Thursday, May 28, 2009

ke mana dia?

seringkali jika kalian jemu dengan sms yang berlambak di dalam handphone kalian, maka kalian delete ia lalu ia menghilang.

Soalnya, ke manakah semuanya itu menghilang? Nampakkah kalian kemaujudan huruf2 itu hilang?
Apakah ada longgokan sms yang di delete itu di alam loh mahfuz?

Apakah ia juga kembali ke tempat yang sama insaniah kembali?
ke Rahmatullah!

25 comments:

moses said...

salam....

Payah gak ni nak fikir... dah la aku tak pakai handphone...

aku said...

salam..

macam ko pun nak kena pikir2 ke moses..

lain la cam aku ni.hapa pun tak tau..

moses said...

Apakah semua roh2 org yg udah mati itu kembali semula ke alam arwah...

Berapa juta billion ek dok berkumpul kat situ....dah jadi cam ulat taik huhuhuhu....

Anonymous said...

Secara teknikalnya, bila sms di delete, sms tersebut masih ada didalam storan handphone itu, yang hilang hanya directory sms yg didelete yang dipangil inode. bila sms didelete, inode tersebut yg hilang, sms masih ada lagi. itu sebab polis masih lagi boleh recover document yg didelete didalm PC

kulupSakah said...

haa..maknanya walaupun dah mati tapi masih 'ada' lagi sehingga boleh disoal munkar nakir?

tapi kalau api lighter yg terpadam selepas menyala apabila dipetik tu pi mana pulak?
atau lebih tepat lagi dari mana dia datang untuk menyala apabila dipetik dan ke mana pulak dia hilang apabila padam?

aku2 said...

Cantik sekali penulisan selepas agak lama menyepi.

Rekod SMS umpama rekod berapa banyak nyamuk yang mati kita spray, berapa ramai semut yang mati kita pijak, picit dan tenyeh. Berapa banyak anak kucing yang kita kutip belai membesar lari, kutip lain membesar mati, kutip lagi membesar kena langgar. Dan bermacam-macam lagi.

Tersenyum Rakib dan Atiq membaca isu ini sambil dia perli, "engkau ingat engkau tahu apa yang aku tulis? akhirat nanti korang tahulah! KPI masing-masing"

moses said...

La cerita pasal api lighter lak... aku baru nak beli h.pone nak buat kajian pasal sms tu....

Kau ni Kulup buat susah aku je...ni lighter cap apa lak nak beli...cricket boleh...???

Nasib baik Rakib dan Atiq tersenyum...!!! kalau marah...naya la
kira hebat gak 'aku2' ni boleh nampak

aku said...

salam..

bab api terpadam bila ditiup ni dah lama aku cr jwpn.tak jumpa2.

bleh ka sapa2 bgtau kat aku..

moses said...

Kalau nak buat gulai @ kari sekali pun bukannya ambil sebiji kelapa bubuh dalam periuk,comfirm tak jadi gulai tersebut.........

Unknown said...

Api adalah salah satu unsur alam. Maka ia akan kembali pada alam.

aku2 said...

Zaman sekarang orang pakai lighter.

Bila petik menyala, oleh kerana pemetik api (lighter dalam Bahasa Malaysia) terlindung dengan casing, maka kita tidak dapat melihat process dimana api tersebut menyala.

Zaman dulu orang pakai mancis. Mancis adalah contoh yang bagus kerana pada kepala mancis itu ada api tapi ia tak kelihatan. Ia menyala bila digores sahaja. Maknanya api boleh disimpan! Walaupun kita tak nampak api tu disimpan.

Begitu juga nyawa.

Mancis yang telah digunakan akan menjadi puntung lalu dibuang kerana tiada gunanya lagi. Sementara mancis yang masih belum dinyalakan masih berguna dan akan disimpan semula walaupun kita gunakan untuk korek telinga ketika gatal. Sebab mancis itu ada nyawa lagi sebab dia simpan api lagi.

Korang faham ke apa aku tulis. Saja merepek pagi ni sempena banyak sangat bangunan runtuh kat Malaysia ni.

ronasina said...

asap macamana ghaibnya?

maun said...

Balik nama kepada Yang Empunya nama...

ronasina said...

balik kpd yg empunya nama? ada bertempatkah yg empunya nama tu?

moses said...

Mesti la bertempat....!!!siap alamat lagi

maun said...

Alamat tu yang penting Moses...kalau tidak post surat tak sampai, hilang entah kemana macam asap dan api tu..

kulupSakah said...

kalau tak tau lamat, alamatnya sesatbaratlah yek?

kata orang poskodnya 24434 ye?
subuh 2rakaat, 4 zohor.. dan setrusnya!

itu sembahyang, tiang agama katanya. yang selalu org dok berleter kalau kite tak sembahyang kata depa kita ni runtuhkan tiang..

tapi depa tak pula cakap mana TAPAK agama? TIANG kena pacak atas TAPAK. habis tu TAPAK agama apa?

moses said...

Pasai tu la ramai yg jadi Pak Pacak...huhuhuhu.....
Kena lak tapak tak kukuh..bukan setakat tiang je yg tumbang... bumbung pun sekali runtuh cam stadium kat Gong Badak... wakakaka

Akan nak main berserah gitu je tanpa alamat...sesat barat la wehhh

maun said...

Salam lup,

Nak mencari tapak tu orang banyak tak minat lup..sesat kata deme!Nak buat rumah tak bertapak, apa ke he nye yob...nak ngadap Tuhan pun kena bertapak.Itik dengan ayam berlabun..mana le pahemnye. Zahir dengan zahir, batin dengan batin..yang rahsia dengan yang rahsia..idak ke gitu lup..Bawah tapak itu le segala rahsia..Jangan tapak kasut udah le, takut taik anjing yang bertepek..jenuh bersamak...itupun kalau reti bersamak..kalo idak pakat tenyeh je..bernajis le sampe ke mati..

aku said...

bro maun..

bagi la sikit2 klu tentang tapak tu..

kulupSakah said...

tapak tu awaluddin makrifatullah

maun said...

Betol tu lup, memang bermakrifat lup kita ni.

Aku, rahsia makrifatullah tu kena le berguru. Guru yang mursyid itulah sebenar-benar ulama pewaris nabi. Mewarisi dari nabi zahir dan batin. Sebab zahirnya Muhammad dan batinnya juga Muhammad, hakikatnya cermin mengenal Allah. Berulang alik antara Muhammad dan Allah. Jadilah dia bagai anak dan bapak, sifat yang diwarisi dari alam lahut sebab roh beriman itu dari Roh Muhammad....lup,ronasina, moses lebih arif!!!

moses said...

Ilmu ni kalau nak sembang sampai bila2 pun tak akan habis... tapi kalau sekadar nak bual2 kosong boleh la......huhuhu

Cheguman said...

nak kena warm-up dulu...

Malkisideeq said...

kalau ditambah science cmne..???