maaf dah lama tak menulis dan mewakilkan Ronasina menulis. Wak baru pulang dari Suralaya tetapi tidaklah berlari seperti waktu datang kelmarin.
Jasad dan batin harus bergerak seiring, barulah terasa nikmatnya. Sama-sama menanggung susah dan senang..
Sahabat pembaca ada yang menghubungi Wak dan meminta agar Wak turun semula ke bawah kerana dirasakannya Wak sudah mengembara terlalu jauh. Wak diminta menulis semula perkara pokok seperti apa itu Islam, atau seperti itu..
yang asas kerana dikhuatiri yang baru menyelam akan lemas dan hanyut..
Ah! Lemas dan hanyutlah nikmat kerana di sana akan dapat merasa apa itu lemas dan hanyut. Ketika lemas apa yang kalian fikirkan? Sudah tentu kalian hanya memikirkan yang kalian lemas dan harus bertindak mencari penyelamat, ketika hanyut tiada apa yang mampu dilakukan melainkan mencari tempat berpaut.
Ya! Wak menulis mengikut gerak "Dia'. kalau ke bawah ke bawahlah ia kalau di atas maka di ataslah ia...
Di Suralaya kelmarin, Wak telah menyaksikan kematian Wak dan kehidupan "baru' hayat!
Hari ini Wak kembali, beserta seisi alam dengan sifat ma'ani dan akan terus menyelam dan terbang..
ke sana..ke zenith!