Friday, January 30, 2009

Malaikat itu lelaki?

"Apa itu syirik, bapa?"
"Syirik itu menyekutukan Allah dengan makhluk lain- sedang Allah itu Tuhan sekalian alam dan tiada siapa dapat mengatasi kekuasaanNya!"

bicara kanak2 lingkungan 10 tahun dengan bapanya itu menarik perhatian Wak. Kami sama2 menumpang sebuah lori untuk ke kota.

kata si bapa,"Allah itu bersalah2an dengan makhluknya yakni tidak ada satu pun makhlukNya yang menyerupai Allah baik manusia, hewan, tumbuh2an, iblis, jin mahupun malaikat!"

"Malaikat itu laki-lakikah bapa?" tanya si anak lalu pantas si bapa menjawab "Malaikat itu makhluk Allah yang taat beribadah dan menjalankan tugasnya. Malaikat tiada jantina,"..

"bukankah ia sudah menyerupai Allah yang tidak berjantina?"...
"Kau akan ngerti bila dewasa nanti.." kata sang bapa.

Wak mengusap kepala anak itu sambil berkata," moga kalian sepintar ini bila dewasa nanti!"

50 comments:

legend said...

salam...

"Malaikat itu laki-lakikah bapa?" tanya si anak lalu pantas si bapa menjawab "Malaikat itu makhluk Allah yang taat beribadah dan menjalankan tugasnya. Malaikat tiada jantina,"..

sama gak dgn roh mana ada jantina.huhu...seperti mana tulisan aku2 yg bab lps malaikat jibrail ada sayap,teman puas bayangkan adakah mcm sang burung bentuknya???israfil lak trompet kat mulut...nak kena bayang mcm mana rupanya.mcm pemuzik ke??

Pakcik Jobo said...

salam sejahtera

tak kenal malaikat tapi wajib percaya adanya malaikat.macam mana nak deal dgn malaikat sedangkan kalian langsung engak kenal.malaikat tidak kenal siang malam untuk beribadat kpd Tuhannya.

Ishhh...ishhhh ko ni legend kata israfil mcm pemuzik.kalau dia tak tiup trompet nak tiup ape lak?kiamat lah kot?haha......bangun lah sekalian manusia,gugurlah bintang dari langit ke bumi (masa sekolah di bagitau lagu ni lah)

legend said...

Salam.

jgn biarkan hidup kalian di selubungi misteri.

jibrail=membawa wahyu
israfil=peniup sangkala
izrail=pencabut nyawa
malek=penjaga neraka
mungkar & nakir= penyoal masa dlm kubur
raqib & atib=penulis amalan

bila dah kenal malaikat baru tahu bahawasanya malaikat tak putus-putus memuji Tuhannya dan selalu contact Tuannya dan adanya hubungan.

Wak Parjo said...

Assalamulaikum

Jibrail,Mikail,Izrail dan Israfil ada pula nama asli masing-masing.Sesiapa ingin menjadi jagoan haruslah mengetahui nama asli Izrail Pencabut Nyawa dan mana duduknya.Kenal nama tapi engak kenal mana satu duduknya tak gak patut.

aku2 said...

Rukun iman percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat/Akhirat/Pembalasan dan Qada' & Kadar. (Malaikat no 2)

Ada baca pasal malaikat - perbualan antara Jibril dengan Nabi Muhammad saw tentang rupa bentuk saiz malaikat (lebih kurang)- malaikat yang paling besar sekali ialah 4 orang malaikat pemegang Arasy Allah. (Lama dah baca ni 25 tahun dulu, kalau ada siapa yang dapat scan atau link bagus juga.)

Malaikat tiada jantina, tetapi masa mereka melawat Nabi Ibrahim untuk menyampaikan berita gembira mengenai Nabi Ishak dan Nabi Yaakub. Jibril, Mikail dan Israfil berupa 3 orang lelaki. Lepas tu mereka pergi jumpa Nabi Luth berupa 3 orang lelaki yang digilai oleh penduduk Soddom yang homoseks.

Banyak riwayat bila malaikat mengambil rupa manusia, mereka menjadi lelaki.

Wallahua'lam.

moses said...

Salam...
Mesi ada sebab mengapa malaikat suka mengambil rupa manusia...???

moses said...

