalam rugi
melainkan mereka YANG TAHU.Bab si pencari dgn Maha Pencipta adalah mencari kebenaran
SEDIKIT tapi PAYAH hingga saatnya kau bertemu
dalam satu PERTEMUAN YANG SEJAHTERA
dan kesudahan untuk si pencari adalah semakin mendalam hanya AKU YANG TAHU
perasaan hati nurani
mungkin kau kan bertanya
SIAPAKAH DIRIMU apakah DESTINASIMU
dikala ini bermain 1 persoalan antara kamu dan dirimu.Lirik yang akhir sekali tu ditutupi dengan nasihat kembali dan betapa bagus nya tapi persoalan yang tergantung adalah bila berlaku tanda tanya (SIAPAKAH DIRIMU apakah DESTINASIMU) nie terpulang kpd pencari ilmu yang hakiki,adakah ia akan meneruskan perjalanan sampai terpana atau berhenti sekadar yg itu saja Allahualam...

wasalam...ini aku punya sudut pemikiran lah geng,mungkin korang ada presepsi yang lebih baik silakan...

Anonymous said...

Salam khas utk alang dan umum utk semua...

alang,ko main lagu BPR kan?hahahaaa...lagu tu lirik nya mudah sedikit untuk difahami berbanding dgn lirik si nasir nie sbb byk cabang dan arah tujuan (long cut) tapi penyudahnya sama iaitu yg SATU.Lirik BPR tu mengisahkan si pencerita dgn Maha Berkuasa dan ikatan perjanjian yg termetri di alam Lahut.Macam mana dia nak kata sudah sampai sini tu?Kat sini jalan mudah, ia dah sampai kembali seperti mana yg sepatutnya seorang insan harus laksanakan.atau di sudut pemikiran yang lebih komplikasi sesat.hmmm...sesat mcm mana lak.sesat ini boleh juga dikategori tengelam dan mcm 2 lagi lah.Aku dah jadi mcm penterjemah lak...heheheee..."syariat bagaikan pohon,Tariqat bagaikan cabang,Ma'rifat bagaikan daun,Hakikat bagaikan buah.
"Hidupnya hati adalah ilmu,galilah ia.Matinya hati adalah bodoh,maka jauhiia.Bekal yang baik adalah takwa,maka berbekallah dgn takwa.Cukup bagimu apa yg kunasihatkan.Jadikanlah ia sebagai nasihat.Redha Allah adalah Allah memberikan Qurbahnya kpd hambanya tanpa melirik kpd darajat"
Katakanlah:"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanKU kecuali kasih sayang dalam Qurbah"
surah As-Syura ayat 23
maksud Qurbah dlm satu perkataan.

wasalam...

Anonymous said...

Salam...

minta ruang kebenaran ye wak...

buat 'aku' dan yg lain jua
"Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa"
surah Al-Fath ayat 26

Kalimat "La Ilaaha Illallah" perlu di ambil dari orang hatinya telah bertaqwa sempurna dan suci dari segala sesuatu selain Allah.Bkn sekadar kalimat yg di dengar dari mulut org biasa walaupun lafaznya 1 tetapi bobotnya berbeza.Bibit tauhid yg diambil dari hati yg belum hidup,maka bibit tersebut tidak sempurna dan tidak tembus.Oleh kerana itu di dlm Al-Quran Kalimat Tauhid di tempatkan dlm 2 tempat.Pertama "La Ilaaha Illallah" secara lisan untuk org awam/biasa.Firman Allah "apabila ia dikatakan kepada mereka:"La Ilaaha Illallah" mereka menyombongkan diri (Ash-Shaffat:35)
Kedua kalimat :"La Ilaaha Illallah" di serti dgn pengetahuan yg hakiki."Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan"
surah Muhammad ayat 19.

So talqin zikir ini amat penting.Carilah seorang guru
yg mursyid

wasalam...

Anonymous said...

ya dini faham dan pemahaman dini pd lirik tu sangat baik..aku pernah terbaca saniboey wartawan ulas lagu demi masa raihan yg dikatakannya lebih berkesan dari demi masa m.nasir..haha! tak salahkan dia, itu yg dia fhm..

