Friday, January 23, 2009

tangan Tok Ayah bercahaya!

Kami sampai di rumah Tok Ayah ketika azan Maghrib berkumandang. Kerana Tok Ayah berhajat untuk menjamu kami malam itu, kami pun membersihkan diri dan makan bersamanya. Cuaca gelap dan angin yang kuat memutuskan bekalan elektrik dan kami ngobrol di ruang tamu dalam keadaan bergelapan...


Entah bagaimana ruang tamu itu terang benderang oleh cahaya kemilau dari tangan Tok Ayah.


Ronasina : Wah! Ajaib..bagaimana bisa jadi begitu?

Tok Ayah : Ah! Ini seperti yang pernah berlaku pada Nabi Musa!

Ronasina : Maksud saya bagaimana mencapainya?

Tok Ayah : Kalau mengamalkan seperti apa2 yang Nabi amalkan, ciri2 kenabian bisa tumpah
sedikit kepada sang abid itu!

Ronasina : Hebat!!

Tok Ayah : Apakah ini hebat? Inikah yang kita cari? Kalau kehebatan ini yang dicari apa beza
aku dengan si David Copperfield? Hahahahahaha!! Sihir!!

Adipati : Ramai yang telah memiliki karamah dan menyangka mereka sudah tinggi makam
nya! Akan tetapi karamah itu telah melalaikannya dan menghumbankannya
semula ke maqam haiwan ternakan!

Tok Ayah : Dalam kesatuan, tiada apa yang diharapkan melainkan Dia!

36 comments:

TokBatin X said...

Agar 'Hayat' melampaui keceriaan.
salam

Unknown said...

Kalau mahukan dunia Allah akan beri, kalau mahukan akhirat buatlah ibadat, kalau mahukan Allah, carilah...!

Anonymous said...

Innamaa amruhuu idzaa araada syai-an ay yaquula lahu kun fayakun, Fa subhaanal ladzii bi yadihii malakuutu kulli syai-iw wa illaihi turja'uun.

Sesungguhnya apabila ALLAH menghendaki sesuatu terjadi, DIA berkata "JADILAH" maka jadilah ia, maha suci ALLAH yang ditangganNYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNYA lah kamu dikembalikan

Anonymous said...

Kalau setakan mulut je dok kata KUN Fayakun tak jadi gak....huhuhuhu...

Sesuatu itu akan menjadi nyata bila ia transit dari alam minda kepada alam yg boleh di observe.


amma ba`du

Anonymous said...

nak buleh tahap tu pon bukan senang..
yang pastinya bukan itu yg dicari,yg diingini..

Anonymous said...

Bila sarung keris dah menjadi keris dan tajam pun macam keris, begitulah adanya...

Anonymous said...

Tangan bercahaya?

Balik kampung jumpa ibubapa kita, cakap "Saya sayang ibu/bapa terima kasih kerana menjadikan saya manusia..." lihatlah muka mereka bercahaya.

Mungkin tak jelas pada pandangan biasa tapi mata hati akan nampak.

Apabila anak kita lahir, lihatlah mata isteri kita bercahaya, lihatlah bayi kita bercahaya.

Pejamkan mata, kita akan melihat "cahaya didalam cahaya".

Sayang kalau kita biarkan mata hati kita buta untuk melihat cahaya yang berbagai disekeling kita.

Atau kita hanya ingin melihat cahaya ditangan orang lain. Rakib dan Atiq dikiri kanan kita pun cahaya.
Jauhnya mencari cahaya.....

Anonymous said...

aaaa.... Raqib & Atib.....huhuhuhu..

Anonymous said...

raqib dan atib?mmm....tentu depa malaikat paling sibuk zaman ni berbanding jibril yg dah pencen sebab dah takde nabi nak disampaikan wahyu...

Anonymous said...

moses,
macamana nak kun fayakun? siapa yang kata kun siapa yang kasi fayakun?

Anonymous said...

"Jibril dah pencen..."

