Thursday, March 12, 2009

isyarat di titian maut!

"sudahlah halus dan panjang, di bawahnya api..lalu bagaimana mahu ke seberang dengan selamat?" tanya Kartolo.

"bukan itu saja, titian itu ada lampu isyarat. Harus tunggu warna isyarat jalan baru bisa mula menyeberang,haha!" ujar Wak.

"kena tunggu lampu hijaukah?" tanya Kartolo.

"hahaha!" Adipati tertawa.

"habis?takkan mahu tunggu lampu merah?" Bentak Kartolo tak sabar.

"memang tidak" Adipati mencapai gudang garam lalu membakarnya.

"sudah tentu bukan kuning? habis apa? warna hitam adakah?" Kartolo nampak cemas kerana tak tahu yang ini.

"macam-macam ada!"sambung Wak."Pengawal lalulintas yang berwajah kita pun ada, ada pendapat mengatakan ibu kita pun menunjukkan isyarat agar mengikutnya menyeberang, ada tiang huruf Alif seperti papan tanda, tetapi semuanya salah!".

seperti mahu menangis Kartolo mendesak,"warna apa mahu diikut?"

...asap rokok hembusan Adipati yang putih kelabu menggulung di udara lalu lesap tak berwarna

8 comments:

Anonymous said...

Manusia berasak-asak dengan pelbagai ragam dan keadaan. Masing-masing dengan bekalan mereka sendiri.

Ada segolongan yang berkumpul ditepi gerai Al Kautsar ada yang mengemis meminta air, ada yang dapat setitik, ada yang dapat segelas, ada yang dapat sekendi, ada yang dilayan umpama VIP, ada yang telah menunggu lama tapi tak dapat lagi, ada yang memujuk bauncher dan ada yang dihalau macam anjing kurap.

Mereka pula ada didalam pelbagai keadaan. Ada yang telanjang sampai berenang didalam peluh mereka sendiri, ada yang bercawat, ada yang berpakaian lengkap. Namun ada yang menaiki pelbagai kenderaan didalam suasana yang nyaman walaupun matahari cuma sejengkal dari kepala.

Ditepi cerunan padang mahsyar itu, mereka berhimpit-himpit untuk mengelak dari sambaran dan percikan api. Jerit raung tak terkira, terdapat juga segerombolan mereka yang tidak sempat menuju titian, malahan ditolok beramai-ramai kedalam api yang menyala, bagi mereka, titian umpama tiada kerana ianya rambut yang dibelah 7. Tak perlu lagi menuggu lampu kerana tolak-menolak berlaku dengan amat kelam kelibut.

Yang menghairankan mereka, ada segolongan yang beratur kesatu arah dimana terdapat seorang manusia yang tak habis-habis mengucapkan "Selamatlah!", "Selamatlah!" kepada mereka yang melangkah berjalan diatas api. Apabila mereka melangkah; ada yang melangkah laju, ada yang melangkah perlahan, ada yang seolah-olah menari diatas api seolah-olah ditarik sesuatu.

Ada juga mereka yang melangkah yakin dengan selangkah terus hilang dipandangan mata umpama kenderaan yang bergerak laju.

Ada yang melangkah titian terus tenggelam kedalam api. Sambil tenggelam mereka berkata:

"Mengapa AKU masukkan AKU kedalam api? Sedangkan semua ini adalah aturan yang telah AKU tentukan!"

Satu kenyataan mengenai AKU yang tepat sekali. - Ingat mengingati antara satu sama lain.

Unknown said...

Salam Wak.

Macam canopy walkway kat taman negara tu ke? Tunggu warden bagi isyarat untuk jalan!

Anonymous said...

Salam...

Bukankah apa yg di ceritakan oleh saudara aku2 itu telah berlaku di dunia ini

Wak...kalau ikut warna-warni kan senang...tak payah nak tunggu warna apa huhuhu....

Anonymous said...

Salam....

Di balik cemin mimpi ada realiti
Yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi menjadi sinar pelangi…

Senang2 ambil je warna pelangi...huhuhu

Anonymous said...

Nak bilang nak ulang..kalau nak tahu cerita, mesti tahu tajuknya..kalau tak faham bertanya...nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih jadi Kelabu.. huhuhu.....Takbir...!!!

Anonymous said...

Salam

Sunyi sepi...
Apa maknanya?
Semuanya faham? semuanya sesat?

Pisau kalau tak diguna manakan tahu tajam atau tidak. Jadi mengapa cari pisau pada mulanya. Oh zaman moden sudah pakai laser macam starwars....

Mungkin sekarang ini sebab orang kafir dah nak ambil hak untuk guna nama Allah. Maka tak perlu kenali dia lagi?

Wallahua'lam.

kulupSakah said...

moses dah gile m.nasir ya? hahaha!

Anonymous said...

huhu...m.nasir mmg hebat org nya.. hebat setinggi mana aku tak tau tp konsert dia baru2 ni pasti ada dikalangan kita yg kesana...

Kebetulan wak dok bikin aku pening dgn warna-warni jadi aku ciplak je lagu m.nasir huhuhu....