Friday, February 27, 2009

Kau Bukan Dari Golongan Kami!

Sedang kehausan di padang pasir ini, Wak terlihat sekumpulan manusia berbaju putih menunggang kuda sambil membawa bendera "Hu!"...Wak berlari cuba mendapatkan mereka..bukan untuk meminta air tetapi merasakan mereka sehaluan dengan Wak!

Anehnya, ketua rombongan tersebut memalingkan muka sambil berkata, "Pergi! Kau bukan dari kumpulan kami!"

Wak : Tapi aku juga mengenali Dia Yang Maha Esa sedalam-dalamnya!

Syeikh : Tidak! Kau terlalu sibuk dengan duniawi..percaturan kuasa politik, mengejar
nama dan kedudukan, berebut kuasa di negaramu kau sibukkan! Kau jauh
dari "AKU!"..

Wak : Ya! Aku sibuk dengan urusan duniawi! Dunia milik "Aku" dan segala kejadian
adalah dengan kudratNya! Aku sibuk dengan Afa'alNya!

Syeikh : Ah..senang berkata-kata dan beralasan! Nyatanya kau lalai dalam melayan afa'al
itu dan membesarkan iblis semula di dadamu!!!


ARGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!
Terjaga dari tidur lewat sore...inilah akibatnya asyik sibuk dengan politik semasa

35 comments:

Unknown said...

Salam Wak,

Dunia milik "Aku" dan segala kejadian
adalah dengan kudratNya! Aku sibuk dengan Afa'alNya!

Bukankah itu betul, segalanya masih lagi di dalam putaran "Aku". Kudrat, Iradat dan Afa'al bukankah hak "Aku". Apakah bercerai sifat dengan "Aku"?. Bukankah segalanya adalah "Aku"?. Kalaulah menyeleweng dari "Aku" barulah menjadi sia-sia. Tapi itu juga iradat "Aku"

Wak yang tidak faham atau orang itu yang kurang faham?

Anonymous said...

Salam.

Tuan syeikh tu lupa kot atau nak uji wak.huhu.sibuk duniawi salah satu ibadat gak.Sifat,Apaal dan Asma sape punya yek???Baring,duduk dan berdiri wak udah ingat ALLAH.Xkan wak tidak ambil iktibar dari kisah org tua dlm gua lalu.
Rupa-rupanya wak lupa basuh kaki lepas balik dari mesyuarat bahagian tadi dan terus tido.Wak,aku tgk dari air jampi tadi ler.huhu

kulupSakah said...

INILAH PERMAINAN 'AKU' UNTUK DIRINYA SENDIRI..adakalanya diri yg dh dibinasakan muncul semula mengganggu..walhal itu
aku
lah jua..

padan muka wak!huhuhu..

Anonymous said...

Salam...

Terpulanglah kat kita sama ada nak jadi khalifah nubuah atau khalifah rusulah ataupun dgn bahasa tarikat kampung di panggil nak jadi tok wali bodoh atau tok wali cerdik.
Sama2 tok wali sama2 khalifah..huhuhu

kalau jadi khalifah nubuah tak payah ambil tahu hal2 duniawi,lantak lah nak jadi apa2pun,asalkan aku menyatu dgn pencipta ku

Kalau nak jadi khalifah rusulah kena belajar pandai2 lah baru boleh mentabir negara,negeri dan jajahan dgn kata lain Parlimen dan DUN...huhuhu

Kalau org2 cam ni memerintah Insyallah rakyatnya hidup selesa
Apa yg nak belaku esok lusa semuanya dah tahu ta payah nak mandrem...perghhh hebatkan

kalau aku jadi menteri pendidikan aku masuk sikit mata pelajaran pertapaan huhuhu....

Kena sibuk la urusan dunia pasai akhirat pun kat dunia ni gak... kah..kah..kah...
Kalau tak main politik cam ne nabi Muhammad,syadina Ali, Abu Bakar dll nak menjalankan perintah Allah, kena main la beb....

P/s: wak..!! politik kat indon tak stabil gak ke cam kat m`sia ni

maun said...

Bila di ajak berperang, takkan dok beratib dalam gua lagi.

Anonymous said...

maun...perang dgn perak bangkit je la..huhuhu...

Anonymous said...

salam wak dan tetamu..

n3 ni bermanafaat utk aku.komen pak din,desk,ks,moses mencelikkan kit aku yg buta..

tapi soalan tetap ada.. aku kan tukang tanya huhuhu

kan selalunya ular dlm semak kata duniawi ni akan membuatkan kita lalai.. lalai camane kalau itu af'alNya?