Salam Legend... malaikat ko ada 8 je mana 2 lagi... Bukankah wajib dipercayai ada 10... sepuluh apa aku nak panggil pun tak tau 10 org ke..., 10 bijik ke 10 buah ke...ahrghhh...

Tapi yg semestinya malaikat tu ada ramai/banyak, seramai manusia gamaknya

Dan setahu aku malaikat tak pernah pun ajak aku berbuat baik, nak ajak aku pi surau...ermmm harammm sekali pun tak pernah, aku je dok pi sendiri.

semulia2 kejadian adalah manusia bkn malaikat

legend said...

salam moses dan yg lain

malaikat mmg ramai tapi aku ingat tu aje.mikail ada,zabaniyah ada,ada ada beberapa nama lagi aku tak ingat sgt.kalo nak tgk dan rujuk kena buka buka lah jawapnya.
Cuba ko story sikit kenapa malaikat suka amik dan menyamar jadik manusia sbb ko yg bukak cerita ini dulu mendahului yg lain (in advance ler).haha

bukan moses said...

sebab apa suka nyamar jd manusia? sebab...
manusialah sebaik2 kejadian dan seelok2 rupa paras..

persoalan yg Wak titipkan skrg bukanlah isu malaikat saja aku rasa, tapi... 'persamaan' malaikat tak berjantina dengan Allah yg boleh mmbawa kpd syirik sbb ada org yg memuliakan malaikat sama dgn Allah...
cuba buka tabir ciri 'persamaan'ini yg bertentangan dgn laisakamithlihi

Sang Dedau said...

bukan moses said.
----------------
cuba buka tabir ciri 'persamaan'ini yg bertentangan dgn laisakamithlihi

Salam.

Cuba habak mai cikit.Malaikat itu kan adalah makhluk.so wat pe nak di buat persamaan dgn Yang Esa!!!abis iblis azazil tu dok kat jantan ke betina??kalau tiada berjantina adakah kita nak samakan dgn Allah??

legend said...

Salam.

tumpang lalu wak

sang dedau jgnlah mare,aku tau ko mesti dedau punya.huhu.kasi lah sikit hujah membangkang ko

moses said...

aku2 moses wak legend dan yg lain2 pun laisakamithlihi.....huhuhuhu....

rondo said...

sang dedau,
hujah anda tu macam hujah yg biasa digunakan oleh ustaz2 utk menyelamatkan keadaan dirinya yg sebenarnya takla berapa tahu..huhuhu!
kalau gitulah penutupnya, apalah yg dimaksudkan dgn ilmu itu luas..macamana nak jawab dgn org yg nak tahu...

hihi!

moses said...

Bagi orang2 yg tak mampu nak jawab jadi jawapanya adalah
Wallahua'lam bisawab.....huhuhu

Jadinya ilmu ni tuhan buat utk dirinya sahaja,hamba2nya tak tau pun tak pe, Next time baca Yassin tak yah sebut ayat Ya Sin...terus je baca ayat ke 2.....dah tuhan je yg tahu....!!!!
Dalam pengajian ilmu hakiki perkatan tersebut tak wujud...
setiap persoalan pasti ada jawapan
bezanaya sahih dgn tak sahih je...

Wallahua'lam....huhuhu aku pun sebut gak...

Sang Dedau said...

Salam

Duhai rondo alahai rondo.ape lah engkau ini dgn maksudkan dengan seorang ustaz yg cuba menyelamatkan diri atau engkau yg dedau.Aku tanya engkau,motor dgn kereta sama ke?biar aku jawap,sudah tentu tiada persamaan dan yg ada cuma sikit2.Itulah hujah aku wahai si legend.Kalau hati tidak bersih,itu ini mesti terfikir punya.

kulupSakah said...

kunci segala ilmu adalah soalan..ada soalan ada jwpn

aku2 said...

Saudara-saudara pada pandangan saya apabila kita menghadapi suatu permasalahan kita kena kembali ke pangkal jalan. Rujukan wajib kita adalah Al Quran itu sendiri.

Tak perlu pergi jauh, Surah Al Ikhlas (Mengapa dipanggil ikhlas?)

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Dalam sifat 20:
Mukhalafatuhu lilhawadith - Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu.

