Saturday, January 17, 2009

pesanan pendita sebelum pulang..

Sewaktu menuruni batu-batu tinggi dalam gua untuk pulang, kami sekali lagi melalui tempat pendita tua tersebut. Kelihatan dia sedang solat di atas batu yang hanya sebesar dua tapak kaki untuk berdiri. Bagaimana pendita ini solat di atas batu kecil tersebut? Tidak sujudkah dia?

Ronasina : Wahai pendita, kami hendak pulang. Ada apa-apakah pesanan yang boleh diberi
kepada saya?

Pendita : ..dan ingatlah Allah ketika kamu berdiri, duduk dan baring....

Ronasina : Tuan, tidakkah tuan khuatir mereka mengatakan tuan sesat?

Pendita : Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang
yang beriman..

Ronasina : Kerana orang-orang yang dikatakan beriman itu tak menunjukkan contoh
yang baik untuk diikuti!

Pendita : ...padahal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang2
yang beriman itu!

Kartolo : Bagaimana pula untuk mengenali yang benar2 beriman?

Pendita : Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka
perolehi..


kami melangkah pulang dan setelah di kamar, Wak memeriksa Tafsir dan mendapati ke semua jawapan yang keluar dari mulut orang tua tersebut adalah petikan ayat-ayat dari surah Al-Mutaffifiin..
Aneh! Al Quran boleh berbual dengan kita...

33 comments:

aku2 said...

Al Quran bukan makhluk, dia tak boleh berbual dengan kita. Al Quran adalah firman Allah kepada kita yang disampaikan melalui Nabi Muhammad saw.

Yang berbual dengan kita adalah Allah.

kartolo said...

Allah siapa? Al Quran kalau tak boleh berbual dan bukan makhluk bakar sahjalahh

mountdweller said...

Apakah yang tersurat lebih penting dari yang tersirat?

aku said...

salam..
mula2 aku pening yg atas skali..solat atas batu sebesar tu.camane nak sujud.. maaf la ye,dlm n3 yg lepas aku dh dlarang bukak pasal solat..
kedua,betul ke Alquran bukan makhluk..?
yg dok buat hiasan kat umah tu,kwn aku kata cuma kertas dan dakwat je..
manenye Alquran.. kwn aku kata yg dok kat kita la..
apa punya bengap la aku ni..

aku2 said...

"...Allah siapa? Al Quran kalau tak boleh berbual dan bukan makhluk bakar sahjalahh..."

Apalah yang dikatakan hakikat dan makrifat sekiranya syariat pun tak lepas - rujuk kisah Imam (Shafie kalau tak silap)dengan Khalifah. Perbualan mereka panjang lebar pasal Al Quran itu mahkluk atau tidak. Ini bukan cerita baru.

Kalau sampai tanya Allah siapa dan bakar Al Quran maka terserlah sifat sombong dan bongkak. Lupakah bila Azazil bertanya kepada Allah "Engkau jadikan dia dari tanah dan engkau jadikan aku dari api". Lupakah kata-kata Allah dalam Al Quran "...angkuh dan sombong maka jadilah dia golongan orang yang kafir..."

Jangan cepat melatah tersilap kata kita yang tanggung. Belajar jalan ini kena banyak berfikir dan banyak sabar. Kalau silap kembali ke pangkal jalan.

Al Quran firman Allah dia bukan makhluk. Ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad. Dimulai dengan "Bismillah..." Dengan nama Allah dia Ar Rahman dia Ar Rahim. Itu lah Allah. Awwaludin makrifatullah, macamana kalau mahu bicara tasauf kalau Allah tidak kenal sampai tanya "Allah siapa?"
- masyallah...

kartolo said...

aku2 yang silap..huhu!
kerana menuduh saya bongkak sedangkan apa yang ada di hati saya sama ada bongkak atau tidak hanya saya dengan Dia saja..

sanma ada saya lepas atau tidak syariat utk bertanya tentang hakikat dan makrifat telah pun djelaskan oleh pendita tadi bahawa 'tiada siapa diutus utk menilai sama ada org itu sesat atau tak..

