Sunday, March 14, 2010

si tolol dengan all fatihahnya

satu hari, sedang Wak duduk bersenang-senang di penjuru dinding pesantren memerhatikan Adipati mengajar ilmu kepada pelajar-pelajarnya masuklah seorang lelaki berpakaian compang-camping duduk. Orang gila barangkali. Dia hanya berkata-kata sendirian. Kartolo datang mendapatkan Wak dan sambil mencebikkan bibirnya ke arah orang gila itu, dia berkata kepada Wak, "Orang gila entah dari mana tu! Bukan dari daerah sini. Bikin kotor saja."

Orang gila itu kemudiannya pergi mengambil air di perigi dan alangkah malangnya apabila dia terlepas timba lalu timba itu jatuh ke dalam perigi tersebut.

Kartolo memarahi sungguh-sungguh orang gila itu. Adipati datang menghampiri.

Kartolo : Orang gila ini menjatuhkan timba Gusti Adipati!
Orang Gila : Bacalah Al Fatihah untuk mengambil semula timba itu.
Adipati : Aneh kata-katamu orang gila?
Orang Gila : Jika kalian enggak mahu baca, biar aku saja yang baca.

Sebaik saja orang gila tersebut habis membaca Al Fatihah, timba itu melompat naik ke atas.

Orang Gila : Gusti Adipati, lain kali suruh anak muridmu menghormati orang gila yang tidak
mahu apa-apa selain airNya!

6 comments:

Anonymous said...

Tu bab hakikat al fatihah. Bab bacaan pun sekarang ni ustaz3 pun teruk jugak, walupun lepasan mesir, jordan, syria tapi kalau tak belajar membaca tak jadi, bab tafsir ok lah, seba dia orang ambil kuliah tu. Cuba lah dengar ustaz2 baca, mad lazim tak cukup 6 harakat,mad munfasil dan mad muttasil ikut sedap je, tu belum masuk bab sifat dan makhraj huruf lagi. Bab dengung kalau dia rasa nak dengung dia dengung kalau rasa malas tak dengung.Ini ustaz kalau yang bukan ustaz entahlah. Sama-samalah pi ngaji, tak usah malu lah samada ustaz ke tak ustaz ke sama saja. Kalau orang dengar tak apa ni tuhan yang dengar bacaan kita.

keno said...

solat tu apa?
mengapa mesti kena 'baca'?
apa beza 'baca' dengan 'berkata2'?
kalau solat itu kena 'membaca' maknanya kita tak khusyuk sebab buat kerja lain iaitu 'membaca'. Tapi dalam solat juga tak boleh 'berkata2'

BUJANG SUSAH said...

salam.. tumpang baca je.. nak komen lebih2 ilmu pun x setinggi mana...

Ismail Mohammad Latiff said...

Salam alaikum Wak Jono dan teman-teman semuanya,

Saya seronok membaca pengalaman WJ lantas saya sudah link ke blog saya disini sebuah renungan.

Mohon WJ link dengan blog saya saya :-)

@keno....ulasan yang menarik tu.

Oghang Ba Ado said...

Salam Wak.. tumpang lalu, tumpang menyibuk..

Term Papers said...

I found your blog on google and read a few of your other posts. I just added you to my Google News Reader. Keep up the good work. Look forward to reading more from you in the future.