Friday, January 9, 2009

Pendita di dalam gua..

Suatu petang Wak dan Ronasina mengikut Kartolo ke gua mencari tahi kelawar untuk dibuat baja.. Di suatu sudut gua yang sempit dan ada sedikit cahaya masuk dari lubang yang kecil kami agak terkejut apabila terlihat seorang tua berpakaian serba putih sedang duduk di atas batu sambil mendepakan tangannya...

Wak : Wahai pendita! Apakah yang tuan lakukan di sini?

Pendita : '"..dan ingatlah Allah ketika kamu berdiri, duduk dan baring...."!

Ronasina : seakan tuan pendita sudah lama berada di sini. Apakah tidak berasa takut dan
susah berbuat begini?

Pendita : "Sesungguhnya orang-orang yang berbakti dengan taat beramal soleh tetap
berada di dalam syurga yang penuh nikmat"

Wak : Tuan tidak ada keluargakah? Tidakkah mereka risau tentang perkhabaran
tuan?

Pendita : "Dan apabila mereka kembali kepada keluarganya, mereka kembali dengan
riang gembira"

(Kartolo mengisyaratkan agar kami pergi saja meneruskan kerja kami tanpa mempedulikan pendita itu)

Kartolo : Itu Maulud, orang tua dari Demak. Dia tidak akan bercakap melainkan apa
yang keluar dari mulutnya adalah ayat-ayat al Quran sahaja!

41 comments:

moses said...

Salam...

Datukku pernah berkata satu ketika dahulu, gurunya bagi tau kat isterinya nak bertapa 3 hari je... sedar2 5 tahun baru balik...hahahaha
terlalu asyiknya beliau....

Tapi kalau aku duduk atas tikar sembahyang 3 jam macam 24 jam lamanya,
pasal banyak yg lara..huhuhu....

Bila kita minat akan sesuatu masa begitu singkat bg kita, macam main dam aji,dari pagi sampai ke petang pun tak mengapa pasal minat sangat dan terlalu asik,tak makan pun tak pe..tak berasa lapar... tapi kalau tak minat...pergghhh....seminit pun macam sejam....

amma ba`du

aku said...

salam..
...dan ingatlah Allah ketika kamu berdiri,duduk dan baring...
bukan kelakuan ketika solat ke wak..?

kartolo said...

yeke aku?
maknanya 24jam sembahyang tak berhentilah ye?

legend said...

Salam,

Solat tak henti-henti,lenguh lah kaki.huhuhuuu....

dini said...

Assalamulaikum semua...

Tentu ada diantara mereka yang mana hatinya lalai dalam mengingati Maha Pencipta.Tu adalah peringatan!!!

Pendita : '"..dan ingatlah Allah ketika kamu berdiri, duduk dan baring...."!

berbahagia lah hendaknya

aku said...

salam kartolo..
itulah solatuldaim agaknye..
kalian betulkan kalau aku salah.. huhuhuhu

moses said...

Bab solat kan dah habis di bincangkan baru2 ni... so tak yah lah memanaskan keadaan lg huhuhuhu...

Tak yah nak pening2kan kepala.. lakukan solat syariah dan gabungkan solat hakikat... boleh ke tak kartolo...???

anntaj said...

salam wak jono..
ada juga saya tak faham tapi terus memahami bahasa dgn sebaik mungkin..
:)

aku said...

salam..
ada caranya kita nak ingat akan Dia kan.. bukan senang nak ingat setiap detik,24 jam sehari..
camane ye...?

moses said...

Aku.... ko apa kabar...???

Ada caranya utk ingat Allah tapi bukan kat sini hahahaha.... pi jumpa wak la nak tau selanjutnya atau yg berkelayakakan

dalam syariat junjungan nabi kita pun banyak tip2 utk mengingatnya, bawa je la hak tu dulu pun tak pe
Tak salah kan kartolo...???

karteni said...

aku,
utk ingatin Allah 24jam sehari gampang saja...pakai saja serban yg panjang..malah tasbihnya harus lebih banyak

mountdweller said...

