Monday, April 6, 2009

gilakah dia?

Wak terjaga apabila terdengar suara orang bersyair, ahh! sudah terang..terasa sakit seluruh badan. Lelaki yang bersyair ini menyediakan sarapan untuk Wak tetapi tidak menegur Wak sebaliknya terus bersyair-

bagaimana nak pulang, sepatu dah hilang
bagaimana nak balik, mata tak bisa celik
bagaimana nak pulang, peta disambar helang
bagaimana nak balik, daun tak boleh belek
bagaimana nak pulang, perahu dah berlubang
bagaimana nak belek, yang biasa dah jadi pelik
...bidadari datang bergelek!

Wak bertanya," Mengapa kalian? Dari mana kalian?"
jawabnya," Aku nelayan yang rajin bekerja (beramal) agar perolehanku banyak..Ya! Aku mendapat banyak ikan (pahala) tapi bermaknakah semuanya sedangkan aku tak jumpa jalan pulang? Ke mana nak kuhalakan ikan2 ini?"

Wak terus bertanya, "Apa agamamu?"
dia menjawab," Hisy! Aku fikir semasa hidup soalan itu tak ditanya, itu soalan dalam kubur!"

Wak tidak menjamah makanannya dan terus berlari ke arah laut menuju Suralaya!

26 comments:

moses said...

Salam...

Best gak kalau aku komen cerita wak ni...huhuhu tapi biar la dulu...bagi orang lain aje la dulu...aku suka kutip sisa2 orang aje...

Unknown said...

Salam Wak.

Ooo... rupanya beramal nak kan ikan banyak. Mereka lupakan Tuan ikan itu sebab gagal mencari jalan pulang!

aku2 said...

Adatlah orang berkhalwat. Ada masa tergoda juga untuk balik. Tapi kalau dah jumpa dan tahu dia sentiasa bersama mengapa nak berkhalwat lagi. Balik ajalah, setiap langkah itu dah sememangnya dugaan, sehinggalah sampai ke penghujung jalan untuk balik yang sebenarnya.

moses said...

Hanya satu cara sahaja bagaimana nak pulang...huhuhu

Ramai orang pergi ke kuala
Beli ikan baru tiba
Kalau buat amal hendakkan pahala
Itu kuli bukannya hamba

Susah-susah cari bilah
Bilah ada dalam buluh
Susah-susah cari Allah
Allah ada dalam tubuh

kulupSakah said...

moses tembak dalam terang nampak?

cumi said...

hisy wak ni..belum sampai suralaya dah jumpa macam2..dah sampai nanti apalah pulak ye? ni yang saya suspen ni..

ikan yg banyak tu boleh digadai sebagai matawang di mahsyar kot?

moses said...

Ada di antara kalian tahu bagaimana pahala tu....???

bks said...

ada Allah dalam tubuh!!!Bukankah DIA meliputi sekalian alam ini.Tidak di luar dan tidak pula di dalam.Ada hati nak mengaku pula!
Bila ilmu dah upgrade masakan di minta pahala dan dosa.bukan itu yg sebenarnya.pahala tu untuk aku aje sbb aku ni budak kuat syariat.buat nak upah.buat nak sogok.

bks said...

pahala itu sebenarnya satu dorongan kepada manusia supaya membuat amal dan kebaikan yang banyak(untuk membangkitkan keinginan).kalau tidak diletakkan nama pahala dan dosa nanti,manusia ini tak takut pulak dan tak tahu.
macam kita disuruh-
a)usaha (tanda kejayaan) kalau tidak berusaha tidak berjaya.
b)tawakal (tanda kepercayaan).kalau tidak percaya buat ape nak tawakal
c)redha (tanda keyakinan).kita yakin segalanya mempunyai hikmah.

kita kaji dari sudut lain pula,seorang salesman di arahkan membuat sesuatu perkerjaan,kalau mencapai target beliau diberi intensif.lebih kurang macam penggalak kpd salesman tersebut untuk mencari dan menambah jualan beliau lah.

setiap perkataan mempunyai 2 (berlawan)
malam-siang
dosa-pahala
berat-ringan

kalau Allah tu dah redha,kat mana DIA nak letak pun terpulanglah kepadaNYA.

