Thursday, April 9, 2009

..kata Wak dari sana

Wak beritahu aku sesuatu tadi tapi aku tak mampu luahkan, cuma aku lukiskan ini saja bagi pihak Wak. Ape bende ekk?
- dari ronasina





20 comments:

moses said...

Salam....

Kebiasaanya orang yg lakarkan biasa mentafsirkan....

Macam kisah moses belah laut je...
entah la sekali tgk mcm jambatan Pulau Pinang...huhuhuhu.....

aku2 said...

Eh itu macam cerita Hikayat Avatar aja.

Nampak macam sorang "water bender" sedang pegang tongkat Koka. Lepas itu air jadi ais dan terangkat dengan sendiri.

kartolo said...

laut diibaratkan gudang ilmu yang luas..misterinya harus dibongkar, apabila terbongkar, laluan lurus menuju kejayaan makin mudah, Nur menanti..
asalkan si pencari berpegang teguh pada ang satu (tongkat simbolnya)..

Barangkali itu makna lukisan ini atau barangkali peristiwa Musa membelah laut itu membawa mesej tersebut..

bks said...

"Wahai Tuhan,Dengan ilmuMU yg tersembunyi(menjadi rahsia)dan dgn kekuasaanMU ke atas mkhluk,(maka) hdupkanlah kami selama hdup itu baik bagi kami menuruti ilmuMU dan matikanlah kami apabla kematian itu baik bagi kami"

bks said...

berkata saidina Ali ra.: "Tidak aku melihat sesuatu,melainkan aku melihat Allah di dalam nya".
dan Nabi saw bersabda: "Sesuatu pandangan yang mana tidak melihat Allah di sebalik nya maka pandangan itu adalah batil".

Kalam Hikmah Imam Ibnu Athaillah Askandary:-

“Harapan yang hakiki ialah harapan yang disertai oleh perbuatan dan jika tidak maka ia adalah angan-angan”.


# melihat ke NUR harapan.itu kiasan gambaran tersebut.apa yg dilihat bentuk dan rupanya,hanya Wak yg tahu...hahaha

salam & wasalam.

aku2 said...

Mengapa mesti ada tongkat? Tak ada tongkat tak terbelah laut?

Mestikah ikut Musa dengan tongkat Koka belah laut, pukul batu keluar 12 mata air. (Yahudi dapat nikmat Allah dengan makanan dari Surga = Manna & Salwa). Mestikah ikut Noh dengan bahtera Koka? Buat terompah Koka boleh jalan atas air?

Ilmu Allah itu menyeluruh dan tiada penghujung umpama udara yang kita hirup. Ilmu adalah makanan akal. Penghujung akal adalah ajal.

Yang kita akan bawa bersama ajal adalah kecantikan akal yang membuahkan amal. Atau kecacatan akal dengan kejelekan amal.

Segala ilmu ada pada akal, pelajaran itu hanyalah membuka pandangan akal. Ilmu bukannya barangan yang dipindah milik dari pengajar kepada pelajar. Ilmu itu adalah terbukanya hijab akal untuk memahami hakikat... Ilmu itu Sains dan ianya bukanlah khayalan sesuatu yang memabukkan.

moses said...

Hebat2 hujah kalian hinggakan terlena dan tak terkata ku menbacanya.....

dini said...

salam sejahtera.

Memang ada orang yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di atas muka bumi ini dalam sekelip mata sahaja. Perjalanan yang demikian dipanggil ‘terlipatnya bumi.’ Kebanyakan orang cenderung untuk memiliki ilmu melipat bumi ini kerana menyangka kebolehan yang demikian menjadi tanda kewalian seseorang. Perlu diingatkan bahawa kebolehan yang demikian dimiliki juga oleh iblis sedangkan iblis adalah musuh Tuhan, bukan wali-Nya. Jika berpegang kepada Sunah Rasulullah s.a.w keramat zahir tidak dipentingkan. Rasulullah s.a.w sendiri sewaktu berhijrah dari Makkah ke Madinah menggunakan kelajuan manusia biasa, tidak kepantasan lipat bumi, padahal Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling keramat, ketua sekalian wali. Rasulullah s.a.w menggunakan jalan cermat, perlahan dan sukar, sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Perbuatan Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa kesabaran menghadapi perjalanan yang sukar itulah yang sebenarnya kekeramatan, bukan perjalanan sepantas kilat.