Salam sdrku.

Pendita itu sedang berada di dalam syurganya sendiri. Dia bukan dia, dia adalah dia!

aku2 said...

Orang tua tu ikut sunah nabi. Macam bertapa kat gua hiraq nak temui kebenaran. Sayang sekali dia dah lama bertapa tapi tak juga jumpa Allah.

Nabi bertapa dapat surah "Iqraq" lepas tu tak pernah pulak dia suruh orang islam bertapa. Selalunya yang bertapa ni nak cari pendamping - tak cukupkah Allah berdamping dengan kita?

Manusia ni kadang-kadang tidak sedar Allah melihat dan bersama kita 24jam. Mungkin orang tua itu dah jumpa "Ahli Wakti"...

mountdweller said...

Wak dan moses,

Macam mana ni? Nampaknya ramai yang berjalan di dalam gelap!

moses said...

Katakanlah wahai Muhammad ! Tidak serupa orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan

Surah Az-Zumar: Ayat 9

moses said...

Aku2 said....
Manusia ni kadang-kadang tidak sedar Allah melihat dan bersama kita 24jam.

Benar kata saudara tu...masalahnya adakah kita ni dok ingat kat Allah 24 jam...Banyak lalai dr ingat kat Allah.

Bagaimana nak ingat Allah 24 jam
akan nak berzikir 24 jam kot, sungguh pun kalau kita berzikir 24 jam tapi dalam setiap sebutan zikir kita pasti ada yg terputus2
jadi masih lalai lagi.

Baiklah....
contoh kita zikir ALLAH,ALLAH,ALLAH
setiap sebutan kita pasti ada yg terputus.
ataupun kita zikir ALLAH senafas je pastu bila habis nafas putus gak...jadi cam ne tak nak bagi putus setiap masa....????

Pasti ada kaedahnya utk mengingatiNYA yang dikatakan oleh pendita gua tersebut "dan ingatlah Allah ketika kamu berdiri, duduk dan baring...."!

Orang kampung kata mcm mana dok rumah nak dapat duit, jadi orang gaji hahahah...itu dulu la...lani dah mcm2 cara

mountdweller said...

Dalam tidur pun berzikir. Tahun cerita Tok Kenali? Menegur muridnya mengaji di dalam tidur yang berdengkur!

Anonymous said...

Salam

Kpd Aku dan sahabat2 yg lain...

utk mengingati Allah tanpa putus2.. ilmunye dipanggil Zikir Nafas... untuk mengetahui zikir nafas kena laa belajar ilmu mengenal diri iaitu belajar sifat 20 bawak kedalam diri..:)

aku said...

salam..
tanpanama(tuhan pun ada nama...),
tima kasih habaq kat aku pasai zikir nafas.la ni aku try..
karteni,
bleh la order serban yg besar utk aku.. hehehe
moses,
hg je la yg ngajar aku.. hehehe
aku2,
yg aku paham,kita bkn nak cita bab betapa.. tp dah hg dok paham lagu tu,nak buat camana..
abg din,
kat umh wak ni bkn semua org satu aliran.mana yg tak kena tu pakat2 la tegoq.
kalian semua pun tegor la aku ni.aku ni bkn tau apa pon.blasah je.. huhuhu
makin puja makin cinta menusuk kalbu,
dalam naik turun nafas menjunjung namaMu...

aku2 said...

Saudara Moses,

Zikir itu salah satu cara kita ingat kepada Allah.

Bukankah sebelah pagi lagi kita dah berikrar yang "salatku", "hidupku" dan "matiku" kerana Allah.

Bukankan kita memulakan langkah kerana Allah dan bertawakkal kepada Allah. Dan kita laksanakan apa yang dia tentukan kita buat hari ini.

Yang itu kita harus ingat. "Ingat aku, ingat Allah."

