Friday, February 27, 2009

Kau Bukan Dari Golongan Kami!

Sedang kehausan di padang pasir ini, Wak terlihat sekumpulan manusia berbaju putih menunggang kuda sambil membawa bendera "Hu!"...Wak berlari cuba mendapatkan mereka..bukan untuk meminta air tetapi merasakan mereka sehaluan dengan Wak!

Anehnya, ketua rombongan tersebut memalingkan muka sambil berkata, "Pergi! Kau bukan dari kumpulan kami!"

Wak : Tapi aku juga mengenali Dia Yang Maha Esa sedalam-dalamnya!

Syeikh : Tidak! Kau terlalu sibuk dengan duniawi..percaturan kuasa politik, mengejar
nama dan kedudukan, berebut kuasa di negaramu kau sibukkan! Kau jauh
dari "AKU!"..

Wak : Ya! Aku sibuk dengan urusan duniawi! Dunia milik "Aku" dan segala kejadian
adalah dengan kudratNya! Aku sibuk dengan Afa'alNya!

Syeikh : Ah..senang berkata-kata dan beralasan! Nyatanya kau lalai dalam melayan afa'al
itu dan membesarkan iblis semula di dadamu!!!


ARGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!
Terjaga dari tidur lewat sore...inilah akibatnya asyik sibuk dengan politik semasa

Thursday, February 19, 2009

Tok Ayah ke Mekah setiap hari..

Tok Ayah memang merindui Mekah, beberapa kali dia berhajat ingin ke sana, Wak pernah ceritakan betapa hairannya Wak kerana melihat kantung kemejanya tidak pernah kehabisan wang, setiap hari dia menyeluk kantungnya untuk memberi belanja sekolah cucu-cucunya..

Dua tahun lepas ketika dia sedang mengira wangnya untuk bersiap sedia ke Mekah, Sakinah jiran sebelah rumahnya diserang sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan, Tok Ayah memberikan ke semua wangnya untuk membiayai pembedahan itu..

Dua hari lepas kami ke kota. Sewaktu sedang minum di sebuah pencaus, kami lihat ada seorang ibu muda meminta sedekah dengan anak kecil dikendong di belakangnya. Tok Ayah memandang jauh wanita itu yang sedang meminta2 sehingga kelibat wanita itu hilang di celah orang ramai..

Lepas minum kami diajak Tok Ayah agar terus pulang.

"Aneh! Kata Tok Ayah tadi mahu ke bank, mengapa lepas minum terus saja pulang!" rungut Kartolo..

...dan Wak tahu wang yang hendak disimpannya telah disedekahkan kepada wanita itu tanpa kami menyedarinya..entah bilalah Tok Ayah dapat ke Mekah 'zahir' dan 'batin'!

Seperti mengetahui pemikiran Wak, Tok Ayah tersenyum memandang Wak dan berkata perlahan," Enggak mengapa, kita ke sana hari2!"

Thursday, February 12, 2009

Jin lintang-pukang melihat Tok Ayah

Sedang kami ngobrol2 sambil minum2 sore itu di rumah Tok Ayah, Jamsani berlari mendapatkan kami sambil menjerit cemas, " Tolongg!! Susila enggak sedarkan diri lagi..meracau seperti kerasukan!"

memang kami dengar suara hilaian Susila walau jarak rumahnya lebih kurang 50 meter dari rumah Tok Ayah. Susila khabarnya selalu histeria akhir2 ini...
Wak pun mengambil seulas bawang putih , menghembuskan nafas suci ke bawang putih itu lalu menggentel dan menenyeh nya dengan jari agar getahnya melekat di jari. Wak bertujuan untuk menyapu hidung Susila dengan getah bawang putih tersebut supaya dia terbersin dan 'jin' akan terkeluar..

namun sebaik saja kami melangkah ke dalam rumah, Susila terperanjat dan melolong melihat Tok Ayah dan terus pengsan. Sebaik terjaga Susila pulih seolah2 tiada apa yang berlaku. Ronasina hairan mengapa jin begitu takut melihat Tok Ayah....

"Barangkali jin melihat 'cahaya' yang datang ke arahnya lalu ia lari akibat tersilau! Hahaha!" ketawa Tok Ayah..

Adipati menambah," Segala makhluk di atas muka bumi ini lahir dari Nur Muhammad, cahaya 'second hand' dari kita...

"La Maujud Illallah!" kata Wak..

Tuesday, February 3, 2009

Hilang di mana?

sewaktu membaca kembali entry lama2, ada anonymous di entry bertajuk "dah khatam atau baru mula?" membetulkan bahawa ayat Quran bukan 6666 tetapi 6236...

ah!! mengapa ada berkata 6666?
6666 tolak 6236 = 430...haha! 430 hilang?

4+3+0 = 7

7 hilang ke mana?

di tujuh petala langit? atau 7 petala bumi? atau 7 martabat nafsu? 7 benua 7 lautan ? 7 syurga atau neraka....

ulangkaji pulak entry awal2 mengapa 7...