Monday, April 13, 2009

Jono dah mati!

diceriterakan oleh Wak kepadaku, ronasina:

Wak berlari semakin laju. Sayup-sayup pesisir pantai Pulau Jawa kelihatan menanti di bawah suluhan purnama lima belas..Anehnya tiba-tiba larian terasa berat, kaki seperti melekit! Ah.. air laut membeku seperti agar-agar..

Lailatul Qadar cari Wak di bukan bulan Ramadhan?

langkah agak sukar tapi bahagia di jiwa tiba-tiba menyelubungi seluruh anggota- nikmatnya meresap bagai nafas yang harum..ah! Apa bahasa nak digunakan untuk menggambarkannya. Hanya air mata mengakui kebenaran..

Ketika di langit kelihatan beribu-ribu cahaya bak pelita turun ke bumi Wak terdengar jeritan bertalu-talu dari pantai:

"Jono dah mati! Jono dah mati!"

18 comments:

moses said...

Salam....

Bila kau hampir tenggelam dalam kerinduan kepadaNya..Ketahuilah Dia sangat dekat denganmu..
Kuncilah rapat mulutmu dari menuturkan kata-kata agar kerinduan itu kekal bersemayam di ufuk nuranimu..
Jangan sesekali kau mengingkari pedih kerinduan kepadaNya kerana dengannya jiwamu akan dilimpahi oleh cahaya Keilahian..
Ketahuilah bahawa kerinduan itu adalah dari kuntum-kuntum cinta yang hanya tumbuh di hati para pencintaNya..
Jiwamu tidak akan pernah mati biarpun jasadmu terkubur kerna dia telah selamanya menjadi 'CAHAYA CINTA '

Adakah Jono telah mati.... mungkin TIDAK.....

aku2 said...

Mudahnya cakap mati.

Mati itu mudah.

Mati itu sakit, walaupun untuk Nabi Muhammad saw.

Mati itu hakikat - siapa aku dan siapa engkau.

Dengan nama engkau yang maha Pemurah dan maha Penyayang. Bermurah hatilah agar aku tidak hina ketika menghadapi sakratul maut. Serta kasihanilah jasadku yang telah berbakti selama ini. Kasihanilah dan Sayangilah aku sewaktu Izrael menjalankan tugasnya dan berilah kasih sayangmu semoga ianya menjadi satu permulaan perjalanan yang membahagiakan. Insyallah.

Anonymous said...

lailatul qadar ada walau bukan dalam bulan ramadhan?

bro moses,kasi paham kit.yg lain tak dtg ni.. gi suluk kot..

moses said...

Huhuhu... tunggu bln Ramadhan je la....
Ingat Lailatul Qadar tu malaikat ke ape...!!! huk huk huk....

desk said...

salam.

cerita tergantung ler...sapa yg berkata Jono dah mati tu?Adakah wak sendiri berkata kpd dirinya atau ......mmg Jono dah mati.hahaha tgk balik bab yg lepas

desk said...

"Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam 6 hari adalah arasynya diatas air kerana bertujuan menguji siapa di antara kamu orang yang terbaik perkerjaannya".

oleh yang demikian sesiapa yg lebih dahulu sampai ke tempat asalnya dgn jalan mujahadah waktu hidup di dunia ini iaitu sampai makrifat dgn Allah sebelum di matikan maka itulah sebaik-baik manusia disisi Allah.

desk said...

Dan di atas kadar bersetentangan muka batin bagi ruh insan dgn muka alam malakut itu maka tertangkaplah sinaran2 NUR dari alam malakt terus msk ke muka alam ruh (cermin hati) dan dgn perantaraan sinaran2 NUR alam malakut itulah maka ruh insan berpeluang dpt menyaksikan hadrat JAMAL ALLAH dgn keadaan tak boleh di ibaratkan dgn percakapan keraa ia tiada perumpamaan,tiada berbatas,tiada beruangan,tiada bertempat,tiada bercerai,tiada bersambungan,tiada ....,tiada.....dan tiada.....

roman said...

Bismillah dan salam semua.

Maka jangan kamu cari lagi akan IA, kerana bila dicari lagi bukannya semakin dekat akan tetapi malah semakin jauh jadinya.

Siapa saja yang telah sampai pada Maqam ini, pastilah dia tidak akan mau mengatakan kata-kata Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat dan...

Ahli Syariat tidak bersyariat lagi, ahli Tarikat tidak bertarikat lagi, ahli Hakikat tidak berhakikat lagi, ahli Makrifat...tidak bermakrifat lagi...