saya tak melatah utk bertanyakan siapa Allah..cuma sekadar ingin merungkai satu misteri yg sama2 kita boleh kongsi..

tiada bongkak, tiada melatah..maafkan saya ku2 jika menyinggungmu..

saya amat susah hati jika saudara tuduh saya bongkak..berdosa dengan Allah tidak seberat dengan manusia

wak rono said...

aku2,
mula membaca Al Quran dengan Bismillah? bukankah sebelum tu minta lindung denganAllah dari Syaitan direjam..lepas nama Allah kita sebut Syaitan ..tidakkah nampak di situ keduanya berdekatandan ada kaitan?

moses said...

Salam........

Kalau al quran bukan makhluk.. dah tu yg dok kat rak2 rumah aku nak panggil apa lak...???
Setahu aku semua orang panggil al quran,bila ia di cetak dan ditulis maka ianya baharu, bila baharu maka adalah makhluk.

Itu pendapat aku je la kan... tak tau lak kot2 ada maksud lain tentang al quran...

Kalau masih dok baca Bismillah iaitu Dengan Nama Allah maka wajar lah Kartolo bertanya siapa Allah..??
Dengan nama tak akan memberi apa2 kesan kpd diri kita, hanya sekadar nama je...boleh ke minta pada nama..??? minta pada tuan empunya nama la baru dapat.

Adakah semudah itu utk mengenal Allah hanya mentafsirkan BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.
Bukan kah Allah, AlRahman dan AlRahim itu masih lagi nama2 Allah.

Tu baru nak kenal nama Allah yg dok ada 99 nama...nak mudah cari yg satu nama lagi bia cukup 100 nama...ke aku yg pandai2 nak menokok nambah nama tuhan lak...huhuhu,jgn cop aku sesat udah.
jiran sebelah umah aku sampai putus haid pun tak habis2 lagi dok belajar bab hadas, tak masuk sifat 20 lg tu....

Payah Islam ni bg yg tidak mengerti, mudah bg yg faham

Siapakah dan dimanakah tuan empunya nama tersebut...??
Kalau yg ni pun tak lepas lagi toksah dok ngaku Islam la...huhuhu

Anonymous said...

Salam...

Ulama berkata... Man 'arafanafsahu faqad'arafarabbahu... Man a'rafarabbahu fasadaljasadu...

"Barangsiapa mengenal dirinya...akan kenalTuahannya..barangsiapa mengenal Tuhannya..maka binasa laa ia"

Udah kenal diri... kenal laa Tuhan .. kenal laa alquran tu.. quran tu ada 2.. yg qadim dan yg baharu... Siapa quran yg qadim tu???

dini said...

salam buat tuan2 semua.

berkata orang syariat.
ALLAH ITU TUHAN DAN MUHAMMAD ITU HAMBA.

berkata orang tariqat.
ALLAH ITU ZAT DAN MUHAMMAD ITU SIFAT.

berkata orang hakikat.
ALLAH ITU NYAWA DAN MUHAMMAD ITU JASAD.

berkata orang maarifat.
ALLAH ITU MUHAMMAD DAN MUHAMMAD ITU ALLAH.

aku pun tak tahu tapi bila rujuk dan jengok2 balik bab hj karim tu dapatlah sesuatu...aku malas nak buka dan telanjangkan segalanya.senang ckp katakan tak tahu aje udah lah...

oleh itu hendaklah maarifat barulah sampai ke destinasi yg dituju.

sesuatu yang baharu akan pasti di kenali jua dengan nama makhluk.adakah memberi bekas??

bagaimana pula tok guru yg mursyid dan para arif billah bertutur ayat2AL-Quran tanpanya.bukan itu Al-Quran yang Qadim ke??Bukan ke DIRI YANG EMPUNYA DIRI??

maun said...