Yang tersebut di atas adalah yang asas. Pada yang memahami keESAan Allah maka perbuatan menyamakan Allah dengan makhluk dalam sesuatu apa pun adalah salah.

Dalam artikel oleh Wak Jono lebih kepada kita memahami hubungan Malaikat dengan Manusia daripada menyamakan Malaikat dengan Allah. Jangan kita sesat macam orang Kristian menyamakan Allah sebagai "Bapa" (Father) yang akhinya membawa kepada anak pun jadi tuhan dan yang membawa benih anak pun sebagai tuhan - Trinity. Ayat terakhir surah Al Fatihah menyebut "...bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..."

Saudara Moses, Legend tidak letak Malaikat Mikail - Penyampai rezeki dan Malaikat Ridwan - Penjaga Surga. Malaikat itu lebih ramai dari manusia dan jin.

Sementara itu Malaikat tidak suka-suka menyamar jadi manusia. Malaikat tiada nafsu untuk buat suka-suka. Malaikat menurut arahan dan perintah Allah untuk berupa manusia, dan mereka tidak pernah abaikan perintah Allah.

Ada juga cerita Malaikat Harut Marut, Malaikat berjumpa Nabi termasuk ketika Izrail mengambil nyawa Nabi sendiri.

Iblis pula adalah seorang jin dan dia lelaki, sebelum kejadian Nabi Adam beliaulah antara yang paling tinggi darjatnya disisi Allah dan namanya Azazil. Perlu diingat bahawa Azazil tidak pernah syirik dengan merupakan Allah dengan makhluk, dan dia tetap mengesakan Allah sebagai tuhannya sehingga keakhir masa. Beliau jadi kafir kerana angkuh dan sombong serta bertekad untuk merosakkan manusia. Perlu juga diingat bahawa Iblis tidak berupaya untuk menyesatkan manusia sehinggalah dia minta keizinan dari Allah sendiri, selepas diizinkan Allah baru Iblis menyesatkan manusia, bermula dengan Hawa dan Nabi Adam.

Juga kita kena ingat bahawa kesesatan dan dosa yang pertama yang dilakukan oleh manusia ialah makan buah kuldi. Mengapa ianya terjadi ? Kerana Kun Faya Kun Allah. Rahsia mengapa Allah mahu ianya terjadi ? Itulah yang kita bawa sehingga hari ini.

Wallahua'lam.

rondo said...

trimakasih dedau
sila kemukakan hujah, bukan metafora yg dah ramai tahu..

adanya dosa 'syirik' yg Allah ciptakan adalah kerana ada ciri2 makhluk yg hampir menyamai Dia.Insan diuji begitu utk memahami apa itu 'laisakamithlihi"..ilmu Allah bukan setakat menghafal teori2 tetapi merasai 'nikmat' itu..

kalau kita belum tahu di antara angka 1 dan 2 ada angka2 lain, jgn kata tiada dan jgn kata tak bole disamakan antara 1 dan 2 ...
maaf ya! saya tak berniat mengajar tapi kita boleh bertukar2 pandangan di blog wak ni..

perbezaan pendapat dialu2kan sebagai meraikan nikmat keluasan ilmu Allah selagi tidak menyimpang dari niat mencari kebenaran dan jauhkan dari riya', ujub dan takbur..

aku said...

salam wak dan tetamu semua..
kulupsakah..
aku stuju,ada soalan ada jwpn..
tapi besanya..
..sdr aku,ko cari la guru mursyid.. hehehe....

aku2...
bukan ke hebat si iblys tu..
dah kena laknat, tapi tetap taat pd yg esa..
penah masuk syurga lak tu..

aku2 said...

Kisah Iblis dengan Adam.

Ada terbaca lama dulu kisah Iblis mengadap Nabi Muhammad saw memohon agar Allah ampunkan dosa beliau. Nabi kata pada Iblis Allah akan ampunkan dosa Iblis sekiranya dia sujud pada kubur Nabi Adam. Iblis masih berpantang dan berdendam dengan Nabi Adam sampai bila-bila.

Bab cerita Iblis dan Nabi Adam ini cerita mereka yang istimewa, kedua-dua mereka bukan calang-calang makhluk. Kedua-dua mendapat rahmah, barakah dan menghadapi kemurkaan Allah. Bezanya Nabi Adam bertaubat sementara Iblis terus dengan angkuh dan kesombongannya. Betapa kerdilnya kita dibandingkan dengan keistimewaaan mereka berdua disisi Allah. Iblis akan masuk neraka. Kita pula akan dipertanggung jawab keatas perbuatan kita...

