Thursday, February 12, 2009

Jin lintang-pukang melihat Tok Ayah

Sedang kami ngobrol2 sambil minum2 sore itu di rumah Tok Ayah, Jamsani berlari mendapatkan kami sambil menjerit cemas, " Tolongg!! Susila enggak sedarkan diri lagi..meracau seperti kerasukan!"

memang kami dengar suara hilaian Susila walau jarak rumahnya lebih kurang 50 meter dari rumah Tok Ayah. Susila khabarnya selalu histeria akhir2 ini...
Wak pun mengambil seulas bawang putih , menghembuskan nafas suci ke bawang putih itu lalu menggentel dan menenyeh nya dengan jari agar getahnya melekat di jari. Wak bertujuan untuk menyapu hidung Susila dengan getah bawang putih tersebut supaya dia terbersin dan 'jin' akan terkeluar..

namun sebaik saja kami melangkah ke dalam rumah, Susila terperanjat dan melolong melihat Tok Ayah dan terus pengsan. Sebaik terjaga Susila pulih seolah2 tiada apa yang berlaku. Ronasina hairan mengapa jin begitu takut melihat Tok Ayah....

"Barangkali jin melihat 'cahaya' yang datang ke arahnya lalu ia lari akibat tersilau! Hahaha!" ketawa Tok Ayah..

Adipati menambah," Segala makhluk di atas muka bumi ini lahir dari Nur Muhammad, cahaya 'second hand' dari kita...

"La Maujud Illallah!" kata Wak..

31 comments:

mountdweller said...

Salam Wak,agak lama tidak bertemu di alam kita.

Jin memang bodoh dan penakut. Jin lari kerana melihat cahaya kalimah nazoriyah yang ada pada Tok Ayah. Sebenarnya bukan lari gitu ajer tapi siap dengan terkencing terberak ibaratnya.

aku2 said...

Ha ha ha ini mesti Jin Dracula, sebab dia takut dengan bawang putih.

Agaknya Jin Karin yang ada pada setiap manusia tu lari ke bila kita makan bawang putih?

Salam, semoga semua sihat selalu.

dini said...

Sebaik terjaga Susila pulih seolah2 tiada apa yang berlaku. Ronasina hairan mengapa jin begitu takut melihat Tok Ayah....

"Barangkali jin melihat 'cahaya' yang datang ke arahnya lalu ia lari akibat tersilau! Hahaha!" ketawa Tok Ayah..

Salam.

Martabat Tok Ayah tu...Kalau jin tu ada berani duduk lah kat situ lama sikit,tahulah si jin tu.Dalam konteks yang lain bukan lagi ujud makhluk.Tahap ni lah nak di capai oleh seseorang.Kenal Allah maka binasalah diri.Lepas binasa diri ada ke lagi ujud makhluk.Tentu tidak dan yang ujud hanyalah WUJUD yg MUTLAK.Ujud makhluk mcm biskut (dari tiada kpd ada dan kemudian tiada kembali-tidak kekal bukan?)Setiap kelaku dan perlaku ha sapa?Hak kamu ke?maka batal...huhu
Kamu menyangka Allah berada di dlm diri kamu, tak ubah kamu seperti org yahudi yg mana mereka anggap mereka lebih mulia dan membunuh tidak salah bahkan tugas yg mulia.Sbb ape?Sbb mereka (yahudi) merasa Allah di dalam mereka.Nazubillah.Kamu menyangka kamu adalah Allah,tak ubah kamu seperti org nasrani padahal surah Al-Ikhlas sudah menyangkal segala-galanya tidak beranak dan diperanakkan dan tunggal.Kamu berbilang-bilang dan bertempat dah xpakai lagi??Oleh itu kiranya kamu rasa dan terasa maka xpakai dan sah.Byk golongan iaitu 73 golongan dan hanya 1 golongan yg diterima.Golongan manakah kamu duduki????Gosok lagi maka gosok lagi dan suatu hari nanti akan bersinar akhirnya.Gosok 1 arah sahaja (istiqamah).Jgn byk arah,nanti sewel lak akhirnya.Semuga maju jaya.

mountdweller said...

Ingat tu jangan banyak arah, nati sewel itu nasihat dini. Betul sebab akhirnya manusia akan menjadi Tuhan/Hantu?

desk said...

Salam

Paling aku tidak mengerti
bagaimana mahu menyeru-Mu
jika nama juga hijab
antara Engkau dengan aku.

Engkau esa
tiada hijab menemani Mu
mana mungkin Engkau terhijab.

Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam merindui Mu
berapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari Mu.

Engkau dekat
tetapi bila didekati Engkau menjauh
bila berhenti Engkau melambai
bila dikejar Engkau menjauh kembali.

Bila aku di tangga rumah Mu
Engkau menutup pintu
bila aku undur
Engkau membuka jendela
bila aku mengintai
Engkau melabuhkan langsir.

Dalam kepayahan ini
daku perlukan penawar
penawar itu ada pada tangan Mu
namun aku malu menghulurkan tanganku yang cemar
untuk disambut oleh tangan Mu yang suci.

Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman kerana aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat
namun hatiku gila kepada Mu
tetapi aku malu memanggil Engkau kekasih
kerana aku tersangat hodoh dan hina.

Janganlah Engkau murka
lantaran si hodoh dan hina ini mengasihi Mu.

Wajahku yang hodoh dan hina
tidak layak Engkau tatapi
Wajah Mu yang cantik berseri
tidak layak aku tatapi
di atas tangga rumah Mu aku terlena
dengan harapan mataku tidak terbuka lagi
kerana aku tidak tahan merindui Mu.

Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu
dan memejam mataku di situ
agar apabila Engkau membuka pintu
Engkau memandang kepada ku
walaupun daku tidak memandang kepada Mu.

Nukilan daripada : Sufi Islam Darul Iman

desk said...

Wahai yang tidak aku kenali
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.

Lalu aku terjun dari puncak gunung
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.

Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu
mengembara ke seluruh alam maya
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.

Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.

Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.

Bila aku tiada beserta Dia
tinggallah Dia sendirian
rindulah Dia kepada diriku
lalu Dia terjun ke dalam hatinya
di sana Dia berjumpa Aku
Aku menyambutnya dengan tersenyum.

Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
sedangkan Aku dan Dia
tiada antara
bukan juga titik yang halus
titik yang halus masih menempati ruang
sedangkan Aku dan Dia
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.

Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
tiada beza antara Aku dan Dia
bila aku cuba mengenali Dia
aku tidak kenal lagi diriku
aku tidak kenal lagi diri Dia
bila dia cuba mengenali diriku
dia tidak kenal lagi dirinya
dia tidak kenal lagi diriku.

Tiada lagi kenyataan
tiada juga keghaiban.

Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.

Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
usah diganggu rahsia ini.

desk said...

RAHSIA

Bagaimana hendak ku serahkan
zat rahsiaku kepada-Mu?
ini adalah persoalan besar.

Engkau ucapkan:
katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku.

Rahsia adalah rahsia
mana boleh diterka
hanya daku perlu meyakini
ia adalah urusan Tuhanku
mengapa aku cuba memikul urusan Tuhan
serahkan hak Tuhan kepada Tuhan..

Wahai Tuhanku
Engkau mengetahui zat rahsiaku
daku sendiri tidak mengetahuinya
tanpa pengetahuanku tentangnya
daku serahkannya kepada Mu
terimalah, terimalah, terimalah
daku tidak hairan
bagaimana Engkau menerima zat rahsiaku
kerana Engkau yang paling rahsia
Pemilik segala rahsia.

Nukilan daripada : Sufi Islam Darul Iman

Legend said...

Salam.


Penciptaan Adam a.s yang dikuasai oleh hakikat yang sempurna menyebabkan alam menjadi sempurna. Adam a.s adalah pasak alam yang menstabilkan alam. Tanpa Adam a.s neraka akan bergegar kerana tidak ada sesiapa yang akan masuk ke dalamnya. Bila Adam a.s diciptakan neraka menjadi tenteram kerana ia tahu haknya akan ditunaikan. Tanpa Adam a.s, hakikat kenabian dan hakikat kewalian tidak akan ada kenyataan, tidak akan muncul nabi-nabi dan wali-wali ke dunia, maka tidak ada sesiapa mengenal Tuhan.

Mengalami suasana Hakikat Insan di dalam Perbendaharaan-Nya yang tersembunyi memakrifatkan hamba dengan Pentadbiran Tuhan ke atas makhluk-Nya, termasuklah manusia.

dini said...

“Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada sesuatu bersekutu dengan-Mu. Daku hanyalah hamba-Mu yang lemah, hina dan jahil. Di hadapan Wajah-Mu Yang Maha Mulia dan Maha Suci daku menyaksikan betapa lemah, hina dan jahilnya diriku.