Kepantasan hakiki yang mampu melipat jarak dunia bukanlah kepantasan tubuh badan bergerak dalam dunia. Ia adalah perjalanan kerohanian ketika bertemu sesuatu dan menghadapi sebarang kejadian. Ke manakah kerohaniannya pergi ketika itu? Orang yang memperturutkan pandangan nafsunya, tempat jatuhnya adalah zahirnya alam dan sebab musabab. Tetapi, orang yang melihat dengan pandangan hatinya akan melihat kepada batinnya alam. Dia melihat ketuhanan dalam segala sesuatu. Sebaik sahaja dia berhadapan dengan sesuatu perkara serta-merta pandangan hatinya tertuju kepada Allah s.w.t yang menerbitkan segala perkara, hinggakan tidak sempat memerhatikan benda-benda alam dan hukum sebab musabab.

Pandangan hati yang segera memerhatikan Allah s.w.t dalam segala perkara itu dinamakan kepantasan hakiki. Tipu daya dunia tidak sempat menyambar perhatian hatinya. Ego dirinya juga tidak sempat bertunas. Perhatiannya tertuju kepada keabadian, tidak kepada dunia dan dirinya yang bersifat sementara. Kurniaan Allah s.w.t yang menyelamatkan hamba-Nya dari tarikan dunia dan ego dirinya adalah kekeramatan yang sebenar. Rohaninya mempunyai kepantasan hakiki untuk melepasi ruang dunia dalam sekelip mata lalu menyaksikan keabadian, hingga terasalah olehnya akhirat yang kekal abadi itu lebih hampir dengan dirinya sendiri. Beginilah keadaan orang arifbillah.

desk said...

Orang yang kerohaniannya belum cukup mantap suka meninjau keadaan dirinya sendiri untuk melihat kalau-kalau terdapat tanda-tanda kekeramatan padanya. Kekeramatan yang dimaksudkan adalah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dilakukan oleh orang ramai, misalnya berjalan di atas air, tidak basah ditimpa hujan, dalam sekelip mata boleh berada di Makkah, doa cepat makbul dan lain-lain. Jika dia melihat tanda-tanda yang seumpama itu ada pada dirinya dia merasakan telah berjaya dalam perjuangannya.

Orang yang beranggapan begini kurang mengerti tujuan perkara luar biasa yang berlaku ke atas dirinya. Perkara seperti itu bukanlah peristiharan bahawa dia sudah cukup bersih dan sudah menjadi wali yang agung. Perkara seperti ini adalah alat untuknya mengenal kekuasaan Allah s.w.t yang tidak terikat pada hukum sebab akibat, tidak dikongkong oleh ikhtiar makhluk. Kekeramatan adalah pengenalan kepada sifat Berdiri Dengan Sendiri, Berkehendak dan Berkuasa melakukan apa sahaja tanpa ditekan oleh sesiapa dan tanpa disebabkan oleh sesuatu sebab. Allah s.w.t tidak ditakluki oleh sempadan sebab musabab. Sebab musabab mengongkong kekuasaan dan kekuatan makhluk tetapi tidak memberi bekas kepada kekuasaan dan kekuatan Allah s.w.t. Sebab musabab menjadi dinding yang tebal menghalang manusia dari melihat kepada kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. Jika seseorang ingin menghampiri Allah s.w.t dinding tersebut perlu dirobohkan. Dia tidak boleh bersandar kepada sebab musabab untuk mengeluarkan akibat. Sebab dan akibat tidak terjadi dengan sendirinya. Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang melahirkan sebab dan akibat juga.