1. Dia tampar muka penduduk Soddom, habis licin tak ada mata, hidung dan mulut.
2. Dia terbalikkan bumi Soddom hanya menggunakan sebelah sayapnya.
3. Dia jerkah kaum Nabi Hud dan kaum Nabi Saleh, setiap kali jerkah habis satu kaum mati on the spot sedangkan benda lain tak terusik.

Kun Faya kun.

Salam kepada Jibril, bila Nabi Muhammad saw nak meninggal dia menagis teresak-esak melihat kesakitan sakaratul maut yang ditanggung Nabi Muhammad.

Jibril bila menunjukkan rupa sebenarnya kepada Nabi, diangkat sebelah sayap maka gelap sampai ke ufuk.

Untuk bandingan sama macam kita dengan semut. Salam untuk Rakib dan Atiq, mereka yang menjalankan tugas dan kita yang bertugas.

Kun Faya kun.

Anonymous said...

Malaikat paling sibuk...

Izrael - Dia satu orang malaikat yang menghadap seluruh manusia umpama orang yang menghadap makanan, di tariknya setiap roh yang sudah kesampaian masanya, setiap orang tak pernah miss sehinggalah dia mengcabut nyawanya sendiri dihari akhirat nanti.

Rakib & Atiq - ramai, untuk setiap manusia sepasang dari subuh sampai magrib dan tukar shift dari magrib sampai ke subuh.

Malaikat yang paling tak sibuk.

Israfil - Dia sejak azali memegang tropet dibibirnya untuk meniup sangka kala bagi memulakan proses hari kiamat.

Anonymous said...

Aku pun dah poning ni...ni nak cerita bab malaikat ke bab apa lak ni...mmmm hantam aje lah....
Dah macam burung la pulak siap, ada sayap jibrail tu ek....
Tunggu wak buka bab malaikat aje lah nanti huhuhuhu.......


siapa yang kata kun siapa yang kasi fayakun?

alastubirabbikum qalubala syahiddna

pandai2 hangpa la jawab huhuhuhu

Anonymous said...

Didalam pencarian ilmu mengenal diri ini bukanlah karamah yg dicari, hal2 tersebut hanya kebetulan atau digunakan waktu2 tertentu aje.
Kalau dah kenal Tuan apa nak dihairankan...
Meh pakat hairan pasai pe dak kenal2 Tuan lagi ni....

Nabi Musa pun bukannya hari2 dok belah laut...sekali tu je

Anonymous said...

Nabi Musa tak boleh belah laut tampa Kun Faya Kun.

Yang kata Kun = Allah
Yang kasi Faya Kun = Allah

Yang lain menurut perintah. Malaikat, Manusia, Jin dan makhluk hanya melaksanakan Qada' dan Kadar.

Mukzizat Nabi Musa membelah laut.
Sihir Samiri boleh buat patung lembu emas bercakap. Berlakunya kisah Lembu Emas yang bercakap itu ketika ada dua orang Nabi serentak - Musa dan Harun. Kun Faya Kun.

Keramah? Rezeki masing-masing dari ketentuan Qada' dan Kadarnya. Kun Faya Kun. Kalau dia tak kata Kun maka tak jadi.

Cuma bila kita nampak yang pelik kita kata keramah tapi sekiranya mata kita memandang maka kita akan nampak banyak perkara yang pelik berlaku disekiling kita.

Sesungguhnya dia memberi kepada kita yang secukupnya agar kita beriman. Agar kita mengenal dia dan mengenal kita.

Anonymous said...

Kalau Allah kata Kun belum tentu Fayakun lagi tapi kalau Muhammad kata Kun barang tentu Fayakun

Ada bantahan...!!!huhuhu

Anonymous said...

Faham yang tersirat.

Muhammad kata Kun tak semestinya jadi Faya Kun kalau tidak dengan Kun Allah. Sebab Muhammad nak sebut Kun pun kerana Kun Allah.

Tapi kalau Allah kata Kun wajib Faya Kun sebab itu arahan untuk jadi.

Cuma Qada' tidak semestinya jadi Kadar - doa yang makbul dapat mengubah semua, itu pun dengan Kun Allah.

"Ud u' lana istajab lakum..."