Engkau perlihatkan pakaian keindahan-Mu. Bukan Engkau memerlukan pakaian dan bukan juga Engkau menghijab Diri-Mu, tetapi jika tidak kerana pakaian keindahan-Mu nescaya hancur leburlah segala kewujudan yang menghadap kepada keagungan-Mu. Pakaian keindahan itu bukan menutupi Diri-Mu, kerana Engkau Maha Esa, mana mungkin ditutupi oleh sesuatu. Wujud kami jua yang Engkau selimuti dengan kelembutan pakaian keindahan-Mu, agar kami dapat bertetangga dengan kebesaran, kemuliaan, keperkasaan dan keagungan-Mu. Engkau berbuat demikian demi rahmat dan kasihan belas-Mu kepada kami.

Engkau memiliki satu pakaian yang Engkau pakai bila menyamar. Di dalam penyamaran-Mu berdatanganlah penyanggahan, kerana Engkau tidak dikenal dalam penyamaran-Mu. Kekasih akan menunjukkan kebencian. Sahabat akan menunjukkan permusuhan. Seteru akan mempergiatkan fitnah. Besarlah huru-hara terjadi apabila Engkau menyamar. Ilahi! Daku bermohon kepada-Mu. Selamatkanlah daku daripada pengingkaran tatkala menerima kedatangan-Mu dalam penyamaran. Jadikan daku sentiasa mengenali-Mu ketika menyamar dan ketika menyata.

Engkau Maha Cinta. Engkau mencintai agar Diri-Mu dikenali. Lalu Engkau perkenalkan Diri-Mu melalui nama-nama-Mu. Nama dan zat nama sendiri tidak berupaya mendatangkan kesan. Hanya Engkau, Zat yang memiliki segala kekuasaan dan kekuatan. Semuanya menumpang kekuasaan dan kekuatan Zat Diri-Mu Yang Maha Esa, Maha Tinggi. Sekaliannya menyaksikan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala sesuatu’ ”.

Kesedaran si hamba kepada kewujudan dirinya dan makhluk lainnya semakin bertambah. Banyak perkara telah disaksikannya, diketahui dan dikenalinya namun kesedaran yang kembali kepadanya belum cukup kuat buat dia mengenali dirinya. Si hamba berhadap kepada Hadrat Tuhannya dan bermunajat:

“Ilahi Rabbi! Engkau perlihatkan kepadaku jalan kenabian, jalan asma’ dan jalan Insan Kamil. Daku melihat sekaliannya namun daku tidak melihat diriku di atas mana-mana jalan. Ilahi Rabbi! Siapakah pula aku ini?”

Juru-bicara dari dalam dirinya menyampaikan perutusan:

“Tuhan berkehendak engkau berdiri di hadapan-Nya bukan untuk bertutur-kata, bukan untuk mendengar pertuturan-Nya, bukan untuk mengajukan pertanyaan, bukan juga untuk meminta pengetahuan, tetapi hanyalah berdiri tegak semata-mata demi untuk-Nya. Baharulah engkau benar-benar mengenali Keagungan-Nya. Jangan engkau mendahului-Nya. Bila Dia berkehendak mengucapkan tutur kata Dia akan mengucapkan tutur kata-Nya. Bila Dia berkehendak memberikan kefahaman akan ditanamkan kefahaman ke dalam hatimu. Sebelum itu berdiri tegak di dalam makammu yang rendah itu!”

moses said...

Salam....

Apahal dah jadi madah pujangga lak ni....

Cahaya second hand mana boleh lawan cahaya mutlak...

Agak2nya jin dengan mambang tu sama ke wak...

La a`limu Illallah...

maun said...

Tunduk segala yang bertubuh kepada Muhammad

ronasina said...

sekali syair daa...

kau ciptakanku
untuk mencarimu
yang berlindung
di balik aku..

tondra king said...

dini,
kristian sangka Tuhan dalam diri...

sebenarnya Dia tak bertempat, di dalam bukan di luar pun bukan..Dia meliputi luar dan dalam

dini said...

kristian sangka Tuhan dalam diri...

sebenarnya Dia tak bertempat, di dalam bukan di luar pun bukan..Dia meliputi luar dan dalam.

Salam Tuan Tondra King

Alhamdulillah kerana mengingatkan daku.Sekali lagi terima kasih.

Legend said...

Agak2nya jin dengan mambang tu sama ke wak...

mambang tu buka awek ke??

moses said...

oooo...itu saya tahuuu... jin pakai tonceng...

mohon penjelasan...

di dalam bukan di luar pun bukan..Dia meliputi luar dan dalam

Luar dan dalam tu tang mana...???

