Thursday, March 25, 2010

kau hanya baca , aku 'pakai' akan ia..

Wak mengejar orang gila tersebut.

"Kisana! Bagaimana kisana bisa lakukan itu? Aku juga pernah mengalami perkara-perkara yang menakjubkan tetapi hingga hari ini aku masih belum bisa lakukan apa-apa di luar kebiasaan dengan hanya membaca Al Fatihah." tanya Wak.

"Kalian hanya 'membaca'. Ramai orang hanya membaca saja. Menghafali susunan huruf-huruf dan tanda bacaannya. Mereka selalu bertengkar akan betul tidak bunyi bacaan sedang mereka tidak pernah mempersoalkan ketulusan hakiki hati orang yang sedang membacanya. Siapa kamu untuk membicarakan benar salah sesuatu bacaan hingga tidak diterima Allah? Yang Allah redha hanyalah keikhlasan yang tiada bandingan ketika membacanya!" jawab si tolol itu.

'Ayat-ayat Allah bukan untuk sekadar dibaca tetapi dijadikan pemakaian. Apabila membaca ihdinassiratanmustaqim kamu bukan sekadar membaca tetapi mesti duduk di atas jalan yang lurus itu.'

"Tapi kisana bisa mengangkat timba itu dengan hanya membaca Al Fatihah?" tanya Wak.

"Aku tidak membaca, aku pakai Al Fatihah!" jawabnya sambil berjalan lalu hilang ditutup semak samun jalanan.

8 comments:

dora said...

saya suka yang ni. Ramai yang hanya membaca tetapi tidak melekatkan dalam amalan. Ayat Quran hanya ditepek di dinding rumah, di kedai2 untuk pelaris tetapi yang paling mustahak tampal dan tepek di dalam diri.

Term Papers said...

Yeah it is a great and nice article looking forward to have such article it is so useful.

bukan Aku said...

Tok Kijol : Mat ..mana boleh pakai baju tertera Allah

Mat : Kenapa tak boleh Tok Kijol..?
Saya sayang Allah

Tok Kijol: Kalau yer pun sayang Allah simpan dalam hati jer...Tak boleh bawa masuk tandas ..
ko kena buka baju tu sebelum masuk tandas...

Mat : Ehh lagi payah tok....kalau nak masuk tandas kena keluarkan hati pulak tok...

Tok Kijol : Ada yang kena sekeh nanti...

hutann said...

ana ni masih tak tahu, boleh wak bagi tau tak, bagaimana nak pakai al Fatehah tu...

Anonymous said...

Sebagaimana kebanyakan kita membaca diri mengapa kita memakainya terus...betul wak?

WAK JONO! said...

huuuuuu

Marina Monroe said...

Salut dan bungkus hati mu
hingga terserap...

Term Papers said...

This is really helpful blog and I like it. It's good that you get better your site and look out of it. Wish you good luck and more improvement

Book Report