Sebab-sebab adalah utusan yang membawa perintah Allah s.w.t. Sungguh tidak wajar kiranya dalam menerima perintah perhatian hanya ditujukan kepada utusan tidak kepada Empunya perintah. Bagi menyedarkan hamba-hamba tentang keperkasaan Yang Empunya perintah, kadang-kadang dicabut kesan daripada sebab. Kesan membakar dicabut dari api apabila Nabi Ibrahim a.s memasukinya. Proses pembiakan dikejutkan apabila Nabi Isa a.s dilahirkan tanpa percampuran ibu dan bapa. Hukum alam semula jadi dirombak apabila Nabi Musa a.s membelah laut dengan tongkat beliau a.s dan Nabi Muhammad s.a.w mengeluarkan air dari jari-jari baginda s.a.w. Kejadian-kejadian yang seperti disebutkan itu menjadi ledakan yang kuat meruntuhkan benteng sebab-akibat agar para hamba dapat melihat dengan jelas akan Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menguasai dan mengatur segala-galanya. Demikian juga peranan kekeramatan yang berlaku kepada orang-orang tertentu. Kekeramatan merupakan pendidikan kerohanian dalam mengenal Allah s.w.t agar hati meyakini sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t sebagai Rab (Tuhan) sekalian alam. Orang yang padanya terzahir kekeramatan akan melihat dengan jelas akan ketuhanan Allah s.w.t yang menguasai sekalian alam dan dia dapat menghayati maksud:


Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah s.w.t.
Tidak ada daya dan upaya melainkan apa yang didayakan dan diupayakan oleh Allah s.w.t. Kekeramatan menjadi pasak yang meneguhkan bangunan iman. Dia tidak lagi ragu-ragu terhadap jaminan Allah s.w.t.

Kekeramatan yang mengangkat darjat seseorang boleh menjadi ujian yang menghalang perkembangan kerohanian orang lain. Orang yang terpesona melihat kekeramatan yang terzahir dari dirinya merasakan dirinya sudah berada pada kedudukan yang tinggi lagi mulia. Kekeramatan menambahkan rasa taasub kepada diri sendiri dan memperbesarkan keegoan dirinya. Ini menyebabkan proses penyucian hatinya terbantut. Kegagalannya melihat rahsia Kudrat dan Iradat Allah s.w.t menebalkan hijab dirinya dengan Allah s.w.t dan tidak bertambah kekuatan tauhidnya.

Orang yang dirinya benar-benar suci bersih dapat menyelamatkan dirinya dari fitnah kekeramatan. Kekeramatan boleh terjadi pada dirinya tetapi tidak mengalihkan pandangan mata hatinya daripada Allah s.w.t. Kekeramatan membuka pintu ghaib kepadanya untuk melihat rahsia kekuasaan Tuhan pada penciptaan dan aturan-Nya. Apa sahaja yang diciptakan Allah s.w.t dan ditadbir-Nya adalah luar biasa dan merupakan kekeramatan.

Arasy adalah luar biasa dan semut juga luar biasa. Bintang dilangit adalah luar biasa dan kelip-kelip juga luar biasa. ‘Adam (yang tidak ada) tiba-tiba menjadi ada, sungguh luar biasa sekali kekuasaan Allah s.w.t. Seluruh alam maya ini adalah luahan kekeramatan yang luar biasa yang hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu berbuat demikian. Dia adalah Allah s.w.t, yang tidak ada Tuhan kecuali Dia!

p/s-wak ada kat umah tu....tepuk dada tanya selera...huhu

desk said...

Salam dan Bismillah Hiroman Nirohim

aku posting bab dosa kat sini ler sbb bab tu da berlalu.cuba renungi,telek,belek dan hayati dlm2.....muga2 memberi impak buat kita semua.