Legend said...

mohon penjelasan...

di dalam bukan di luar pun bukan..Dia meliputi luar dan dalam

Luar dan dalam tu tang mana...???

Salam.
Since moses dah tanya kawan pun nak tahu gak.Dah bertempat tu dak??

aku said...

salam..

jin yang lari tu, jin kepala tonceng kot...

tingat pilem p.ramli lak.. nujum pak belalang..

didalam pun bukan,diluar pun bukan.. meliputi luar dan dalam..

pahamkan aku yang tak paham..

tondra king said...

Allah itu meliputi segalanya, sesungguhnya Allah itu amat luas...

hisy banyak ayat2 gitu yg perlukan tafsiran dan kupasannya, walau ada yg mentafsirkan yg luas itu adalah kekuasaannya, tapi meliputi luar dan dalam ertinya menyeluruh...

apalagi yg wujud setelah semuanya dibinasakan?

IndukYati said...

Salam semua
Bila Abe Din cakap Tuhan/Hantu? Teringat lah saya akan "kekanda-kekanda" saya yang banyak membuka minda dan pengetahuan ttng hal ini...
Dari ada kepada tiada....banyak yang boleh kita ulas disini..

qimi said...

meliputi luar dan dalam ertinya menyeluruh...

maksud Allah menyeluruh tu mcm mana...???
Syaitan dan malaikat pun menyeluruh jugak...

Bagi tau la betul2 poning dah ni

Aku2 said...

Ini cerita Jin.

Relevant sebab dia ghaib pada pandangan mata kasar kita. Kalau kita kata jin ada, boleh ke nampak jin, pegang jin atau bercakap dengan jin, bersahabat dengan jin atau buat jin jadi kuli.

Ada orang boleh nampak jin tertentu tapi tak boleh nampak semua jenis jin. Ada orang yang bersahabat dengan jin, menghambakan jin atau jadi hamba jin.

Iblis pun dari golongan jin. Ifrit jin kuat zaman Nabi Sulaiman. Ada jin islam ada jin kafir. Orang bunian ? Campuran jin dengan manusia? Jin itu hantu?

Ada orang baca 3 Qul ayat Kursi hantu/jin lari. Ada orang baca sampai meleleh air liur pun jin dok gelak aja.

Yang Wak tulis tu aku rasa, jin yang ghaib boleh masuk keluar dalam badan manusia yang zahir - konsep.

Apa-apalah janji korang kenal siap Az-Zahir dan Al-Batin.

kitul said...

qimi,
macam yg diceritakan dlm entry tu, insan lahir dari cahaya Allah seperti dicerita dalam AlQuran (..dan kutiupkan rohku)tapi ramai yg hanya cerita insan lahir dari Adam yg ditempa dari tanah, tak nampak ayat sebelumnya..maka jadilah Iblis yg sangka dia dari api lebih hebat.dia tak nampak 'hakikat' diri Adam adalah cahaya terus dari Allah...

segala kejadian makhluk lain seperti malaikat, iblis, jin,haiwan, planet atau apa saja adalah dari Nur Muhammad- serpihan dari cahaya insani, cahaya kita... sebab itulah insan itu sebaik2 kejadian...laqad khalaqnal insana fiahsanitaqwim..
malangnya tak kenal diri akan menghumbankannya ke tempat serendah2 lebih dari haiwan ternakan (thommarodadna hu asfalasafilin)

desk said...

salam.

Darjat Muhammad semulia-mulianya sehinggakan jin pun lari ketakutan melihat cahaya datang menyinari.

Tok Ayah seorang yang keramat/karamah?Umumnya keramah/keramat adalah pemberian Allah kpd Wali-waliNYA pada tingkat bawahan bagi memantapkan keyakinan dan keimanan kpd Allah.Sedangkan Wali-wali Allah pada tingkat atasan tidak dikurniakan keramat apa saja,yakni keramat bersifat lahiriah kerana mereka bukannya Wali-wali kecil tetapi merupakan Wali-wali besar menurut pemahaman Tauhid dan Tasawuf.Adakalanya sesautu pemberian ini kalau tidak ditangani/diatasi dgn baik akan menyebabkan terjerumus ke martabat bawahan kembali sbbnya org ramai akan taksub dan memperkatakan beliau ini hebat.Lain pun dgn Wali-wali besar Allah sbb hati mereka penuh dgn iman yg mantap yakni begitu kuat.Golongan mereka ini tidak berhajat lagi kpd sesuatu yg memantapkan dan mengukuhkan iman dan keimanannya.