Seseorang yang sampai kepada Tuhan, Ia tidak tahu lagi akan dirinya, dan tidak tahu lagi siapa Tuhannya. Emas, Pasir , Syurga, Neraka... sama saja.

Ia lebih senang Diam. Kerana diam itu adalah kedudukan Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia serta Maha Tinggi.

Sebagai tambahan agar kita benar-benar mengenal akan diri yang sebenar-benarnya diri, maka ketahuilah olehmu

Rosulullah Saw bersabda:


” Aku Adalah Bapak dari segala Ruh sedangkan Adam itu adalah Bapak dari sekalian Batang Tubuh ”.

Batang Tubuh manusia itu dijadikan oleh Allah swt dari pada Tanah.

” Aku jadikan Insan (Adam) itu dari pada Tanah ”( Al-Qur’an)
Tanah itu dari pada Air, Air itu dijadikan dari pada Nur Muhammad. Dengan demikian maka nyatalah bahwasannya Batang Tubuh dan Ruh kita ini jadi dari pada Nur Muhammad, maka Muhammad Jua Namanya, tiada yang lain.

Anonymous said...

Diam itu adalah kedudukan Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia serta Maha Tinggi.
------------------------------------

Mulai hari ini marilah kita pakat2 diam...tak payah bicara lagi kat blog wak ini...

Dengan kata lain selagi kita masih dok bicara kat blog ini pasti masih tak kenal lagi Penciptanya

Orang yang kenal penciptanya dia tak akan buat blog atau bagi komen kat mana2 blog...

Anda setuju ka....!!!

moses said...

Salam...

Yang pasti lailatulqadar tetap ada sepanjang tahun, cuma ada yang tidak kenal pasti apakah lailatulqadar dan siapakah lailatulqadar..??

Yang pasti Wak boleh bongkarkan rahsia itu....tunggu bulan puasa je la wak...hahahaha

moses said...

Salam kpd tuan anonymous

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu lihat manusia mahukan agama Allah dgn berduyun-duyun, maka bertasbihlah dgn memuji tuhan mu dan mohonlah ampun kpd Nya. Sesungguhnya Dia lah maha penerima taubat
surah An Nashr
ayat 1-3

Minat mereka utk mempelajari jln ini haruslah dipuji,dgn itu mereka akan menuju jln sebenar utk mengenal dirinya dan pencipta
Ia nya timbul dikalangan org2 tua, muda mudi,para alim ulamak syariat x lupa juga si jahil bodoh.

pertumbuhan pusat pengajian ilmu ini haruslah menjadi kebangaan kpd masyarakat kita yg celik.
Bertapa luasnya ilmu Allah dimuka bumi ini.
Tapi harus di ingat ada dikalangan pengajar2 ilmu tarikat dan hakikat memesongkan pembelajaran ilmu ini
menyimpang jauh dr persambungan mata rantai dgn Rasulullah saw dan para sahabat.


ammaba`adu....

fansuri said...

Salam,
oleh yang demikian sesiapa yg lebih dahulu sampai ke tempat asalnya dgn jalan mujahadah waktu hidup di dunia ini iaitu sampai makrifat dgn Allah sebelum di matikan maka itulah sebaik-baik manusia disisi Allah.

aku sokong sdr moses,takkan yang dah sampai dulu nak tengok je anak bini tergapai2...(Refer kt cite Nabi Nuh)lainla kalau memang dah tak dapat hidayah.

huhu..apakah jono telah mati? "royak sket"...

bks said...

Ia lebih senang Diam. Kerana diam itu adalah kedudukan Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia serta Maha Tinggi.

salam.kena paham betul2.bkn dgn main rasa aje ayat tersebut.pandangan dgn sekali pandang dan penglihatan dgn sekali lihat tidak dapat mengupas isinya yg sebenarnya.adakah tuan2 sekalian selalu samapi ke 'tempat' tersebut.masa samapi tu,tuan2 tidak akan berbicara lagi mcm hat selalu.kenapa aku berkata sedemikian,sbbnya org yg dah samapi ke tempat ini tahu mcm mana 'rasanya'.kuang.....kuang......kuang....harap maklum dan harap maaf...

bks said...