(Betul, susah kita nak ingat Allah, saya sendiri pun tak mampu, tak tahan dengan airmata yang keluar tak berhenti-henti. Takut tak semena-mena bini tanya "menangis ingat girlfriend mana?")

Kita hanya mampu mencuba tapi bukan dengan cara bertapa dalam gua bertahun-tahun, yang itu benda lain yang akan datang jumpa kita. Silap-silap boleh sesat.

dini said...

Salam...

Kat sini aku tgk semua nak main safe.Aku pun nak tahu kalau2 geng seangkatan seperjuangan tahu ape zikir 24 hrs tu?

Kalau aku ni byk wang udah tentu aku jumpa dgn abg mat nie tapi bayaran nya mahal tu beb. http://www.freewebs.com/internatebest/.

mohon ampun zahir dan batin
wasalam...

pakcik jobo said...

Salam kpd "aku"

engkau enggak tau or saja2 tanya nak buat perbandingan.Sbb mcm kata dini semua main selamat.sorok kuku.
ana tgk ko hebat sbb mana2 ana pegi maesti ada nama "aku" terpapar so ana pikir tuan aku mesti banyak ilmu.

aku said...

salam pakcik jobo..
minta izin wak..
aku banyak ilmu? hahahahaha
ko tgk,mane ada aku buat kenyataan.semuanya pertanyaan.maknenya aku tak tau la tu..
takde ilmu la yang aku merayap sana sini tu.. tiap kali aku merayap,yang aku jumpa.. hanya aku..
huhuhu

Syed Syeikh AlFakir ibni Syed Attarmizi said...

moses,
ALLAHALLAHALLAH..
nafas tak putus sbab ditengah2nya disambung HELAAN nafas HU,HU, HU,...

kau jugak yg lancarkan GELAK RASMI di blog ni yg bunyinye HUHUHU!!

mountdweller said...

Salam Wak dan saudara semua.

Tompang lalu Wak. Saya sarankan yang tidak berapa faham tu, jangan pakai belasah saja. Saudara-saudaraku sekelian carilah Mursyid. Insya Allah kita akan faham dan terkawal.

Maafkan saya kerana mungkin peringatan yang ada di antara kita yang tidak berapa suka (gemar).

moses said...

waduhh...!!! panjangnya nama Syed Syeikh AlFakir ibni Syed Attarmizi,
Ni tok syeh dr bani Tamim ka...huhuhu

Betul la tu kata tok syeh...
Sebenarnaya ada benda yg nak aku tuliskan tapi masing2 merendah diri akan ilmu yg dimiliki.sorok kuku kata pakcik poyo..

tapi kadang2 aku saja je nak panaskan blog wak ni, bukan nak membangga diri tapi nak mencungkil ilmu dari kalian semua...huhuhu

Zikir utk mengingati Allah tu satu cabang jalan ilmu,tak kemana pun lagi.Kalau dok atas sejadah maka masih dok situ je la lagi, kalau dok dlm gua pun sama gak...dok lah berapa lama pun,selagi masih ada akal maka banyak yg zero dari yg berhasil.

Untuk ingat Allah 24jam atau sepanjang masa ianya TIDAK BERHURUF DAN TIDAK BERSUARA.
ada bantahan....!!!

Syuhudul Wahdah Fil Katsrah Syuhudul Katsrah fil Wahdah..

Kena pergi dulu baru faham, kalau bercerita panjang lebar tapi tak pernah sampai mati 10x hidup semula pun tak akan faham.

Cerita pendita di dlm gua ni ia bersangkut paut dgn rukun Islam kesemuanya.......

amma ba`du..

aku2 said...

Masing-masing dah kenal...
Bak kata hanya Mutu mengenal Manickam.
Tak perlu jumpa naik bulu roma...
Dalam blog pun semua boleh naik...
Memang masing-masing simpan kuku, itu tanda orang berilmu
Ada yang buat pura-pura tanya...
Sebab caranya merendah diri dang tidak bersifat sombong
Zuhud dengan cara serdahana

Hilang tapi ada!
Tak nampak tapi dapat dirasa
Berjauhan tapi satu
Umpama aku dengan aku
Itulah aku, aku, dan aku!

dini said...

salam buat kalian...

barulah sporting....cantik.kuku udah kalian jelmakan kalau nak lagi cantik tunjuk lah taring....hahaha
tiada bantahan dan ikut kefahaman masing2

pakcik jobo said...