Anonymous said...

salam..
aku nak cuba wak.. huhuhu
Aku dah sampai,aku dah saksi,tak payah nak bagitau.
Jika masih mengejar dunia,nak cari kebenaran yg sikit pun payah.Demi masa,manusia sentiasa rugi kecuali mereka yg sudah mengenal..
Manusia sering bertelagah,aku betul,kau salah,yg tu sesat,yg ni tak,padahal mereka keliru.
Tapi utk mencari,kena redah gak walaupun sesat,walaupun perang,walaupun luka,walaupun dinista.
Bila dah bergelar insan,itulah saatnya bertemu... pertemuan yg sejahtera.
Mereka yg tertutup hati, kata itu semua hanya mimpi.
Bila dah saksi,hanya aku yg tahu,siapa aku,kemana tujuanku..
...atau hanya ini perjalanan kita,sekadar islam keturunan!
sori la wak kalau melalut.
kalian carikan la aku guru yg mursyid.aku tak tau nak cari dimana.. atau ada sape2 yg sudi.. huhuhu

Anonymous said...

moses terjumpa pokok kelapa dalam buah kelapa?
huhu!
tu macam lirik loloq dlm lagu "ada" nyanyian m.nasir

dalam awan ada hujan
dan dalam hujan ada lautan
dalam aku ada dia
dan dlm dia ada kita ada semua

alang said...

Salam to saudara dini dan sahabat2.
Thank dini for ur explanation.
Bpr ng lagu2 sezaman ngn dia memang aku support.hehe.
Lagu2 zaman dahulu klau kita teliti ada maksud2 tersendiri. Bukan mcm lagu zaman skrang. Tangkap leleh je lebih.hehe.

Wak,jom karaoke.(aku tak reti nak jamming. Layan ble la.)

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz dini...!!!
buat la satu lagu send kat M,Nasir huhuhu....

Kartolo...
Tak perasan lak aku macam lirik loloq dlm lagu "ada" nyanyian m.nasir... betul gak kan...
aku ni kalau bab lagu tak tahu mana siapa pencipta lirik/lagu..
Zaiton Sameon aku tau la..huhuhu

Alang...!! kalau ajak wak pi karaoke jgn lupa ajak aku sekali..huhuhu, kita pakat nyanyi lagu2 hakikat sambil2 minum coke hahahaa... Kat Kajang tu pun bersepah ada karaoke.

Anonymous said...

Salam...

Walaikusalam tuan hj moses...
nantilah aku dok pikirkan mana tahu dapat ilham nak buat lagu lak ganti arwah lolok...huhuhu...
mungkin boleh pair dgn m.nasir mana tau.dah glamour tu...haha pakcik rockin...
Aikk... nasib laman wak nie cold down cikit kalo tak jadi cam laman Tok Batin Senoi lah.Kena ban dah...tak buleh bukak beb...
geng kalo berkaraoke aku nak joint sekali.nanti aku buat lirik untuk kita,hen bagi kat m.nasir.boleh gak buat kumpulan takikah (terbalik nama hakikat tapi akidah masih lurus beb) tak npk sgt.jadi recording artis lak dah.glamour lah kita dgn wak kepala botak pakai reben.Kita buat lagu rock antu.
wasalam...

Anonymous said...

Bila pulak aku pi mekkah buat aji....
memandai je ko ni dini...

blog wak ni tak kena ban pasai ada sifat2 Sidiq,Amanah,Tabligh,Fatonah dalam dirinya...huhuhuhu

Yang dok melaung org yg bg komen je hahahahaa...

mungkin kau kan bertanya
SIAPAKAH DIRIMU apakah DESTINASIMU

Anonymous said...

Salam Wak dan shabat-sahabat budiman,
Ada pun hakikat lirik kepada lagu ini hanya pelirik sahaja mengetahui. Aku taktahu, cuma hentam je sebab ditakdir aku tak ada kerja hari ini.