Mushkil:
1. Kalaulah Iblis sujud pada kubur Nabi Adam, tak ke haru dengan perjalanan alam ini.

2. Sujud pada kubur Nabi Adam. Sedangkan masa Israk Mikraj Nabi Adam sudah berada di langit. Jadi yang disuruh sujud kepada Iblis adalah kubur yang ada jasad Nabi Adam ? Roh dan nyawa sudah tiada.
Wallahua'lam

Pengajaran, jangan sombong dengan sedikit ilmu yang kita ada, kongsi ilmu kita supaya ianya membawa berkat.

Renongan pasal malaikat. Perbandingan langit ke 7 dengan Arasy Allah. Langit ke 7 = cincin; Arasy Allah = Padang Sahara. Sementara itu Arasy Allah di pikul oleh 4 orang Malaikat.

Subhanallah.

moses said...

Cerita iblis dan malaikat ni simbolik belaka...
-------------------------------------
aku2 said...

Sedangkan masa Israk Mikraj Nabi Adam sudah berada di langit.

Adam dok langit mana lak ni...??
atas langit tu tak de apa2...carkawala aje...Tuhan dok atas langit ka....!!!
-----------------------------------
aku2 said...

kongsi ilmu kita supaya ianya membawa berkat.

Nak berkat mcm mana kalau dok merepek tak tentu hala,
-------------------------------------
aku2 said...

Iblis masih berpantang dan
berdendam dengan Nabi Adam sampai bila-bila.

Mmg la iblis dok berdendam tapi nabi adam dah wafat yg ada hanya adam bapak segala jasad..adam yg dok ada lani yg dia dok berdendam
----------------------------------

Malaikt mmg tak ada nafsu, bila tak de nafsu tak de kehendak,bila tak de kehendak tak de akal la tu... pasai tu dia boleh sujud sampai 6 ribu tahun,Try dia ada nafsu comfirm dia merungut..''ni pasai apa lama sangat dok sujud ni''...huhuhu

Kesimpulanya kalau moses lenyap nafsu dan akal akan taat kpd Allah seperti mana malaikat taat.

Kesimpulan seterusnya... tak payah la nak bangga sgt pasal malaikat tu..kalau dah nama TUKANG...tukang cabut nyawa, tukang bg rezeki, tukang jaga pintu neraka/syurga, tukang itu tukang ini maka tarafnya sekadar kuli je la...Bos dia adalah manusia/insan
---------------------------------
Wak titipkan skrg bukanlah isu malaikat saja tapi'persamaan' malaikat tak berjantina dengan Allah yg boleh mmbawa kpd syirik

Dah hangpa dok buka kisah malaikat aku pun tumpang semangkuk je la, next time je la sembang pasai tu

Hanya pendapat aku aje... kebenaranya anda nilai sendiri..bukakan minda

legend said...

salam

kawan setuju dgn hujah dan pendapat yang di kemukakan oleh saudara moses itu.semua tu adalah simbolik sbbnya yang ada adalah pada manusia atau insan lebih tepat lagi.

cerita dan perihal Nabi Adam turun ke bumi selepas mkn buah khuldi engkar pada suruhan Allah dan termakan hasutan iblis.abis kita dok lahir ke dunia nie bukan urutan dari kisah tersebut ke??semua kisah di dalam AL-QURAN tu akan berulang dari masa ke masa cuma yg lain waktu dan ketika tapi jln tetap sama.bertapa indahnya setiap hal ada hubung kait dgn kita.Subhanallah.