Zikir yang dilakukan secara paksa itu akan meleburkan sangkaan buruk terhadap Allah s.w.t sedikit demi sedikit, lalu muncullah sangkaan baik. Rohaninya seterusnya meningkat ke darjat yang lebih tinggi, di mana tidak ada lagi sangkaan terhadap Allah s.w.t, tetapi hati mengenal Allah s.w.t dengan sebenar-benar kenal. Dapatlah dia melihat bahawa niat datangnya dari Iradat Allah s.w.t. Tidak ada suatu kehendak kecuali apa yang bergantung kepada Iradat Allah s.w.t. Tidak ada satu perbuatan kecuali apa yang bergantung kepada Kudrat Allah s.w.t. Pada sisi Allah s.w.t tidak ada yang jahat, semuanya baik belaka. Jahat hanya wujud apabila nafsu manusia mengadakan kehendak dan perbuatan dirinya sendiri, lupa dia bersandar kepada Allah s.w.t. Junaid al-Baghdadi berkata: “Barangsiapa tidak mencapai fana dirinya dan baqa dengan Allah s.w.t, maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa”.

Ahli makrifat melihat kecilnya perbuatan dosa jika dibandingkan dengan pengakuan dirinya ada kuasa menciptakan sesuatu perbuatan. Bagi mereka, selagi mereka melihat diri mereka melakukan amalan, selagi itulah amalan mereka mengandungi dosa. Perhatian kepada diri menghijab perhatian kepada Tuhan. Orang arif mengembalikan segala perkara kepada Tuhan. Mereka melihat diri mereka tidak melakukan kejahatan kerana Allah s.w.t menjaga dan melindungi mereka daripada kejahatan. Mereka melihat diri mereka berbuat kebaikan kerana Allah s.w.t mengurniakan kebaikan itu kepada mereka. Tidak terlihat lagi pada mata hati mereka sesuatu apa pun kecuali yang dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah s.w.t.

Tanpa makrifat seseorang akan melihat amal yang dilakukannya dan dia cenderung untuk mengukur dirinya dengan amalan tersebut. Seterusnya dia menjadikan amalan tersebut sebagai persediaan untuk menghadap Allah s.w.t. Boleh dikatakan dia menjadikan amalannya sebagai tuntutan terhadap Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba membawa kepada Allah s.w.t amal perbuatannya, maka Allah s.w.t menerimanya dengan hisab dan perhitungan yang terperinci. Hisab Allah s.w.t sangat halus dan rapi. Tidak ada walau sebesar zarah pun yang terkeluar dari kiraan-Nya. Sebab itu jika kamu dihadapkan kepada keadilan Allah s.w.t, tidak ada dosa yang kecil atau remeh-temeh yang boleh lepas dari kiraan Allah s.w.t. Semuanya besar dan semuanya dikira. Berbeza keadaannya bagi orang yang dihadapi Allah s.w.t dengan kurnia-Nya. Allah s.w.t berfirman:


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. ( Ayat 111 : Surah at-Taubah )
Orang yang dibeli oleh Allah s.w.t, menjadi hamba abdi kepada-Nya. Allah s.w.t, sebagai Tuan, menguruskan, memelihara dan menjaga abdi-Nya. Apa juga perbuatan yang dilakukan oleh hamba abdi adalah yang diperintahkan oleh Tuannya. Tuan yang mengeluarkan perintah, Tuan juga yang mempertanggungjawabkannya. Hamba abdi tidak ada pilihan. Lantaran itu apabila Allah s.w.t menghadapi hamba abdi-Nya, maka dihadapi-Nya dengan kurnia-Nya bukan dengan tuntutan. Apabila Allah s.w.t tidak membuat tuntutan, tidak ada dosa dan kesalahan yang besar. Jadi, buatlah keputusan apakah mahu menjadi orang yang mengumpul amal dan membuat tuntutan kepada Allah s.w.t dengan amal itu, atau menjualkan diri kepada Allah s.w.t, menjadi abdi-Nya dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

macam mana BAIK pun perbuatan yg kita rasakan dari kita maka disisi Allah tetap BURUK sebaliknya bila mcm mana BURUK pun perbuatan itu tapi dari ALLAH,ianya tetap BAIK.