Salam Wak,

Benar apa yang kau katakan itu dini. Itulah perbendaharaan tersembunyi...Hanya yang merasa yang mengetahui.

aku said...

salam..
betoi belaka hangpa ni..
pendapat ja beza sikit.tapi aku setuju ngan dini(ikut otak aku la)
6666 ayat,smua dok ada kat kita.aku ja yang tak leh jumpa dok tang mana.
yang aku jumpa,fatehah tu batang tubuh kita masa solat.nak kompom ngan hangpa la ni.. betoi ka wak..?

Abu Jahil said...

keindahan ilmu ni ialah ia akan berputar2 dan berselirat2 sedangkan jawapannya sudah ada..persoalan yang ditimbulkan wak pada entry barunya akan dapat dilihat jawapannya pada entry2 sebelumnya..inilah uniknya..telaah kembali kalau ada masa!

maksud 'makhluk' itu sendiri harus difahami..Al Quran juga ada2..mana Al Quranul Karim yang mana Al Quranul Hakim?

ya..bab Hj Karim sudah membuka sedikit perihal Al Quran di mana disimpannya ayat2 itu...maksud Kartolo ialah 'diri' inilah yang menyampaikan Al Quran. bukan buku itu sebagaimana firman Allah yang disampaikan melalui mulut2 'diri'..

itulah Quran yg tak boleh dibakar, kesuciannya dilafaz melaui 'suara' dan 'suara' tidak dapat ditangkap dan dibinasakan..

di tangga mana pun kita sama ada dah rasa melepasi syariat dan menjejak ke hakikat/makrifat tetapi gagal menggabungjalinkan ilmu dengan amal dengan penghayatan matahati yang halus akan gagal..ilmu hanya jadi teori..

ia akan terus keliru selagi melihat semuanya dari 'luar'...

maaf, sekadar pendapat!

moses said...

Hahahaha....semuanya betul belaka, itulah uniknya ilmu hakikat,nak belajar ilmu hakiki ni tak payah cuma nak otak yg tajam je krn ilmu ni dok putar tang tu je. Tapi sekadar ilmu je la...
Kalau nak mengenal makrifat kena berperang dulu la...huhuhu tak yah pi Palastin pun tak pe....

aku2 said...

Bismillahi Ar Rahman Ar Rahim.

Maaf bukan Imam Shafie, tapi Imam Hambali (Imam Ahmad bin Hambal).

Hujahnya,

"... Al Quran itu bukan makhluk,...sesungguhnya ia adalah kalamullah...datangnya dari firman Allah..."

refer http://www.scribd.com/doc/6721002/Pemikiran-Imam-Hambali dan lain-lain article mengenai perkara ini, boleh tanya guru murshid...

Dalam sifat 20, Allah wajib "Kalam" = Berkata-kata dan,
"Kaunuhu mutakalliman" = Keadaan-Nya yang berkata-kata.

Al Quran itu adalah kata-kata firmannya dan Al Quran itu bukan makhluk.

Jangan buat main persoal siapa Allah atau cadangkan bakar ayat-ayat perkataan Allah. Dengan Rahmannya yang "Pemurah" dan Rahimnya yang "Penyayang" nescaya kita tidak akan menjadi Islam.

Saya tidak mahu berbalah mengenai perkara ini. Wallahu a'lam.

Salam.

aku2 said...

Sahabat semua, saya minta maaf sekiranya ada menyinggung perasaan tuan-tuan.

Saya cuma mengetengahkan pemahaman saya agar dapat dikongsi. Yang betul dan baik jadikan tauladan. Yang buruk dan salah jadikan sempadan.

Saya masih lagi belajar selagi saya hidup, tak semuanya betul dan kadang-kadang tak pandai berhemah dalam berbahasa. Maafkan kalau saya tersilap.

Harapan saya semoga semua kita melalui jalan yang betul. "Ihdinas Sirattul Mustaqim". Insyallah.