malaikat pulak masa kita di alam kubur akan di soal kita tentang sapa Tuhan mu,sapa nabi mu dan bla..bla lagi dan soalan2 ini telah dibaca utk jenazah tapi jenazah dah mati tetap mati tapi utk yg idup mendengar so dapatlah soalan bocor...huhu.dah dapat soalan bocor xkan xtahu jawap masa disoal??yg sebenar-benarnya ada maksud yg terselindung.
dalam idup sehari-hari malaikat dah byk bertugas sbb kita tak kan nak lawan tokey pulak.perihal diri tidak terbongkar lagi masakan tahu malaikat tu sapa.yg kat luar tu semua simbolik belaka dan kuasai kat dalam baru lah dapat menguasai sepenuhnya diluar sana.andai diri ini masih kucar kacir bagaimanakah hendak berjalan dan terus berjalan.wahai sang dedau,kawan ingat kau termakan pucuk kecubung kot sbb asyik mai..mai aje..huhu

p/s:wak,nama wak jono ini bukan lirik pertama dicipta oleh arwah lolok ke?sbb kawan baca dlm utusan malaysia komen m.nasir

Wallahua'lam

legend said...

tiada kita maka tiadalah jalinan sebuah kehidupan seterusnya para malaikat.

Firman Allah "TIDAK AKU JADIKAN DUNIA INI YA MUHAMMAD MELAINKAN KERANA MU"

so semua ini ada kun fayakun sbbnya Muhammad

mencari mursyid itu wajib utk mencapai ruh yg menimbulkan hidupnya hati dan mengenal Tuhan

legend said...

main con nya Muhammad manakala yang lain adalah sub line aje.So cari main con udah aje lah,nanti npk lah sub line secara tak langsung

legend said...

Adam dok langit mana lak ni...??
atas langit tu tak de apa2

salam

kawan tolong jawab utk aku2.dok kat padang Arafah lah.dok gitu?

Pakcik Jobo said...

Salam

Kesimpulanya kalau moses lenyap nafsu dan akal akan taat kpd Allah seperti mana malaikat taat.

NIKMATKU MENGATASI AZABKU.ITU JANJI ALLAH betapa rahmat dan kasihNYA kpd Muhammad

"muhlisin naa lahud din"

legend said...

Wak Jono oh Wak Jono
pakaian selimpang songkok melintang
di dalam saku tak da uang
wajah masih tenang 2x
(kabare wak)

Wak Jono oh Wak Jono
berbongkok udah terhoyong hayang
dari semalam belum makan
wajah masih tenang 2x
(wes mangan wak)

Wak Jono oh Wak Jono
berteduhkan langit berlantaikan bumi
hidup serba kekurangan
wajah masih tenang 2x
(lungo nangdi wak)

(wak oh wak)
(sekarang tinggal di mana wak?)
(anaknya sekarang di mana?)
(mana isteri wak?)
(wak masih pergi masjid?)

moses said...

allo legend...ni lirik loloq...

mountdweller said...

Salam semua.

Saya tak nak capur. Bertepurlah ko.

Yang pasti Allah tidak menyerupai sesuatu.

Tapi Roh berupa ke?

WAK JONO! said...

legend,
kau tahu ke nyanyi lagu tu? kau kena tanya kulup sakah tu..dia tau!

seperti org2 yg beriman kpd Allah di syurga "kekallah mereka di dalamnya selamanya" (fi ha kholidun) adakah sama dengan sifat Kekal Allah (Baqa)?

Yang Kekal hanya Allah dan tidak ada sesiapa makhluk yg kekal kerana bersifat baharu termasuklah syurga dan neraka..

sesiapa yg ngatakan 'jangan bandingkan Allah dengan manusia" barangkali belum menghadami buku nukilan Hamka! Teruskan mencari dari menafikan tanpa keilmuan!

aku2 said...

Ahh, akhirnya tuan rumah bersuara.
Salam tuan rumah. Ingin saya bertanya...

Apa kah dia perbandingan Allah dengan manusia kalau kita sudah kenal Allah dan kita sudah kenal diri kita. Apa yang ilmu yang Hamka kata dalam bukunya?

(maaf kerana saya tidak baca buku Hamka.) Sekiranya tuan sudi bertukar pendapat.

legend said...

salam wak dan teman2

kwn xtahu nak nyanyi lagu tu tapi tgh searching lagu tu dlm bentuk mp3 sampai kini belum dpt lagi almaklumlah lagu tu 21 tahun lamanya.kwn kalo tanya kulup sakah nak dia nyanyi LIVE baru lah real.

any idea mana buku karangan tuan hamka boleh di dapati wak?kwn sama gak dgn aku2 nak timba menimba nie kalo di beri peluang

aku said...

salam wak..
nak tanya pasal lirik WAK JONO..