Anonymous said...

kan selalunya ular dlm semak kata duniawi ni akan membuatkan kita lalai.. lalai camane kalau itu af'alNya?

Salam.Kalau nak di terjemahkan pasai ni,kawan rasa makan tempoh."Kalau kamu sesat maka AKU akan sesat kan kamu lagi kecuali mereka yang memohon perlindungan".Buat ape tgk pada makhluk,tgk pada keWUJUDAN mutlak.Itu semua peringatan bagi mereka yg mempunyai HATI.

Kawan udah jawap utk mu-aku.Kawan nak tanya lak kenapa dlm 1 hari kamu mengucap 9 kali.
Subuh= 1kali
Zuhur= 2 kali
Asar= 2 kali
Maghrib= 2 kali
Isyak= 2 kali

apapasai yek?

Anonymous said...

Kalau org2 cam ni memerintah Insyallah rakyatnya hidup selesa
Apa yg nak belaku esok lusa semuanya dah tahu ta payah nak mandrem...perghhh hebatkan

kalau aku jadi menteri pendidikan aku masuk sikit mata pelajaran pertapaan huhuhu....

Salam moses.untuk tujuan itu aku nak bina gua lah.huhu
mmg betul punya hebat kalau sok lusa udah tahu.ini dak...balik ckp I rasakan...rasakan...kesian pemimpin sekarang,main rasa aje.Kalau cina baguih sikit sbb kata I pikirkan so npk guna akal....org kita rasa udah mcm guna lidah dan npk tak confidence.

legend,tu martabat 9 ler....ape itu maratbat 9?

Anonymous said...

legend,
sesungguhnya yg bertanya lebih tau dari yg ditanya.

aku kan tukang tanya,tak tau nak menjawab..

aku amat berbesar hati andainya legend dapat perincikan utk aku dan yg lain2..

Anonymous said...

kenapa dlm 1 hari kamu mengucap 9 kali.
Subuh= 1kali
Zuhur= 2 kali
Asar= 2 kali
Maghrib= 2 kali
Isyak= 2 kali


HUHUHU....bukankah mengucap dlm solat itu tidak wajib....jadi kalau aku tak baca 2 kalimah syahadah dlm solat, solat aku tetap sah, kenapa nak diada2kan martabat 9.

Masa aku sekolah dulu yg ada sampai tingkatan (martabat) 6 atas je akakakakaaa....

Anonymous said...

n3 ni bermanafaat utk aku.komen pak din,desk,ks,moses mencelikkan kit aku yg buta.


Yang buta boleh nampak dan yg lumpuh boleh berlari apabila si buta kendong si lumpuh...huhuhu

Anonymous said...

Yahudi ada 71 golongan - 1 golongan masuk surga.
Nasrani ada 72 golongan - 1 masuk surga.
Islam ada 73 golongan - 1 masuk surga.
Samada aku tak aku kat titi siratul mustakim nanti barulah engkau tahu golongan manakah engkau antara 3.

Yang paling beruntung ialah golongan yang bijakSANA dan pandai muhasabah diri - untuk dunia ada hakNYA dan untuk akhirat ada hak NYA.

Jangan khayal dengan AKU yang satu sebenarnya selagi bergelar manusia zahirnya aku aku engkau engkau. Masa titi sirat nanti baru kita tahu banyak mana aku dengan AKU.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Salam.Mcm mana nak lalu titian sirutul mustakim sedangkan di ibaratkan sehelai rambut dibelah TUJUH..7 ape??mcm mana nak sampai.Melalui mcm mana?

Anonymous said...

salam.

berbalik semula pada kalimah SYUHADAH bahawasanya kamu naik saksi.Ape saksi?Kamu nampak ke kalau kamu jadi saksi?Ape yang kamu nampak?Sapa yang kamu nampak?

Anonymous said...

SATU PENYAKSIAN DAN DGN DEMIKIAN KAMU TELAH PUN MELINTASI TITIAN TERSEBUT.

Anonymous said...

Salam Anonymous and the gengs.

Suatu Penyaksian Yang Abadi maka itu adalah keujudan MUTLAK.10 benda yg tidak akan musnah nanti.Apakah benda itu dan dimanakah letaknya?

Anonymous said...