*pahala-dorongan/pengalak/intensive

jadi pahala itu hanyalah 1 nama untuk membezakan saja.

salam dan wasalam.

Anonymous said...

Bukankah DIA meliputi sekalian alam ini.Tidak di luar dan tidak pula di dalam.

A`ah betul la tu...bukankah alam itupun berada dlm diri kita...kuang3x
jangan marah beb...aku saje2 je..huhuhu

moses said...

Kalau pahala tu satu dorongan or galakkan...abis tu sok2 nak timbang (mizan)akan nak boh batu kayu kot dlm timbang tu...arghh confuse aku ni....ko bia betul bks...!!!

bks said...

so ape pulak pandangan tuan moses lak tentang pahala tu?sila tafsirkan.tu mukadimah aje.

Anonymous said...

buku catatan kan ada.tu yg menulis

jonjonijonathan said...

watpe buku catatan, timbang2, bicara2..lambat!
macam ISA tu terus je tahan tak payah bicara, yg masok surga terus je masuk..
kan Allah Maha Mengetahui?

aku2 said...

Kita memang boleh cakap macam-macam.

Alangkan dalam dunia ni KENA ada duit dan hutang. Diakhirat nanti tengoklah kalau ada RAHMANnya boleh dapat semua free. Zaman dulu orang kampung bawa uncang emas, zaman sekarang orang modern bawa kredit card. Zaman akan datang manusia kena scan cap jari dah tahu ada kredit ke tidak.

So DOSA vs PAHALA
KREDIT vs DEBIT (hakikat)

Kalau nak dapat special card "Pass MIZAN straight to HEAVEN" kenalah mati syahid. Tu pun kena beratur dulu kat Mahsyar. Shahid pun kena ikhlas baru dapat RAHIMnya.

Tujuan upgrade ilmu, supaya amalan kita lagi bagus dan ikhlas. Emas ada macam emas, ada emas kuning ada emas Singapore. Ada emas 70% ada emas 99.99%. Itulah pahala dan amalan kita.

Ilmu kita sikit aja, Nabi Khidir kata kat Nabi Musa ilmu manusia ni macam dua tiga titik air yang kena minum dek burung sedangkan hakikat ilmu Allah itu sebanyak air dilautan.

Belum masuk cerita akhirat kat padang mahsyar dengan pelbagai makhluk. Jin aja jumlah mereka sepuluh kali ganda manusia yang wujud dari zaman Nabi Adam hingga ke akhirat.

Jangan ingat upgrade Hakikat Makrifat tu kita dah special sangat. Syariat kena jaga - No short cut.

ONDAK OMPUN said...

Indah cerita ini.

moses said...

Tiada sesiapa pun yg mengatakan syariat itu perlu diabaikan kat blog ini....

Kalau tak nak buat syariat pi dok dlm hutan tmpt tak de orang, mati tanam sendiri...huhuhuhu

bks said...

Bismillah Hiroman Nirohim.
Maka yang wajib bagi semua mukmin adalah berpandangan bahawa amal yg baik adalah atas Taufik Allah dan amal yg jelek adalah dari dirinya,sehingga ia termsk ked lm hamba2 Allah yg diceritakan dlm

Surah Ali Imran ayat 135:-
“Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri,mereka ingat akan Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah”.

Kalau seorg hamba menganggap bahawa maksiat adalah dari dirinya,maka ia termsk org yg beruntung dan selamat,ketimbang ia menganggap bahawa dosa adalah dari Allah,kalaupun secara hakiki mmg Allah penciptanya

Para Nabi di jaga dari mengerjakan dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul tapi dari dosa kecil tidak terjaga,sedangkan para wali tidak MAKSUM tetapi MAHFUD.Mereka dijaga dari dosa2 besar setelah sempurna kewaliannya.

