Friday, November 21, 2008

Seorang tua di kaki gunung!

Ibu Sartini menyambut kedatangan kami dengan gembira. Adipati tiada kerana ke rumah Tok Ayah seratus meter dari situ. Selepas berbasa-basi dan bertanya khabar,kami meletakkan beg dan menuruti ke rumah Tok Ayah..
Tok Ayah asalnya dari Patani dan menetap di sini sudahnya. Guru kepada Adipati ini masih kelihatan gagah biarpun sudah berusia 96 tahun. Anak-anak,menantu dan cucu-cucunya tinggal bersamanya di rumah sederhana itu. Selalunya selepas subuh Tok Ayah akan memasak untuk bekalan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya bekerja dan bersekolah. Kemudian dia akan menyeluk saku baju lusuhnya memberikan wang belanja sekolah untuk cucu-cucunya.Hingga hari ini Wak tertanya-tanya bagaimana Tok Ayah mempunyai wang yang tak pernah putus dari sakunya.
Apabila matahari naik dia membawa makanan ke belakang rumah untuk ayam itiknya, kucing peliharaannya dan juga kambing..kemudian dengan kudrat tuanya dia akan memanjat bumbung serambi rumah dan meletakkan makanan untuk dimakan oleh burung-burung liar dari hutan..sebelum menyiram pokok bunga, Wak pernah melihat Tok Ayah mencangkung di sudut rumah memberi makanan kepada semut-semut. Pernah juga sekali Wak melihat Tok Ayah meletakkan sejengkal ranting kayu merentangi longkang kecil."Biar mudah semut menyeberang,"katanya...
Tok Ayah kelihatan sihat dan gembira dengan kedatangan kami. Riuh mulutnya bercerita dan dalam cerita nya juga ada berbagai-bagai ilmu dicurahkan. Tok Ayah memasak dan menghidangkan kami dengan masakan yang walaupun sederhana tetapi terasa enak, air tangan insan yang tulus..Tok Ayah tidak menyertai kami makan sebaliknya dia menghiburkan kami dengan nyanyian dan laguan puji-pujian ke hadrat Tuhan..kami terhibur!
kami meninggalkan rumahnya jam 11.30 malam..tidak sampai 20 meter berjalan Ronasina ingin berpatah ke rumah Tok Ayah kerana kameranya tertinggal..dan sewaktu dia sampai kepada kami semula yang menunggunya, Wak dengar Ronasina mengesat hidungnya yang berhingus seperti baru menangis..belum sempat bertanya mengapa.. Ronasina berbisik ke telinga Wak,"Wak tahu..sewaktu aku sampai di muka pintunya, aku lihat Tok Ayah sedang makan *ghemah* kita!"

*ghemah- sisa-sisa nasi/makanan yang bersepah di lantai

10 comments:

Unknown said...

Seorang Wali yang tidak dikenali manusia!

Pernah berlaku di sini, seorang arwah yang meminum lebihan teh dan kopi yang ditinggalkan di kedai kopi.

Anonymous said...

Salam Wak,Moses,sahabatku sekalian dan pengemar yg bisu di dalam blog wak ini.

Aku tak tahu nak berhujah atau menghuraikan tapi aku ada kefahaman aku sendiri bab cerita ini.

Cerita yang nampak sempoi ini tapi penuh dengan mesej yang diselitkan secara langsung mahupun tidak langsung.

Yang di perlihatkan watak org tua yang rendah sgt tetapi sebenarnya TIDAK di 1 sudut yang lain.....

Sapa yang makan ais batu ia akan rasa seram sejuk.Renung-renung sedalam-dalamnya diri ini

Syahdulak aku ni.Bravo wak...excellent job to bring this forward

"bukan kah ALLAH dan MUHAMMAD itu 'qoribun' dan 'aqrabu mim hablil warid'

moses said...

Salam utk semua

Andailah kata jika aku terlalu akrab dgn orang yg kaya harta benda dan berkedudukan tinggi usahkan wang yg diberi silap2 rumah dia pun dah jadi macam rumah aku sendiri boleh keluar masuk sesuka hati

Tu baru kenal dgn sesama manusia
kalau kenal dgn Maha Pencipta usahkan menyeluk saku ada duit, silap2 tercangkul emas dalam tanah

*setakat kenal tp tak pernah berhubung tak jadi jugak...huhuhuhu

WAK JONO! said...