mmg jono udah lama 'mati'.kematian suatu nikmat telah lama menjemput beliau.yang tinggal hanyalah 'DIA'.yang berbicara juga hanyalah 'DIA'.yang pandai hanyalah 'DIA'.yang berkuasa jua hanyalah 'DIA'.yang berkehendak hanyalah 'DIA'.so mana jono kat sini.think and think while the thinks you can get the answer kpd mereka hati yg bersinar laksana cermin yg berkilat aje ler....huhuhu.moses huraikan sikit 'Lailatul Qadar' sbb aku xtahu ler...jeng....jeng....jeng...

roman said...

salam....hari esok adalah hari yg belum dizahirkan dan hari ini ianya telah dizahirkan manakala hari semalam adalah yg telah tidak dizahirkan semula.maka keluarlah yang hidup dari yang mati dan keluarlah yang mati dari yang hidup (potongan ayat Al-Quran).mcm mana tu yg hidup boleh keluar dari yang mati?dan yg mati keluar dari yang hidup?begitu jua anda semua dan aku pun jua.adakah 'Lailatul Qadar' tu telah dizahirkan pada hari ini?

kratos said...

salam.....

memang Lailatul Qadar tu ada seiap hari tapi orang semua ingat Lailatul Qadar tu ada pada mlm yg ganjil pada bulan Ramadhan aje.Cuba fahami betul-betul ungkapan Lailatul Qadar tu.Kalau di melayukan jadi ape???Siapa tu? adakah sesuatu?aneh...aneh....pelik....pelik....tapi ianya benar.

roman said...

salam muhibbah dan bismillah....

Berkata Sayyidina Ali karramallah wajhah:-
bila aku masukkan lidahku ke dalam mulut (kunci lidah dari bercakap)maka di waktu itu terbukalah dalam hatiku seribu pintu ilmu,tiap-tiap satu pintu itu ada seribu pintu ilmu pula.Dan berkata Sayyidina Ali lagi 'kiranya diizinkan Allah kepadaku mensyarahkan ayat surah Al-Fatihah nescaya aku akan syarahkan sehingga jadi seberat empat puluh ekor unta kalau dibuku'
Demikianlah ilmu Sayyidina Ali sungguh luas dan tinggi martabatnya seolah-olah lautan yang tiada bertepi.Keistimewaan ilmu umpama ini mustahil tercapai oleh akal manusia biasa jika tidak dengan ilmu laduni yang turun dari langit.Firman Allah
"DIA (Allah) yang memberi ilmu hikmat kpd sesiapa yang IA kehendaki dan siapa-siapa yang diberi ilmu hikmat maka dia akan beroleh kebaikan yang banyak"

Adakah Jono tergolong dlm golongan ini dan penerimanya???

Ilmu Laduni adalah ilmu terkaya dari kena kepenatan belajar,ilmu yang tak habis-habis dipelajari orang dan ilmu yang sedikit berpenat tetapi banyak beristirihat.Apabila wahi terputus dan pintu risilah tertutup maka manusia dari dakwah rasul-rasul kerana ugama di masa itu sudah cukup sempurna dan sudah kuat hujah.Firma Allah

"Pada hari ini AKU telah sempurnakan ugamaKU untuk kamu yakni sekira-kira tiada hajat lagi menambah suatu yang lain"

Tetapi pintu ilham masih tidak tertutup bahkan ia sentiasa terbuka luas kerana bantuan nur ilham itu sentiasa diperlukan oleh peringkat manusia dlm setiap ketika untuk memperkuat,memperbaharui dan mengingatkan kembali kpd ugama Allah.Jika tidak demikian maka berertilah manusia ini akan termasuk ke dalam perangkap godaan was-was syaitan. Hanya tinggal lagi siapakah yang berani menempuh jln mencari hidayat dan ilham umpama itu.Sbb itu siapa2 yg mahu ilmu ilham itu maka wajiplah ia bermujahadah dan mencari jalannya.Allah telah menutup pintu wahi tetapi tidak menutup pintu ilham adalah semata-mata kerana rahmat kpd manusia.Sesungguhnya Allah telah mengaturkan sesuatu itu sesuai dgn kehendak manusia supaya manusia mengetahui bahawa Allah swt itu sangat lemah lembut terhadap hambanya dan DIA pula memberi rezeki kpd hamba yang DIA kehendaki dgn tiada hisab.

Anonymous said...

Laila tu jahil qadar tu alim(berilmu). Drp x kenal berubah jadi kenal. Lailatulqadar boleh berlaku pd bila2 masa, pd sesiapa saja walau di mana pun seseorg tu berada.