Thursday, March 25, 2010

kau hanya baca , aku 'pakai' akan ia..

Wak mengejar orang gila tersebut.

"Kisana! Bagaimana kisana bisa lakukan itu? Aku juga pernah mengalami perkara-perkara yang menakjubkan tetapi hingga hari ini aku masih belum bisa lakukan apa-apa di luar kebiasaan dengan hanya membaca Al Fatihah." tanya Wak.

"Kalian hanya 'membaca'. Ramai orang hanya membaca saja. Menghafali susunan huruf-huruf dan tanda bacaannya. Mereka selalu bertengkar akan betul tidak bunyi bacaan sedang mereka tidak pernah mempersoalkan ketulusan hakiki hati orang yang sedang membacanya. Siapa kamu untuk membicarakan benar salah sesuatu bacaan hingga tidak diterima Allah? Yang Allah redha hanyalah keikhlasan yang tiada bandingan ketika membacanya!" jawab si tolol itu.

'Ayat-ayat Allah bukan untuk sekadar dibaca tetapi dijadikan pemakaian. Apabila membaca ihdinassiratanmustaqim kamu bukan sekadar membaca tetapi mesti duduk di atas jalan yang lurus itu.'

"Tapi kisana bisa mengangkat timba itu dengan hanya membaca Al Fatihah?" tanya Wak.

"Aku tidak membaca, aku pakai Al Fatihah!" jawabnya sambil berjalan lalu hilang ditutup semak samun jalanan.

Sunday, March 14, 2010

si tolol dengan all fatihahnya

satu hari, sedang Wak duduk bersenang-senang di penjuru dinding pesantren memerhatikan Adipati mengajar ilmu kepada pelajar-pelajarnya masuklah seorang lelaki berpakaian compang-camping duduk. Orang gila barangkali. Dia hanya berkata-kata sendirian. Kartolo datang mendapatkan Wak dan sambil mencebikkan bibirnya ke arah orang gila itu, dia berkata kepada Wak, "Orang gila entah dari mana tu! Bukan dari daerah sini. Bikin kotor saja."

Orang gila itu kemudiannya pergi mengambil air di perigi dan alangkah malangnya apabila dia terlepas timba lalu timba itu jatuh ke dalam perigi tersebut.

Kartolo memarahi sungguh-sungguh orang gila itu. Adipati datang menghampiri.

Kartolo : Orang gila ini menjatuhkan timba Gusti Adipati!
Orang Gila : Bacalah Al Fatihah untuk mengambil semula timba itu.
Adipati : Aneh kata-katamu orang gila?
Orang Gila : Jika kalian enggak mahu baca, biar aku saja yang baca.

Sebaik saja orang gila tersebut habis membaca Al Fatihah, timba itu melompat naik ke atas.

Orang Gila : Gusti Adipati, lain kali suruh anak muridmu menghormati orang gila yang tidak
mahu apa-apa selain airNya!

Tuesday, March 9, 2010

siapa kaya?

Sudah agak lama Wak enggak ke pesantren Adipati. Sore kelmarin Wak ke sana. Sedang kami ngobrol, tiba-tiba datang seorang laki-laki berpakaian indah ditemani dua pengawalnya barangkali.

"Ini tuan saya, orang kaya di sini. Dia sangat kagum dengan usaha kalian mengajarkan ilmu kepada anak-anak bangsa di pesantren ini. Dia mahu mengkhabarkan sesuatu." kata sang pengawal.

"Iya, benar. Aku orang kaya dan aku ingin berkongsi KEKAYAANKU dengan menderma uang setiap bulan di pesantren ini untuk kemudahan mengurus keperluan di sini." kata dia.

"enggak perlu." jawab Adipati.

"kenapa?" tanyanya hairan.

"Aku khuatir bila kamu mati nanti aku akan berkata kepada Allah: wahai Allah tuhan yang maha kaya! tuhan kaya yang selalu menderma ini telah meninggal dunia"

lelaki itu tunduk.

Thursday, March 4, 2010

wak kembali!

Ramai bertanya mengapa Wak menyepi? Seperti Tok Ayahkah Wak? Nggak mahu bicara lagi?
Sebenarnya Wak sering berkata-kata dengan kalian. Saban hari tanpa gagal. Wak lah yang sering muncul dalam fikiran kalian. Dalam khayal dalam realitas.
Karena Wak, kamu, aku, dia, kami adalah satu.
Ada masa Wak kembara ke atas, ada masa wak turun ke tempat paling bawah. Ah! Atas, bawah di mana-mana saja adalah Wak. Tapi Wak bukanlah seperti sesetengah orang yang tahu pecah 9 dirinya. Boleh berada di mana-mana. Ke Mekah pun bisa sedang pada masa yang sama ada di sini. Waduh!
Hebatkah itu? Apakah itu ukuran hebat? Bukankah menjadi satu beserta sekali zahir dan batin enggak bercerai lekang itu lebih nikmat?
Rasa sedap dan sakit, suka dan duka. Barulah sempurna. Sama rasa.
Jika kalian mahu panjat ke atas-silakan Wak pula mahu turun ke bawah sekali pula. Meresap mengikut mata air menuju perut bumi tujuh petala.
Jangan kaget..atas dan bawah enggak ada apa-apa.
Kosong!