Adakala sesuatu seperti ini seharus dielakkan dari menjadi buah mulut dan pujaan org ramai yg si polan itu hebat lah,terror lah.Ini pun sebahagian dari ujian dan percubaan bagaiman kita hendak mengatasi masalah ini secara sebaik mungkin.Apa pun itu lah HAKIKAT DIRI....

dini said...

meliputi luar dan dalam ertinya menyeluruh...

maksud Allah menyeluruh tu mcm mana...???

salam

Kemungkinan buleh mententeramkan jiwa yg bergelora.

Nafikan dengan kalimah “La ilaha illa Llah”. Orang yang berjaya melepasi bentuk-bentuk misal tersebut akan sampai kepada Penyaksian Hakiki, iaitu menyaksikan tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah. Pada Penyaksian Hakiki juga tidak ada suara, tidak ada huruf. Penyaksian berlaku kepada mata keyakinan. Si hamba yang menyaksikan dengan mata keyakinan mengucapkan: “Sesungguhnya hatiku tidak berasa syak lagi bahawa Engkau yang daku pandang tanpa rupa, tanpa bentuk, tanpa cahaya, tanpa warna, tanpa suara dan tanpa huruf”. Itulah keadaan memandang dengan tiada sesuatu yang dipandang, tahu tanpa sesuatu pengetahuan dan kenal tanpa sesuatu pengenalan. Penyaksian akal dinamakan ilmul yaqin. Penyaksian mata hati dinamakan ainul yaqin. Penyaksian mata keyakinan dinamakan haqqul yaqin. Haqqul yaqin meruntuhkan segala pengetahuan dan penyaksian kerana sesungguhnya Tuhan adalah:-
"Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya"

qimi said...

Jin ni sebenarnya ada ke tak de....
aku kurang ariff la....

kulupSakah said...

dalam quran pun ada kata malah surah jin pun ade...berbagai2 versi tentang penciptaan jin ni..bagi aku Allah menciptakan jin untuk menunjukkan kuasaNya bahawa ada sejenis makhluk yg menjalani kehidupan seperti insan- berakal,bernafsu,bekerja tetapi tidak berjasad sesempurna manusia, yakni tidak dpt dilihat dgn mata kasar..

kata ust.ismail kamus "sebaik2 jin adalah sejahat2 makhluk" tu adalah hadis Melayu..huhu!

namun aku berpendapat, mesej wak nukan nak cite pasal jin, tapi ingin menunjukkan 'martabat' insan..

qimi said...

tu yg membuat aku confuse lg pun dlm quran sekerat dua je kisah jin.

Kalau dia tak berjasad bermakna jin bkn dr golongan Adam sedangkan setahu aku hanya adam je ada kat dunia ini.
Setahu aku tuhan hanya cipta Adam dr nur muhammad
Kalau martabat insan tu mmg la dr golongan Adam....
Jin syaitan iblis malaikat datang kot celah mana lak....
Apakah yg tersirat sebenarnya...??
mohon penjelasan....

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft sql server software, [url=http://firgonbares.net/]kaspersky internet security 2009 registration codes[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] cheapest student software on line store software
uta software store [url=http://firgonbares.net/]academic software prices[/url] 1 Mac Box Set
[url=http://firgonbares.net/]adobe software prices[/url] filemaker pro 10 bible release date
[url=http://firgonbares.net/]where can i buy adobe creative suite 3 premium for mac[/url] web based educational software
download adobe photoshop cs3 [url=http://firgonbares.net/]used educational software[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]coreldraw graphics suite x3 downloads, [url=http://sunkomutors.net/]physician office software[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] software store com windows xp 64 bit
software microsoft word [url=http://sunkomutors.net/]discount software for educators[/url] free nero 9
[url=http://sunkomutors.net/]free autocad drawing downloads[/url] kaspersky internet security 2009 keys
[url=http://sunkomutors.net/]where to buy software online[/url] all educational software
coreldraw graphics suite x3 downloads [url=http://sunkomutors.net/]filemaker pro 4.1 templates[/b]

Anonymous said...

[url=http://hopresovees.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy macromedia flash player, [url=http://hopresovees.net/]Mac WinZip 12[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] free kaspersky license key microsoft software to buy
adobe acrobat software [url=http://hopresovees.net/]i buy cheap software[/url] how to buy dreamweaver
[url=http://hopresovees.net/]discount software for education[/url] a software to store
[url=http://hopresovees.net/]office 2003 service pack 3[/url] adobe photoshop cs for mac
macromedia flashtm software version 8 [url=http://hopresovees.net/]price charting software[/b]