Moses,
gitulah sejarah bagaimana Sunan Kalijaga yang kepingin mengambil tongkat emas seorang tua tetapi apabila orang tua itu (ahli wali songo yang akhirnya sunan kalijaga juga termasuk dalam kumpulan itu) menukarkan sekilingnya menjadi emas termasuk pokok2 baru ia tersedar semua itu bukan yang dicarinya..akhirnya jadilah dia wali yang banyak mengubah budaya Jawa yang pekat menyembah berhala kepada muslim sejati

moses said...

Salam sejahtera...

Secara kebetulan wak berbicara hal peribadi sunan kalijaga maka aku pun nak tambah serba sedikit latar belakang sultanuaulia tersebut

Beliau lah wali yg ramai di sebut kalangan masyarakat jawa. Lahir sekitar 1450 masehi.Ayahnya bernama Arya Wilatikta, Adipati Tuban
Berketurunan dr tokoh pemberontak Majapahit Ronggolawe.
Sebelum mendapat gelaran kalijaga namanya adalah Raden Said.
Ada juga yg memanggil beliau Raden Abdulrahman,Pangeran Tuban dan sbgnya

Orang tua yg beliau jumpa itu bukanlah dikalangan para wali songo tetapi org tua tersebut adalah Nabi Allah Khaidir
Disebabkan hendak di filemkan maka profesor Hamka menggantikan dikalangan wali(wajah nabi tak boleh difilemkan)
Tiga tahun beliau dok tepi kali(sungai)sehingga ditenggelami air semata2 menunggu kehadiran semula Nabi Khaidir untuk mencari titik `BA`.(beliau tidak lemas krn mukjizat khaidir) Kerana itulah beliau mendapat gelaran Jagakali or Kalijaga

Beliau adalah idola hidup ku huhuhuhu.....amma ba`du

WAK JONO! said...

Sunan Kalijaga antara pendakwah yang menggunakan pendekatan seni dan berbeza caranya berbanding para wali yang lain. Beliau mengubah cerita wayang kulit yang tahyul dengan cerita2 Islam dan sesiapa yang ingin menonton diwajibkan mengucap dua kalimah syahadat. Dia mengajar bernyanyi malah dia dan anaknya Sunan Muria (suka beruzlah di Gunung muria)yang mempelopori beberapa permainan tradisional seperti permainan ibu ayam dan helang..ingat? helang cuba menyerang anak2 ayam dan ibunya cobe mengawasi anak2nya..permainan ini simbolik kepada akidah yang kuat mampu menghalang gangguan dari kejahatan..Sunan Kalijaga pernah bermimpi Rasulullah SAw menghadiahkan jubah dan apabila terjaga dia mendapati ada jubah yang muat dengannya..Sunan Kalijagalah yang cuba memujuk Syeikh Siti Jenar agar jangan membuka rahsia dengan bebas tetapi Syeikh Siti Jenar enggan dan sanggup menerima hukuman bunuh yang diputuskan sidang wali..sambung moses kalau ada lagi maklumat tentang idola kita

moses said...

kalau nak suruh aku sambung lg kena wat tajuknya...nantikan aku cerita kalijaga pernah menyelamatkan aku dr tindakkan majlis agama islam kecoh lak blog ni huhuhu...sedangkan tajuk wak ni seorang tua dikaki gunung....

Lupakan saja.....wallahhu`alam

Anonymous said...

salam kalian yg aku hormati..
sekarang baru aku tahu mengapa syeikh siti jenar dihukum.aku kira ilmunya syeikh siti jenar sama ilmunya para walisongo berbeda.lantaran itu hukuman dijatuhkan.betapa aku sudah tersalah andai sama walisongo..

WAK JONO! said...

kalian bisa cari vcd kisah riwayat sunan kalijogo part1 dan sambungannya sunan kalijogo vs syeikh siti jenar...cerita wali songo pun ada..cari saje..

Anonymous said...

salam

moga allah memelihara jiwa sunan kalijaga dan syeikh siti jenar.moga kita menjadi penyambung usaha mereka.

hamamayu hayuning bawana

ki ageng pengging