Salam

Kalau ana kata bukan 24jam tapi 25 jam mcm mana?Mau kasi bakar sikit bab ini.Ada yg buleh kasi ana jelas x?

aku said...

salam..
tumpang lalu wak..
yang aku paham,kalau ikut syahadat 24jam je..(ntah betul ke tak)
kalau 25jam,pakcik jobo dan kalian terangkan la..
sok kena g kedai jam la..huhuhu

aku said...

salam..
tumpang lalu wak..
yang aku paham,kalau ikut syahadat 24jam je..(ntah betul ke tak)
kalau 25jam,pakcik jobo dan kalian terangkan la..
sok kena g kedai jam la..huhuhu

mountdweller said...

Kalau saya katakan dalam seminggu ada 8 hari, bagaimana?

~PakKaramu~ said...

Salam

Pendita tu perkataan yang selalu di gunakan oleh orang agama lain, apabila ada orang yang mengasingkan dirinya seumpama di dalam gua ertinya mereka MENGUZLAHKAN DIRI di samping menghampirkan diri kepada Allah dengan beramal dengan berbagai-bagai cara

aku said...

salam..
p.cik jobo ngan abg din, cite la sikit..

mountdweller said...

salam aku,

Uncle rasa orang paling layak bercerita di kalangan kita dalam bab itu ialah Pak Karamu.

Mohon Pak Karamu buat satu n3 berkenaan ini.

pakcik jobo said...

Salam.

Ana rasa sama seperti Pak Din.Mohon laluan yek Wak.Pak Karamu adalah yg sebaik-baiknya mengulas hal ini.

Ana hanya bikin panas aje sbb ape?sbb tadi nampak dah sejuk sikit sbb Tuan Syed,moses dan aku2 dah rungkai kan sedikit so sejuk sikit.

So kita tunggu dari Pak Karamu.Kita tungguuuuuuuu....

aku said...

salam..
pak karamu jugak yang kena..
sian pak karamu.
apapun pak,bukak kit..

legend said...

assalamulaikum semua.

25 bukan 24,8 bukan 7.so yang tersembunyi sebenarnya satu.telek dan teliti lah pada diri akan tahulah jawapannya nanti

Nur Muhammad bermula nyata.
Asal jadi alam semesta.
Seumpama api dengan panasnya.
Itulah Muhammad dengan Tuhannya.

arios.

mountdweller said...

Tepat wahai sdr legend.

legend said...

Salam Wak dan teman seperjuangan.

Bukan ape tuan saudara mountdweller,moses pernah mengingatkan kat kawan nak mencari tuhan 10x mati dan 10x hidup pun tak kan berhasil.
Yang akan berhasilnya setelah kita membuka diri sebenar empunya diri pada kita.
Moses kalo kita tgk beliau selalu gelak haha dan huhu dan sudah menjadi trademark beliau tapi sebenarnya beliau memberi hint kpd sesiapa yg menyedari dapatlah ilmu dan ilham

Arios

Anonymous said...

Salam sejahtera buat teman

Sir di dalam sir etinya rahsia di dalam rahsia.Mana yang dah sampai ke rahsia alhamdulillah tapi belum ke temu dengan rahsia yang sebenar.Masih berselindung di sebalik terselindung.

Seperti mana kata saudara kita di dalam blog ini selagi masih ada akal maka banyak yang samar dari yang berhasil.Oleh itu menggunakan akal tidak kemana mana pun.Hanya takat tu aje.Terpena sedar x sedar dah sampai.....huhu bila masa tempuh.....aku pun tidak tahu.Adakah ini aku???