legend said...

salam.
Daku terbang dengan sayap Rahmani Mu
Menggalas ilmu di atas belakang
Agar daku tidak sesat di jalanan
Tapi ilmu ini amat membebankan daku
Hingga daku tidak terdaya terbang tinggi
Izinkan daku mencampakkan ilmu ke bumi
Biar sayap Rahmani Mu sendiri membawa ku pergi
Sesuka dan semahu Mu.
Engkau ciptakan daku hanya untuk Mu
Maksud dan tujuan ku hanyalah Engkau
Sampaikan daku kepada tujuan penciptaan dan matlamat ku.
---------------------------------
Bila kerinduan terhadap-Mu menguasai hati
Sirnalah segala yang maujud
Tiada lagi yang dapat memberi kepuasan.

bks said...

Allah "berdiri" di atas HUKUM dan Muhammad "pelaksana" HUKUM.

Salam dan wasalam

moses said...

waduhhhh...kok panjang2 bicaranya...
mengapa banyak kulit dr isinya.....

Anonymous said...

kulit pun kalo dbakar,kikis masak lomak,peh.. sodap.hehehe

patut la ko baca sampe ttido.. ko je la yg cite bab isi ni moses..

dini said...

kalau den kolokai isi nanti abis lah pulak ko org songlap so kalau kulit tu tgk2 gitu aje ler.wakahwakah....

aku2 said...

Allah Hu.

Kesimpulannya; Nabi Yunus kena campak kat dalam laut lalu ditelan oleh ikan Nun sehinggalah dia berdoa:
"Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau Ya Allah, dan aku adalah dari golongan orang yang zalim."

moses said...

korang mmg bijak2 yg sebenarnya...

aku tak tau ape dah nak menaip...
tak dapat laduni mcm wak la......

huhuhuhu.....rahman........

moses said...

Adapun yang dimaksud karamah al-awliya' tiada lain, kemuliaan, kehormatan,penghargaan dan persahabatan yang dimiliki para wali Allah berkat penghargaan, kecintaan dan pertolongan Allah kepada mereka. Karamah al-awliya itu,merupakan salah satu ciri para wali secara lahiriah yang juga dinamakan tanda-tanda.

Karamat al-awliya terbahagi kpd dua. Pertama, karamah yang bersifat ma`nawi atau al-karamat al-ma`nawiyyah. Karamah yang pertama merupakan sesuatu yang bertentangan dengan adat kebiasaan secara fizik, seperti kemampuan seseorang utk berjalan di atas air atau berjalan di udara.

Sedangkan karamah yang kedua merupakan keistiqamahan seorang hamba di dalam menjalin hubungan dengan Allah, baik secara lahiriah maupun secara batiniah yang menyebabkan hijab tersingkap dari kalbunya hingga ia mengenal kekasihnya, serta merasa ketentraman dengan Allah.

Orang yang menolak karamah al-awliya',disebabkan mereka tidak mengetahui persoalan ini kecuali kulitnya saja. Mereka tidak mengetahui perlakuan Allah terhadap para wali. Sekiranya orang tersebut mengetahui hal-ihwal para wali dan perlakuan Allah terhadap mereka; niscaya mereka tdk akan menolaknya.

Penolakan mereka terhadap karamah al-awliya',disebabkan oleh kadar akses mereka terhadap Allah hanya terbatas.Apabila mereka mendengar sedikit tentang hal ini, mereka bingung dan menolaknya.

Macam kita baru nak belajar la tak tahu nak membezakan lagi mana satu yg betul mana satu yg benar....

aku main sambung tajuk korang je...huhuhu...tajuk asal wak apa entah huhuhuhu........

roman said...

salam dan selamat berbahagia semua.

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar. ( Ayat 64 : Surah Yunus )

destinirize said...

salam wak,

next story please sbb dah tak tahu nak hurai ape layie......

#wak bila nak buka kandang rimau?