Salam.Dari Nukilan TBS.Adakah kamu mengata ianya adalah kamu.Sebenarnya kamu berbohong sahaja

Pada haqiqatnya tidak ada apa2 ujud diluar mata, seperti kebanyakan berperasangka. Apa yang disangka, cuma khayalan semata2. Apa yang disangka ada diluar mata sebenar2nya adalah satu keadaan ‘kosong’ semata2. Al-jamadat (benda beku) tidak mungking dapat menembusi biji mata, yang bersifat cecair, urat, darah, daging, yang pada asasnya tidak layak diungkapkan melihat.
Begitu juga dengan keadaan telinga,: keseluruhan bunyi cuma dialirkan keluar dari maklumat bunyi2an yang telah tesedia ada di minda ( AL LOH AL MAHFUZ). Tetapi yang anihnya seolah2 bunyi2an ini deidengar dari luar telinga.
Mulut berkata2 dengan kod2 yang juga telah tersedia ada diminda (AL LOH AL MAHFUZ). Yang anihnya mulut2 berkata2 seolah2 ada bunyi, pada halnya tanpa bunyi sekali2. Bunyi kod kata2 ini dialirkan olih telinga, dari frekuensi2 yang telah tersedia ada diminda (AL LOH AL MAHFUZ).
Sekiranya dikaji secara seni dan teliti, nescara keseluruhan yang dirasa, diengar, dilihat, dirasa, dikata.. semuanya telah berada diminda, sejak azali lagi. Jesteru itu ‘ujud/ kelibat’ keadaan dalah zat minda semata2, bukanya realiti.
‘Insan’ pada haqiqatnya hanya ujud bersendirian’ tanpa makhluk2 disisinya.Mskhluk2 yang sisangka ‘ada’ hanyalah gurisan2 yang telah tersedia ada dimindanya .
Dan tatkala ‘Insan’ menghadapkan dirinyakepada ‘khayalan’ yang dirasakan datang dari pancaindera , nescaya adalah yang demikian itu, hijab/ halangan dari membaca apa yang sebenarnya telah tersedia di LOH-MAHFUZ ( ALAM AL-MALAKUT/ alam separuh sedar)
Minda ‘Insan’ pada hqiqatnya merangkumi keseluruhan maya ( RAB Al Alamin) بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ [85:21] Bahkan ia adalah Al Qur'an (pembacaan) yang mulia, فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ [85:22] yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuzh. وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ [6:75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin.

Anonymous said...

sebab tu pabila kamu merasakan ada tersirat sesuatu dihati kamu dan dengan demikian buleh di ketahui oleh AKU.AKU sudah boleh membaca hati kamu tanpa kamu jelaskan kepada AKU.

Anonymous said...

perjalanan ilmu inilah yg dimaksudkan dgn siratulmustaqim,halusnya seperti meniti titian tambut dibelah tujuh..bukan di mana2, di sinilah jua..

salah titi salah bawa,jatuhlah ke dalam api (kesengsaraan)..
titian ini adalah untuk yg melalui jalan ini, yg tak lalui sudah lama terjerumus ke dalam kesengsaraan

Anonymous said...

Kepada saudara dini...

meh terang sikit kat aku apa yg ko ciplak n paste kat blog wak ni...

setakat copy n paste aku pun boleh buat 1000 kali lagi kat blog wak ni...

Anonymous said...

Ada sape2 tau berapa panjang titian siratul mustakim....!!!!

setakat tebal ke halus ke titi tu aku tak hairan lagi, cuma aku nak tau penjangnya aje...

aku2 pasti ada jawapan kot

Anonymous said...

sebab tu pabila kamu merasakan ada tersirat sesuatu dihati kamu dan dengan demikian buleh di ketahui oleh AKU.AKU sudah boleh membaca hati kamu tanpa kamu jelaskan kepada AKU.

--------------------------------------

Kalau mcm tu kenapa masih ada lagi yg sesat lagi menyesatkan....???

Anonymous said...

berapa panjang siratulmustaqim?
haha! gampang saja soalan tu..
tapi gue kasi can aku2 jawab dulu sebab dia lebih tahu dan biasa ke sana..

gue jawab kemudian!

Anonymous said...

Bukankah segalanya adalah 'Aku'?kalaulah menyeleweng dari 'Aku' barulah menjadi sia-sia.tapi itu juga iradat 'aku' - pak din
Inilah permainan 'Aku' untuk diriNya sendiri. -LKS
Kena sibuk la urusan dunia pasai akhirat pun kat dunia ni gak. - moses
Jestru itu 'ujud/kelibat' keadaan adalah yat minda semata2,bukan realiti. - dini/tbs

Samada aku tak aku, kat titi siratul mustakim nanti barulah engkau tahu golongan manakah engkau antara 3. - aku2

bila dah semuanya 'Aku', nape plak 'Aku' nak uji 'Aku' guna rambut dibelah 7?

Anonymous said...

Tak apalah aku jawab berapa panjang titi siratul mustakim.

Panjangnya dan lebarnya titi siratul mustakim ialah bergantung dengan Ar Rahman.

