Thursday, February 19, 2009

Tok Ayah ke Mekah setiap hari..

Tok Ayah memang merindui Mekah, beberapa kali dia berhajat ingin ke sana, Wak pernah ceritakan betapa hairannya Wak kerana melihat kantung kemejanya tidak pernah kehabisan wang, setiap hari dia menyeluk kantungnya untuk memberi belanja sekolah cucu-cucunya..

Dua tahun lepas ketika dia sedang mengira wangnya untuk bersiap sedia ke Mekah, Sakinah jiran sebelah rumahnya diserang sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan, Tok Ayah memberikan ke semua wangnya untuk membiayai pembedahan itu..

Dua hari lepas kami ke kota. Sewaktu sedang minum di sebuah pencaus, kami lihat ada seorang ibu muda meminta sedekah dengan anak kecil dikendong di belakangnya. Tok Ayah memandang jauh wanita itu yang sedang meminta2 sehingga kelibat wanita itu hilang di celah orang ramai..

Lepas minum kami diajak Tok Ayah agar terus pulang.

"Aneh! Kata Tok Ayah tadi mahu ke bank, mengapa lepas minum terus saja pulang!" rungut Kartolo..

...dan Wak tahu wang yang hendak disimpannya telah disedekahkan kepada wanita itu tanpa kami menyedarinya..entah bilalah Tok Ayah dapat ke Mekah 'zahir' dan 'batin'!

Seperti mengetahui pemikiran Wak, Tok Ayah tersenyum memandang Wak dan berkata perlahan," Enggak mengapa, kita ke sana hari2!"

11 comments:

Anonymous said...

Seperti mengetahui pemikiran Wak, Tok Ayah tersenyum memandang Wak dan berkata perlahan," Enggak mengapa, kita ke sana hari2!"

SALAM
memang betul kamu ke sana hari-hari cuma kamu aje tak tahu.

Unknown said...

Kalau benar-benar solat memang kita ke sana hari-hari.

Anonymous said...

Kalau mampu aku nak ke Mekkah yg ada kat Arab Saudi tu hari2...boleh ke...???

zohor kat sana asar kat m`sia.. pendek kata berasa nak pergi dah sampai.... agak2 boleh tak...?? ke kena pakai wak punya jin... huhuhu

Anonymous said...

hmmm....tu depa bilang buleh picah byk tu ke?jap gi sana dan jap gi sini.ada dan buleh ke lagu tu?

Anonymous said...

Tak sama.
Siapa yang rasa dia tahu.

Zahirnya kita sebagai manusia adalah dimana jasadnya berada.

Zahir didepan Kaabah tapi batin sesat pun tak membawa sebarang makna.

Zahir dan batin di depan Kaabah is the ultimate existence.

kulupSakah said...

nikmat yg paling indah bila zahir dan batin bersama2!

Anonymous said...

wang yang hendak disimpannya telah disedekahkan kepada wanita itu

Salam.

Lillah-Bagi Allah,Dari Allah dan Kepada Allah.Hilanglah sikap "KEAKUAN" tok ayah itu.rezeki dari Allah,yang memberi itu Allah dan yang diberi jua Allah.

Anonymous said...

Salam sejahtera.

org kata ler...bukan aku kata.Hakikat haji tu dah ada dalam solat.Betul ke?tang mana tu dalam solat???boleh tuan semua beri penjelasan tak serba sedikit?

caranya ke?atau bacaannya ke?

Anonymous said...

salam..
yang aku tau,haji ada dlm solat.
org nak kemekah zahir batin.
kat sabah,asar.g selangor,asar.g sumatera,asar,g india,asar,mekah,asar.. bleh ke? waktu2 lain tak buat takpe ke? semuanya asar.
melalut la pulak aku ni..

Anonymous said...

Salam...

Apa cerita ni sunyi sepi je...
semua org pakat2 bersuluk ke lani...huhuhu ke dok sibuk hal duniawi....
kalau tak sibuk hal dunia sapa nak bg makan dak gitu... dunia penting pe...

Boleh ke nak solat asar je yg lain2 tak payah buat, kalau cam tu aku pun nak menuntut gak la... agak2 ada lg ke tok guru yg nak ajar....

Asar tu apa sebenarnya ek....

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.