Surah Al-A’raf ayat 199:-
“Berikanlah ampun pada mereka.Perintahkan kebajikan dan jangan terpengaruh oleh orang-orang yang bodoh”

Sabda Rasulullah:-
‘Setiap anak dilahirkan dalam keadaan membawa Fitrah Islam tetapi kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi,Nasrani dan Majusi.

Allah berfirman:-
“Barang siapa mengerjakan amal saleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang membuat kejahatan maka dosanya atas dirinya sendiri”

Allah berfirman:-
“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan” (An-Najm ayat 39)

Allah berfrman:-
“Dan ketahuilah apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah” (Al-Baqarah ayat 110,Al-Muzammil 1:20)

“Barang siapa membawa amalam yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya” (Al-An’am ayat 160)

Adapun org yg lebih bk kebaikannya maka ia msk syurga tanpa hisab.Firman Allah dalam surah Al-Qari’ah ayat 6-7
“Dan ada pun orang-orang yang berat timbangan (kebaikannya) maka dia berada dalam kehidupan memuaskan”

Nabi bersabda:-
‘Orang yang calon bahagia telah ditetapkan kebahagiannya dalam perut ibunya’

Salam dan Wasalam.

bks said...

Dalam sebuah hikayat diceritakan bahawa sebahagian orang arif bermunajat kpd Allah dgn kata2:”Ya Allah Engkau telah memastikan dan Engkau telah menghendaki dan Engkau telah menciptakan maksiat dalam diriku”Maka datanglah suara ghaib “Hai hambaku,kata-katamu itu adalah syarat tauhid maka hak ibadahmu”.Maka orang arif tadi kembali melaksanakan ibadah dan dia berkata “Aku salah dan aku telah berdosa dan aku telah berbuat zalim pada diriku”.Maka dating kembali suara ghaib lagi “Kuampuni kesalahanmu.Aku yang mengampuni dan Aku yang menyayangi”

Anonymous said...

Ni hikayat Hang Tuah ke.. hikayat Hang Penglipulara

aku2 said...

Hikayat hanyalah hikayat.

Dalam seronok kadang-kadang kita boleh dilalaikan oleh syaitan.

Berpeganglah kepada ilmu yang Haq. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Allah tidak lagi berbicara dengan manusia. Apalagi....[Maka dating kembali suara ghaib lagi “Kuampuni kesalahanmu.Aku yang mengampuni dan Aku yang menyayangi”]. Walaupun bunyinya nampak OK tapi akidahnya terpesong.

Hikayat cuma hikayat, macam Hikayat 1001 malam.

bks said...

syariat,tarqiat,hakikat & maarifat mesti balance baru ngam poi.hikayat tu baru cerita beb.....nama pun hikayat so aku gelongsorkan dan ko org buatlah penilaian sendiri2.

aku2 said...

Aku seronok tengok Hikayat Dragon Ball dan Hikayat Aang The Legend of Air Bender. Angin boleh jadi kenderaan.

Wak kira terorlah juga boleh "bending" air jadi kenderaan. Tapi Wak, apasal kau punya air jalan lambat sangat tak sampai-sampai lagi ke Suralaya. Agaknya kalau naik teksi dah lama sampai kot. Boleh tidur kat hotel lagi.

kulupSakah said...

wak suka ikut jalan yg banyak 'cerita'..cepatlah update wak!

Anonymous said...

apasal wak tak makan makanan yg dihidang..?

alon-alon wak..

Oghang Ba Ado said...

[Para Nabi di jaga dari mengerjakan dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul tapi dari dosa kecil tidak terjaga,sedangkan para wali tidak MAKSUM tetapi MAHFUD.Mereka dijaga dari dosa2 besar setelah sempurna kewaliannya.]

Assalamualaikum bang BKS.. leh ulas sikit tak maksud "...tapi dosa kecil tidak terjaga.." mintak contoh sekali.. maksum tu dari dosa besar sahajakah?