Macam kita dengan peminta sedekah, kalau yang minta sedekah tu nampak ikhlas dan betul susah, kita bagi banyak sedekah. Kalau yang minta sedekah tu macam yang berpura-pura kita sedekah penyepak. Bergantunglah kepada ke"pemurahan" kita.

Begitu juga Ar Rahman dengan amalan kita kepadanya. Kalau dia sudi dengan Maha Pemurah NYA, rambut dibelah tujuh boleh menjadi highway tujuh lorong, titian seribu batu dilepasi dengan satu langkah - itulah keramat dan nikmat sebenar hak untuk kita. Maka beruntunglah mereka yang diberi kelebihan dan rugilah mereka yang mengsia-siakan hidup didunia dan menafikan hak NYA Al Haq. Masa itu nafsi nafsi. Begitulah pandangan saya.

Tahyat akhir itu wajib dalam solat dan dalam tahyat akhir itu ada syahadat.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

husyy..susah nak yakinkan orang ramai tuh kalau panjang siratulmustaqim ikut suka Aku je..ikut suka aku? macam ISA je..haha!Masa itu nafi-nafsi.bagai,mana pulak ye?

"siratulmustaqim" adalah perjalanan ilmu haqiqat dalam penyatuan dengan Dia. Perjalanan ini terlalu halus dan jika tergelincir akan sesatlah kita..(rambut dibelah tujuh dan neraka di bawahnya adalah Qias tentang bahayanya perjalanan ini..
kalau ikut dengan ikhlas dan tulus maka lebar (mudah)lah perjalanan ini akan tetapi kalau banyak halnya, maka silap2 boleh jatuh..

jarak panjang 'siratulmustaqim' untuk sampai ke seberang..seberang mana? jumpa sapa?hihi..

maksudnya jarak panjang menuju kepada Aku ialah 'sepanjang' hayat insan itu..jika tamat 'hayat' tamatlah tuntutan perjalanan....

Anonymous said...

kata aku2 tahyat wajib sebab dalam tahyat ada syahadah..

saya kepingin juga bertanya kerana selalu dengar "innallaha wa malaikatihi yusollu nalannabiy..ya aiyuhallazi na amanu, sollu alai hiwassalimu taslima.."
- pada hari in Allah dan malaikat bersalawat ke atas nabi, maka wahai org2 beriman !salawatlah kamu juga....

MASA BILA ALLAH DAN MALAIKAT BERSALAWAT KE ATAS NABI? BOLEH DENGAR TAK?

Anonymous said...

Ye Betul......
Tahyat akhir itu wajib dalam solat dan dalam tahyat akhir itu ada syahadat.

Anonymous said...

perjalanan ini terlalu halus,jika tergelincir sesatlah kita. - kartolo.

bukankah kita tiada daya.. jadi macamana 'Aku' sesatkan 'Aku'?

Anonymous said...

salam.
Orang majzub dijaga sepenuhnya oleh Tuhan. Tuhan murka kepada sesiapa yang menyakiti orang majzub. Biasanya orang yang menyakiti orang majzub menerima balasan dengan segera. Perkataan orang majzub biasanya menjadi kenyataan. Keadaan yang demikianlah menyebabkan orang ramai yang berminat dengan aliran tarekat menganggap orang majzub sebagai orang keramat. Sebenarnya kekeramatan bukanlah milik seseorang. Ia adalah hak Tuhan yang dizahirkan dalam melindungi para pencinta-Nya yang tidak berupaya melindungi diri sendiri. Setelah ahli majzub kembali sedar, maka bakat dan keupayaan dirinya kembali berfungsi dan fenomena kekeramatan jarang atau pun tidak lagi berlaku pada dirinya

Anonymous said...

salam.

bukankah kita tiada daya.. jadi macamana 'Aku' sesatkan 'Aku'?

Katakanlah:Ya Allah Engkaulah yang memiliki kerajaan,Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau tarik kerajaan itu dari siapa yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki.Di dalam tangan-Mu semua kebaikan dan Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Anonymous said...

duhai karteni,
Allah dan malaikat bersalawat ke atas nabi waktu tahiyyat ayat sebelum syahadah tu..

assalamu alaika aiyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuh

Pak Oncu said...
This comment has been removed by the author.
Pak Oncu said...

Salam Wak dan sahabat semua, tumpang duduk,,,, SEGALA GALA NYA ADA LAH AKU DAN AKU DAN AKU,,,, DARI A HINGGA Z, DARI ALIF HINGGA YAA,,,AKU yang empunya,, tidak ada perkataan tapi lagi,, semua nya HAK AKU,,,,