(wak masih pergi mesjid?)

ada sesuatu kat situ..
yo dikupas sikit lo wak..

kulupSakah said...

lagu tu ciptaan/lirik/vokal oleh Arwah Loloq kisah org tua yg keramat hidup@wali..
tetap tenang walau dilihat susah..

aku boleh nyanyikannya tapi aku pecaya karya tu hampir pupus walau ade org yg emel aku punyai kaset itu..

ya "aku",walau lirik nmpk sempoi tp ungkapan "wak masih pegi msjd" tu msh perlu dikupas

moses said...

salam saudara aku2....

Kalau payah nak dapat kitab Hamka cari je kitab karangan imam ghazali, kat situ pun beliau dah terangkan cabang2 ilmu agama

Menurut Imam Ghazali ilmu itu dapat dibahagikan kepada ilmu mukasyafah iaitu ilmu yang dipelajari semata-mata untuk memperoleh pengetahuan. Kemudian ilmu muamalah iaitu ilmu yang dipelajari untuk diamalkan.

Jangan dok baca kitab fiqah dan tauhid je....up la sikit...huhuhu

Bagi orang sufi ilmu yang berfaedah itu ialah ilmu pengamalan iaitu ilmu muamalah. Ilmu ini terbahagi kepada ilmu lahir iaitu segala ilmu yang diamalkan dengan anggota manusia dan ilmu batiniah iaitu segala ilmu yang bersangkut paut dengan keadaan 'jiwa dalam' dan hati manusia. Lalu kita kenallah dalam tasauf ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.

Mula-mula manusia itu mencari sesuatu itu dengan ilmunya kemudian barulah ia sampai kepada keyakinan akal, kehendak, angan-angan dan jiwanya, maka barulah ia memperoleh haqqul yaqin iaitu kebenaran yang sebenar-benarnya diyakini yang dapat menenteramkan dan memuaskan hatinya.

Ketika dalam tingkat fana iaitu dalam keadaan lenyap segala tubuh yang kasar itu, barulah ia beroleh mahjub atau mengenal Allah dengan mata hatinya dan memperolehinya secara haqqul yaqin, kerana hanya dalam keadaan yang demikian itulah terbuka baginya apa yang tertutup sehingga mencapai kasyful mahjub iaitu tersingkap tirai yang merintangi seorang hamba dengan Khaliqnya.

Time tu barulah kenal siapa malaikat,siapa iblis yg dok heboh2 sangat selama ni...tengok la ada sayap ke tak de...huhuhuhu...

Sebetulnya jika kita ingin mendalami pengetahuan masalah tasauf atau ilmu tarekat dalam Islam hendaklah kita membaca buku-buku tentang tasauf.

Seandainya ingin mengamalkan ilmu tasauf carilah guru yang mursyid yang benar-benar menjalankan ajaran Islam, bukan mengaku mursyid sesat lagi menyesatkan

Guru mursyid ni pun satu hal gak bukan senang nak jumpa... rezeki masing2 la...huhuhu... nak kena belajar lg ciri2 mengenal guru mursyid....

amma ba`du

aku2 said...

Terima kasih saudara moses.

Hamka selalu dengar masa dia ada keluar TV tahun 70an 80an dulu. Buku dia agak kurang sikit nak baca sebab dulu-dulu tulisan Indonesia susah sikit nak faham. Sekarang tak tahulah mungkin dah berubah ejaan kot. Masa ini tak sempat lagi cari buku Hamka. Insyallah ada rezeki jumpa.

Buku Imam Ghazali dan S.A.K. Jailani ada baca, setakat ini fahamlah apa yang patut. Kenallah Allah dan kenallah diri. Walaubagaimana pun saya lebih cenderung merujuk kembali kepada Al Quran dan Hadith bagi setiap persoalanan, mungkin kerana guru hadith dan guru tafsir ramai berbanding dengan guru tasauf yang mursyid. Mungkin belum ada rezeki lagi.

"Aku rasa apa yang dia beri aku rasa dan aku nampak apa yang dia beri aku nampak."

wak rono said...

aku2,
hamka agak senang juga sebab bukunya tak jauh dengan bahasa malaysia , tak silap aku dia minang jadi tak jauh...

syeikh abd.qadir al Jilani pun bagus,
ana al haq susah sikit nak cari..cuba menyelam kat kedai buku jalan TAR dekat2 globe..banyakkk!!!

legend said...

syeikh abd.qadir al Jilani ketua para wali....carilah buku bertajuk sirul asrar.