Nukilan Ikhlas
Aku2

legend said...

salam.

nak berperang lah paling susah.sbb ape?musuh itu adalah diri sendiri.sbb mula2 ok consistent tapi dah lama makin buat makin kelam.itulah dinamakan ujian dan dugaan.kalo x diduga manakan buleh berubah tingkatan.dak gitu?

ape2 pun jgn hangat2 tahi ayam.tang nama tu masakan tuan empunya nama berpisah dgn nama.buleh mintakan dgn nama ke?kwn dok pikir masa dulu kecik2 minta makan dgn mak,mak nak makan...mak nak makan tapi dak gak dtg makanan tu.rupa2 mak ada mesyuarat tingkap.abis mcm mana kata lebih hampir dari urat leher.ini yg payah sbb urat leher xbuleh npk.kalo nak tgk gak kena pakai cermin.huhu.....kena lah lahir kali kedua???seperti bayi ma'nawi (Tiflul Ma'ani).

kalau kita sebenar-benarnya ahli maarifat kita akan terasa GETARANNYA sesama ahli."Bila di sebut nama ALLAH,maka gementar lah seluruh tubuh anggotanya".Adakah sebut secara kosong tanpa menghadirkan DIRI?bagaimana org membaca Al-Quran di dlm pertandingan musabaqah?hadirin ramai,tapi mcm tak memberi bekas pun???sbbnya HATI.....
begitu gak solat jumaat dlm imam membaca khutubah,kenapa tak sampai sedangkan pengunjung ramai.sbbnya pun HATI.bila HATI berkata maka jawapnya MATI.

minta maaf kpd semua zahir dan batin andai terasa seperti kata kartolo-(saya amat susah hati jika saudara tuduh saya bongkak..berdosa dengan Allah tidak seberat dengan manusia)
tapi sbb mulut nie dak buleh tahan.tgk tu kan ada zahir dan batin....byk sgt kawan mengomel ari ini.

wasalam.........

pakcik jobo said...

salam semua

bukankah Al-Quran itu sebuah simbolik kepada mereka yg faham iaitu golongan dan ahlinya sahaja.apa2 pun ikut lorong masing2dan tak salah sbb soalan ini tidak ditanya oleh Mungkar dan Nangkir di hari kemudian adakah Al-Quran itu makhluk atau dak.

seperti ungkapan ahli syariat pada hari kiamat itu nanti Al-Quran akan diangkat ke langit kembali.tapi pada pengajian hakikat bukannya Al-Quran itu diangkat ke langit tapi adalah Muhammad (kembalinya insan)

kalo kita amati kembali Al-Quran itu,dibacanya si polan untuk melawan anasir jahat tapi tidak berhasil.datang pula para arif dibaca juga yg sama maka berhasil...oleh yg demikian martabat org arif itu lah yg bersesuaian (faham betul2..)so sesuatu yg baharu tidak memberi bekas bukan??tapi nak masukkan dlm kategori susah sikit,terpulanglah kpd individu nak pi letak tang mana.

Anonymous said...

salam

nak maarifat pun, makan dan minum serta segala cabangan hendaklah dijaga sebab sok lusa penat-penat aje macam mencurah air ke daun keladi tapi tidak telap.pi mai pi mai tang tu.......

crita tok janggut suatu ketika dulu amat bermanafaat sampai segala sumber makan di jaga rapi dan minum air manis pun sampai tidak beli gula pasir,hanya guna enau aje sebagai pemanis(kalau tidak silap).

Anonymous said...

jalan mau kena selalu reverse dan jangan main forward aje baru dapat rasa perbezaan..huhu

dini said...

salam

ayat Al-Quran 6666 tersimpul di dalam Al-Fatihah keseluruhan.Wahh...begitu byk buleh tersimpul di dalam Al-Fatihah ke??Al-Fatihah tersimpul di dalam BISMILLAH dan BISMILLAH tersimpul di dalam huruf "BA".Kan wak pernah tanya mana dulu??Aliff ke Ba??

moses said...

Betul ke dini apa yg ko kata tu... ko pernah kira ke ada sampai 6666...ke ko main ikut2 je apa org kata...

Kalau semuanya dok tersimpul bila lak nak terlerai....huhuhuhu

dini said...

salam.

buat pengkaji

Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.

Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.
Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.

Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong. LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.
Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada. La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada akhlinya.

menantu anak tiri tok batin kg dusun said...

alif di atas 'aa',
alif di bawah 'ie'
alif di bawah 'u'

A, i. u..
maksud:- A- ada engkau
I- ingat akan
u- ujudnya Aku

Tok Selampit said...

kan dah NYATA!!!!ape mau lagi???A.I.U dah diterangkan oleh menantu anak tiri tok batin kg dusun.

cakap tak kena,tembak tak rasa,bom baru ada (maksud baru npk) dari ungkapan dari tok selampit

fansuri said...

Salam semua,

cuma nk dok peringat pasal cara penulisan...dari pengalaman.

tak semua yang kita nak tulis sama ngan apa yg nak kita cakap.

lenting2 tak pe tp jangan patah.
pasai aku penah menunggu bapak and the gang berbahas sampai subuh.tp disudahi ngam tambah paham - terang lagi bersuluh..

jadik , lu pikir la ...huhuhu.

Sang Kelambai said...

Woi...ape pasal kasi telanjang sgt nie??? slow2 lah cikit.karang kot ada yang muntah tebelahak.tapi aku sebenarnya suka gak.hahaha......tapi kalau tak nampak gak tunggulah kurnia.bila tu?????sok lusa...setahun dua...10 ke 20 tahun terpulang kepada rezeki masing2.aku ni bukan main player cuma reserve player aje.tak macam nama yang lain2 kat sini mesti selalu appear.korang pandai dok????

aku said...

salam..
ramai rupanye..
bagus2..
yang dah banyak isi tak berkurangan,
yang tak berisi jadi bertambah.
bukan nak cari salah,bukan menang kalah.
...dan wak tetap ngan gudang garamnya tersandar didinding..

moses said...

huhuhu.....pandai2 belaka...

yang tersirat adalah lebih penting dr yg tersurat.
yang tersurat adalah utk menyatakan yg tersirat.
Begitulah barang kali pendapat pak din....ko guano....??

dini said...

salam

baguih..bagiuh..otai semua dag keluar so aku mau jadi pulak reserve player.biar tok otai pulak yg bergelumangan di atas padang ini.

carilah harta dunia seperti mana kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan menuntutlah ilmu akhirat seperti mana kamu akan meninggal sebentar lagi.

aku tak mau guna istilah mati sbb hindu mati,cina mati dan bangsa2 yg sama spesis dgnnya pun mati tapi aku guna istilah ilmu utk hidup/kembali.

hahaha dini=legend=tok selampit=sang kelembai=anonymous=wak jono=pakcik jobo=moses=kartolo=aku2=ngah said=ku2=aku=mountdweller=wak rono=fansuri=maun=abu jahil=pak karamu=yang lain=yang lain=yang lain=pemerhati=pembaca yg bisu.

dan yang tinggal dan wujud HANYALAH AKU

sampai di sini saja...salah silap ku mohon keampunan dari segi terkasar bahasa atau terlebih bicara sbb tang nie aku duduk kat hamba.insyALLAH akan bersua lagi di 1 masa insyALLAH...takbir..takbir..takbir

mountdweller said...

Salam buat sahabat semua,

Lupakah kita, alqur'an diturunkan dalam bentuk apa? Ini bermakna yang tersurat itu adalah makhluk.

Uncle rasa moses boleh setuju.

Tang solat atas batu tu, memang boleh lagi diterima. Atok uncle ada cerita yang orang solat di atas daun pisang sehelai!

alang said...

Salam saudara2. Lama tak jumpa. Aku terpaksa hilang seminggu lepas. Ada keja skit. Erm, aku just nak tanya,ada masalah ke solat atas seketul batu? Klau kita dah betul2 mengenal diri jgnkan atas batu,Atas ayaq pun kita bleh solat. No hal nye lah. Aku pun pernah solat atas ayaq. Tapi bot sebagai perantara la.hehehe.

daniel john said...

Substantially, the post is really the greatest on this valuable topic. I agree with your conclusions and will thirstily look forward to your future updates.

Term papers