Sunday, June 13, 2010

diam

"Mengapa kalian berdiam saja akhir-akhir ini Jono?" tanya Kartolo.
"Apakah ada kata-kata lagi setelah saling mengenali?" Wak pulangkan soalan itu.
"Mengapa 'saling mengenali'? Apa maksud 'saling'? Ada dua kah?" tanya Kartolo.
"Satu saja tapi untuk menzahirkan perlu ada dua. Seperti kata Muhammad: Namaku Ahmad tanpa huruf mim."

"Ahad?"
'Ya. Satu. Esa."
Dirikanlah ia menghadap 'dirimu' sendiri.
"solat?"

Kartolo: Aku terkadang kucar-kacir. Kadangkala aku ujudkan diri ini, ada masanya aku binasakan untuk timbulkan Dia. Kadang2 aku wujud semula. Bagaimana ya? Tuhannn..Bukakanlah pintumu?

Wak : Bukankah ia tidak pernah tertutup?

16 comments:

Anonymous said...

DiamKU tak terkata,
Hadap ku hanya DiriKU

niche said...

adoiii wak, mskipun sentiasa tebuka, tnpa DIA jua, tirai hijab sts tebentang luas menghalang .....

ku2 said...

salam.
tidakkah mewujudkan diri itu juga adalah untuk menyatakanNya?

moses said...

salam...
sebab kita kira la jadi dua...sbb kita nak bicara kena jadi dua...kalau x de perumpamaan nanti org x faham...hakikatnya hanya satu je...

benar sekali wujud diri ini adalah utk menyatakanNYA...tapi bagai mana ya...!!!gamaknya masih tertutup lg pintuku...

Anonymous said...

jangan ambil sesuatu pernyataan itu secara literal sahaja.

sememangnya hakikatnya hanya ada satu, tetapi pada ketika ini, adakah ia satu,

contoh ice dan air (water), sememangnya hakikatnya satu juga, tapi pada ketika ini (selagi ice belum cair, selagi ice belum menjadi air) ia tetap dua,

secara physicalnya juga ia sememangnya dua,

jadi harus hati-hati dengan pernyataan yang tidak difahami.

Anonymous said...

Bukankah ais itu air juga....apabila air membentuk ais dan ditanya dimanakah airnya...airnya dah tiada yg ada hanya ais....bukankah air itu meliputi ais itu....

Hujann said...

salam,

pada pandangan ana, ais itu hakikatnya air, kerana ia berasal dari air dan diliputi oleh air,

tetapi secara zahirnya ais itu bukan air,, kerana fizikalnya begitu berbeza ais pepejal dan air cecair,(tetapi setelah melalui suatu proses barulah ais itu air),,

kalau kita kata ais itu air samalah,, seumpama kita menyatakan alam ini tuhan, kerana alam ini berasal dari tuhan dan tuhan meliputiu alam ini,

sedangkan alam ini bukan tuhan,, (kecuali setelah melalui suatu proses),,

begitulah pandangan ana yang masih belajar ini.

moses said...

Betul kesemuanya pandangan diatas

Jgn mudah terkeliru dgn perkataan atau istilah,ianya tdk lebih sebagai huraian utk menyatakan sesuatu dlm keadaan yg berbeda supaya lebih mudah faham......

Bila dah jadi roti canai ke roti pau ke apam ke....kita tak sebut lg tepung...yg penting wajib tahu bagai mana proses nya....

Dalam besi ada api...cam ne nak keluarkan api....yg tu kena tahu,
kalau semua org tahu dan faham so mmg x de masalah.

Yg dok bertekak dlm agama ni pasai depa x reti......
Kalau kita je reti org lain x reti lbh baik kita DIAM...spt saranan wak jono

ammaba`du

tedsuya said...

salam wak jono..mahu bertanya?..mana asalmu?..

Irwan said...

...maka aku jua larut dalam cinta...

aku2 said...

Kepada yang belum faham, nyanyikan lagu ini slow slow slow, enjoy sampai tenggelam.....

Keroncong Untuk Ana
===================
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

Cover letters said...

These are some good posts i have seen about experience certificate.Thanks for the info guys.

Term Papers said...

Term Papers:This is the information That I need a lot!

Term Papers said...

Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. It is enormously helpful for me.

Master Thesis Writing Service

Anonymous said...

Namaku ahmad bila mim,
Bangsaku arab bila ain.....

Unknown said...

As claimed by Stanford Medical, It is in fact the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh on average 42 lbs lighter than us.

(And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING around "how" they are eating.)

P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

TAP this link to reveal if this quick test can help you decipher your real weight loss possibility