Sang Dedau said...

salam hadirin semua

dari ungkapan(wak masih pergi mesjid?) mmg ada maksud

pandang buah rambutan sebagai contoh.asyik pandang aje tanpa merasa buat ape tapi bercerita tentang buah rambutan bagai nak rak.riuh sekampung.tgk kulit aje lah.so di kupaskan (maknanya cara dan perjalanan gigit ke,pulas ke)so sini perjalanan@tariqat.bila dah npk isi dan rasa isi baru lah ngam so kat sini hakikat.then npk biji tu SATU maka makrifat maknanya.tapi kulit luaran tu AMAT penting bagi menjaga dan melindungi isi di dalamnya.gitu gak dgn syariat.tanpanya makan isi menjadi hampa.kalau sekali sekala buka dan ckp tentang isi ini syok gak sampai terkebil-kebil bijik mata.kekadang amat jarang disentuh tapi bila disentuh pun ada kadarnya.selebih-lebihnya kenalah himpit org tersebut baru lah turun ilmu sikit.kalau tak haram nak ckp lebih lanjut.

Pak Selampit said...

Salam

wahai legend,buku enggak seronok dibacanya.hanya sekadar mengisi masa lapang atau kosong buleh lah.kalau dapat kiranya mencari guru yg mursyid seperti kata2 moses alangkah enaknya.
percakapan dan penceritaan seorang guru yg mursyid satu persatu di ceritanya tanpa henti dan kamu akan mendengarnya tanpa rasa bosan atau mengantuk.ilham datang terus dari ILLAHI.kemudian kamu bandingkan dgn cerita yang kamu pernah dgr 1 ketika dulu dari org fekah atau syariat.biarlah bila berguru kita benar2 hendak kan dan menguasai jalan yg 1 ini.jgn hangat2 tahi ayam aje.Allahualam...

desk said...

kata si bapa,"Allah itu bersalah2an dengan makhluknya yakni tidak ada satu pun makhlukNya yang menyerupai Allah baik manusia, hewan, tumbuh2an, iblis, jin mahupun malaikat!"

salam

serupa tapi tidak sama.cuba amik jari sahabat anda,npk sama tetapi tidak serupa kan.nak kupas lagi...huhu cari lah org yg bijak dan pandai lagi bersinar hatinya.nnti mereka ini dapat memberitahu perihal malaikat,iblis,Allah,dosa,pahala.Dosa dan pahala tu cam mana rupanya?sok2 nak tuntut pun dak kenal.

kulupSakah said...

CLUE dah diberi..boleh bikin 1 perjumpaan nih..berlaga lutut kata org ye tak?
ada berani?

desk said...

salam kulupSakah dan yg lainnya.

set the time and we'll will be there.insyAllah buleh tukar ilmuan dan pandangan sambil kenal diri.tapi utk laga lutut,aku hembus kau sedut,aku hembus kau sedut.aku bukan org yg dicari.sbb selagi aku tak kenal sapa itu Muhammad maka jalan ku masih jauh lagi.
gud luck

alang said...

desk. Ang tak kenai ke sapa muhammad? Aku rasa bersepah2 Muhammad kat luaq sana.
p/s Kawan aku pun ramai yg nama Muhammad.hehe
Cargas

alang said...

Kulupsakah.
Aku nohal. Set time. Tapi aku takde ilmu. Aku g pun sebab nak curi ilmu ada la.hehe.
p/s Tak sabar nak jumpa wak jono ngn tok batin.hehe.
Cargas.

aku said...

aku pon nak ikot....

Term Papers said...

Thanks for this info, this issue has been bugging me like crazy for the last couple of days.

Custom writing said...

If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with more information? It is extremely helpful for me.

Term Papers said...

I just love the way you effort. Thanks for giving out this great and interesting stuff. Wonderful post! I really enjoyed that.

College Thesis Writing

hotel cincinnati said...

it is such a nice post. certainly appreciate the time you've taken on making it. Thank you for sharing this! Just what I've been searching for. Great info!