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Alahai lama tak kunjung kat blog ni maaf ye sebab agak sebok sikit tentang kuliah-kuliah, walau apapun cuba lihat ayat di bawah ini:

Ya 'ibadi, ati'ni 'aj'aluka Robbaniyan taqulu li syai in kun fayakun (Wahai hambaku taatlah kepadaKu, Aku jadikan engkau memiliki kuasa ketuhanan, apabila kamu berkata sesuatu jadi maka jadilah sesuatu itu, konsef ini juga berkait dengan Surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksud " Jadilah kamu orang Rabbani|ahlullah dengan mengajar kitab atau mempelajarinya

Anonymous said...

Huhuhu...Pakkamaru dah tolong jawab.....
kan aku dah kata kalau Muhammad kata Kun pasti Fayakun...

"Ud u' lana istajab lakum..."
APA MAKSUD DIA NI....???

Ud u~ berdoa ke...??? masih lagi dalam bahasa arab di melayukan
kalau cakap kot kampung barang pinta barang jadi huhuhu,
minta pakkamaru la jelaskan maksud `UD U`
Berapa ramai org berdoa masih lagi tak makbul krn tak kena konsep kun fayakun huhuhuhu chanel tak betul cam ne nak dapat siaran...

Anonymous said...

benar pak karamu dan moses,
adam hawa tercipta dan maryam a.s hamil untuk membuktikan Allah Maha Berkuasa dlm kun fayakun dan tiada daya upaya melainkanNya tetapi ilmu ini ditittiskan kpd Muhammad (kalau masih berfikiran
muhammad rasulullah, maaf! anda masih jauh)..

hadam dulu konsep allah,muhammad, adam, insan dan di mana diletakkan 'kewujudan' segalanya..kalau masih bicara dlm feqah pun boleh- tapi samalah mcm blog lain yg kami lawati..

Anonymous said...

(kalau anda masih berfikiran muhammad rasulullah... )
kartolo, muhammad rasulullah atau muhammad saw..?

Anonymous said...

Bia aku tlg jawab, maksud kartolo ialah nabi muhammad, ada faham

Anonymous said...

kalu yg tu paham la...
kot2 la ada yg lain,maklum la,beribu org yg ikut blog ni.
kwn aku yg tgh blajar tarikat pon ramai dok ikut..
maklum la org cam kami yang tak tau apa2 ni payah nak PAHAM.. laen la org yg dah kenai.. tu yg kena tanya tu..

Anonymous said...

ilmu ini ditittiskan kpd Muhammad (kalau masih berfikiran
muhammad rasulullah, maaf! anda masih jauh)..

Kalau bukan Muhammad rasulullah s.a.w maka dimana rantaiannya. Dialah sumber, dialah ikutan, dialah kekasih.

Siapalah Muhammad yang lain sekiranya ilmu itu tidak melalui Muhammad Rasullullah.

Anonymous said...

aku2,
yang tu semua dah tau..rantaian tu tak boleh terputus, jika berbai'ah adalah lebih afdhal diketahui nasab salasilah mata rantai tarikat guru anda darimana ke mana sehinggalah sampai ke mata rantai Rasulullah...
tiada keraguan di situ...

tapi Muhammad SAW yang telah wafat itu sudah wafat..meninggalkan Al Quran dan Sunnah..
ramai tak dapat menghayati perjalanan 'batin' Rasulullah!

disarankan mencari vcd 'Tassawuf Tariqah dan penentangan terhadapnya' oleh ust tengku mohd fauzi (singapura)

Anonymous said...

salam semua,
sape dapat kasi tau kat orang rasa limau mandarin ....huhuhu

tentunye ikut rezeki masing2.jadik tolong pahamkan la topik ini.kalau kita doak kata limau tu masam.., orang lain lak rasa manis camno,tak dapek den nak nolong ..huhuhu.

Anonymous said...

salam
acu nengok kat Air Setitik/ A Drop of Water untuk nambah paham

maun said...