Rangkap 1,
Penulis telah menyedari tentang tujuan hidupnya setelah menempuh suka, duka, jatuh bangun dalam kehidupannya sehingga ia telah tersedar balik perjanjiannya dialam lahut bersama Tuhannya serta seruan azan ditelinganya semasa dilahirkan didunia. Kealpaannya telah disedarkan apa erti tujuan dan matlamat hidupnya sehingga tak perlu lagi 'dikejutkan' atau dinasihati kerana pelirik sendiri telah sedar apa tujuan hidup ini tanpa perlu lagi diperingatkan oleh orang lain. Terdengar dibenaknya, Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Dunia ini hanya tempat sendagurau, bermewah-mewah, bangga dengan anak-anak, harta, pangkat sehingga masuk kubur. perigatan sekali-sekali jangan begitu mmilukan hati pelirik sehigga menyesal kerana selamanya ini hanya mengejar dan rakus mencari harta,pangkat dan kemewahan hidup sehingga lupa mencari kebenaran dan erti sebenar tujuan dia dijadikan. Itulah sesalan pelirik dengan ungkapan SEDIKIT tapi PAYAH, iaitu mencari hidup dunia yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi sehingga pelirik merasakan DEMI MASA manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka YANG TAHU, yakni manusia akan sentiasa rugi jika masanya dihabiskan mencari kemewahan dunia dari apa yang diperlukan oleh tulang punggungnya untuk beribadat, mengabdikan diri, muhasabah diri, mengenal diri, mengingati, rindu, cinta dan mengenal Tuhannya setiap ketika dan setiap keadaan. Yakni mereka-mereka yang mendirikan solat dan mengingati Tuhannya waktu berdiri, duduk dan berbaring. Berdesing-desing ditelinga pelirik, sehingga beliau berazam mahu mengubah cara kehidupannya dalam mencari kebenaran.

Rangkap 2, Lantas pelirik mengambil jalan-jalan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Khaliqnya. maka ramailah manusia yang mencemuhnya mengatakannya sesat, salah, gila, manusia yang tidak mahukan kemajuan, sedangkan penulis sudah nampak jelas jalan kepada akhirat dan Tuhannya. Berdetiknya dihati pelirik sehingga beliau mengatakan kepada orang-orang yang mencemuhnya 'sedang engkau masih keliru'. Walaupun dicemuh bahkan dikatakan sesat, pelirik terus berjalan mencari diri dan Tuhannya sehingga kadangkala dalam perjalanannya penulis harus TERSESAT dan luka akibat tipuan-tipuan syariat, tarikat, hakikat makrifat sehingga menjadi abid yang riak, sufi yang bercelaru, ahli hakikat yang takbur sehingga mengaku mengaku aku dan Tuhan bersatu serta makrifat yang kabur, sehingga mengatakan 'aku sudah sampai' padahal makrifat itu tidak ada kesudahannya. Tipuan-tipuan ini berpindah-pidah dari anggota, nafsu, akal dan perasaan pelirik mengikut keberadaannya. Sehingga pelirik merasakan seperti keldai pengisar tepung, mersakan sudah jauh berjalan tetapi bertemu tempat yang sama. Pelirik menjadi binggung sehingga diungkapkan 'walau harus TERSESAT dan luka' namun pelirik dengan mujahadah,muhasabah dan mushahadahnya tunduk dengan rendah dirnya dihadapan Tuhannya memohon keampunan dan taubat,takutnya, harapnya, sabarnya, tawakkalnya, ikhlasnya, mahabbahnya dengan kalimah hanya kepada Engkau kami merendahkan diri dan memohon pertolongan dan dengan sifat RAHMAN dan RAHIM Tuhannya, pelirik dapat berjalan dimakam INSAN yang IHSAN dan mengharapkan akan dapat mengenal dengan ilmu, pandangan dan kenyataan yang yaqin terhadap Tuhannya sehingga pelirik menunggu-nunggu saat dan ketikanya bila Tuhannya membuka tirai hijab antara Dia dan diri pelirik. Itulah harapan pelirik dalam baitnya 'dalam satu PERTEMUAN YANG SEJAHTERA'...cau dulu, esok kerja, salam wak.

~PakKaramu~ said...

Salam

Saya ni termasuk orang klasik, suka dengar nyanyian al marhum P.Ramli "dari masa hingga masa" kalau tahi lirik tu hmmmm ! mengusik perasaan