Tuesday, May 19, 2009

Jono kembali!

maaf dah lama tak menulis dan mewakilkan Ronasina menulis. Wak baru pulang dari Suralaya tetapi tidaklah berlari seperti waktu datang kelmarin.
Jasad dan batin harus bergerak seiring, barulah terasa nikmatnya. Sama-sama menanggung susah dan senang..

Sahabat pembaca ada yang menghubungi Wak dan meminta agar Wak turun semula ke bawah kerana dirasakannya Wak sudah mengembara terlalu jauh. Wak diminta menulis semula perkara pokok seperti apa itu Islam, atau seperti itu..
yang asas kerana dikhuatiri yang baru menyelam akan lemas dan hanyut..

Ah! Lemas dan hanyutlah nikmat kerana di sana akan dapat merasa apa itu lemas dan hanyut. Ketika lemas apa yang kalian fikirkan? Sudah tentu kalian hanya memikirkan yang kalian lemas dan harus bertindak mencari penyelamat, ketika hanyut tiada apa yang mampu dilakukan melainkan mencari tempat berpaut.

Ya! Wak menulis mengikut gerak "Dia'. kalau ke bawah ke bawahlah ia kalau di atas maka di ataslah ia...

Di Suralaya kelmarin, Wak telah menyaksikan kematian Wak dan kehidupan "baru' hayat!
Hari ini Wak kembali, beserta seisi alam dengan sifat ma'ani dan akan terus menyelam dan terbang..
ke sana..ke zenith!

12 comments:

Anonymous said...

selamat kembali wak..

lama sungguh wak pegi.moga2 rumah ni akan meriah kembali..

ONDAK OMPUN said...

Dimana nak kembali pada perjalanan yang tak berjalan.
Dimana nak berpijak pada bumi yang tak bertanah.
Dimana nak dituju pada arah yang tak bermata angin.

Suralaya yang tenang, satu warna, tersendiri dan mutlak.

binjidan said...

ya wak jono dah kembali..wak dah balik..wak dah balik...

maun said...

Salam Wak,

Begitulah hendaknya bila nyawa masih di badan. Begitu nyaman benak rasanya bila sudah dilahirkan 2 kali..Dari mati kepada hidup, bila rahsia syariat menjadi amal, maka ibadat lah nama sesuai dipanggil. Menjadi Muhammadlah zahirnya. Nur Muhammadlah penggeraknya. Roh Muhammad menjadi jiwanya. Tidak aku utuskan Muhammad itu melainkan menjadi rahmat untuk sekelian alam. Rahsia dirinya menjadi cermin Allah di alam syahadah.Aku rahsia manusia, manusia itu rahsia Aku. Allah Muhammad berpisah tiada. Tauhid tertinggi yang abadi. Sejahtera untuk Wak.

moses said...

Salam Wak....

Kok kapan pulang...??? Pulang dari mana lak wak ni... Hari2 aku tengok pondok wak ramai je tetamu kunjung..!! Kok bisa pecah diri wak...waduhhh...!!!bingung dehhh...

aku2 said...

Salam,

Selamat kembali. Mati, hidup, mati, hidup - lemas itulah hakikat bernyawa.

Dah mengenal dia, kita berserah dan mengikut aja, semoga dia pemurah kasihan kepada kita.

Ceritakanlah pengalaman tuan, boleh kita pelajari bersama.

Salam

aconk namira said...

blog nya bagus ya

Term Papers said...

Term Papers:Great post and now I know what to do, thank you! Site has been added to my RSS feed for later browsing. t

Term Papers said...

Term Papers:this is such a great post and one of those post to be read over and over again ! 

Resume Writing said...

Resume Editing Services:The ideas are unbelievable and the key things you said in truth, much explanation are right and I think you ought to be better, and good luck in your life.

Term Papers said...

Really a great post. It is a beautiful journey and no peaceful place than this, congratulations for been there.

Anonymous said...

buy valium buy brand valium online - valium side effects diarrhea