Limau rasa masam tak pe, janji tanam sendiri,sedikit sebanyak tau macamana pengalaman menanam limau, yang penting ada buah jangan tak berbuah, kalau masam mungkin baja tak cukup ke, benih tak baik ke, musim hujan ke, boleh perbaiki.Sekurang-kurang nak menanam. Yang dah dapat terus makan limau tanpa menanam, manis pulak tu, belajar-belajar le pulak macamana nak tanam limau yang manis.Baru tau rupa pokok, cabang, daun dan buah limau. Kalau dah baik benihnya, disiram selalu, baja pun bagus, racun serangga dah disembur tak juga manis limau, apa nak buat dah rezeki takat tu. Manis atau masam limau tu bukan kerja kita. Ya Allah, tambahilah akan kami dan sahabat-sahabat kami ilmu dan kefahaman.

Anonymous said...

Kira ok la kalau dah merasa limau,dah ada pokok sendiri, pendek kata dah ada pengalaman....
cuma yg aku kuhatir nanti benih limau dah ada sebakul tapi dengan bakul-bakul jadi buruk...huhuhuhu
Dapat sebiji terus je semai jangan tunggu sampai sebakul....

Adoiiii....cerita limau la pulak hahahaaaaaa.........kuih bakul tak de ke...???

Anonymous said...

Itu dia, tepat sekali! Sempena Tahun Baru Cina, limau Mandarin menjadi perumpamaan.

Limau limau juga, masing-masing yang rasa ada yang manis ada yang masam. Tetapi limau rasanya tetap rasa limau. Bukan yang manis atau masam yang menjadi ukuran, tetapi rasa limau itu sendiri yang kita sendiri tidak tahu nak terangkan.

Makanlah limau untuk vitamin C anda.

maun said...

Berkias-kias sikit le moses. nanti apa kata sahabat lain yang tak merasa limau. Aku tau le ko dah banyak makan limau raya cina baru-baru ini, sampai cirit birit, sedekah le sikit kat orang lain. Takkan biar busuk dalam kotak je.

Anonymous said...

hmmm! kalu dah tanam pokok limau maka buah limau lerr yg keluar....tak kan buah yg lain nak keluaq kot.....abis kalu dah makan limau tak kan nak rasa durian plak...nak rasa manis kah masam kah pahit kah masin kah...sendiri rasa lerrr.....

pikiaq lerr kalau kita ada tuan tak kan kita plak nak jadi tuan.... dia musti ada sistem dia jadi balik la duduk kat tempat yg sepatut nya kita duduk...jgn asyik nak jadi tuan(takut baru sj tengok rumah,pakaian @ aksesori tuan kita dah kalut nak jadi mcm tuan plak) turun balik jgn asyik masyuk

Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.Dialah yang telah menciptakan manusia.Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.

maun said...

Kita pun tahu mana hak kita, mana hak tuan, takkan hak tuan pun kita nak songlap, tapi kadangkala kalau baik dengan tuan, pakaian lama dia pun dia bagi(yang branded le beb), kalau setakat baik dengan jaga rumah tuan tak dapat apa le...seronok bersembang je le

Anonymous said...

Bila dah kenal tuan, sayang pada tuan. Apa yang tuan bagi kita terima dengan redha. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Belajar ilmu itu senang. Hidup dengan ilmu itu susah.

Terima Kasih - Air setitik. Dapat ulangkaji pelajaran lama, asah balik belakang parang. Air setitik dapat tebuk batu. Air setitik, yang mati jadi hidup. Air setitik, habis anak dara jadi emak orang.

Zaman dulu nak cari buku pasal ilmu ini cukup susah. Nak berbincang pun ada berapa kerat itu pun kena berjaga-jaga. Zaman internet sekarang cukup mudah, semoga makin kukuh pegangan masing-masing.

Anonymous said...

Wak...!!! dok beraya lg ke... tak de n3 lain ke...???

Dah penuh dah ni raqib atib dok record amalan kat sini...!!!

Anonymous said...

`UD U`?maksudnya belum terungkai.
ikutlah tertib.jgn berganjak sebelum di sudahi

salam perkenalan kpd kalian semua.