Tuesday, October 21, 2008

Kartolo nak bakar syurga!

sedang Wak berbual dengan Gusti Adipati di laman rumahnya pada waktu malam, tiba-tiba terlihat dalam gelap kelibat Kartolo berjalan meluru seperti mengejar sesuatu sambil memegang jamung (api seperti obor untuk menyuluh perjalanan waktu malam). lantas kami berdua berlari mendapatkan Kartolo.

"Mahu ke mana kau Kartolo?" tanya Adipati.

Wak lihat keadaan Kartolo seperti sedang terkejut dari tidur.

"Aku mahu bakar syurga kerana manusia hanya cintakan Allah kerana adanya syurga. Cinta yang sejati haruslah semata-mata kerana Dia dan tiada sandaran dengan yang lainnya!". "Perantara harus dimusnahkan agar cinta yang diserahkan benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran"...

......Kartolo sehabis kata-katanya terus duduk bertinggung sambil menangis teresak-esak sebelum pulang semula ke kamarnya begitu saja selepas itu..

19 comments:

Unknown said...

Itulah yang dikesalkan Wak, manusia ingatkan Allah kerana upahnya, pahala dan syurga. manusia sungguh tidak mengenang budi!. Adakah seorang bertaraf hamba berhak meminta upah dari Tuannya?

Manusia takut hantu, tidak takut Allah. Manusia cinta sesama manusia, tidak cinta Allah. Manusia sayang harta, tidak sayang kepada pemberi harta. Adakah manusia sebegini lebih baik dari makluk lain seperti binatang dan tumbuhan?

Itulah sebabnya Kartolo mengamuk mau bakar syurga. Memang Kartolo sedih dan marah.

Mogen Ali Rico said...

Kita ungkapkan di awal setiap solat "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t."

Manakah yang lagi penting, ganjaran atau mengharapkan keredhaanNYA?

ajanggut said...

"kalau tangan kanan yg memberi...
usah di ketahui oleh tangan kiri"

"Dan yg nak menulis pun tidak tahu apa yg nak di tulis @ patut di tulis"

Memang beginilah keadaan kita di dunia akhir ini...."ibarat perokok"
kalau di tanya kamu ada rokok? maka di jawabnya ya, saya ada rokok.Tetapi rokok yg bagaimana ada di tangannya?sedangkan kita banyak melihat kotak rokok,puntung rokok dan kadang² sebatang rokok di tepi² jalan @ di merata² tempat....

Anonymous said...

salam wak..
bukankah mengharapkan syurga,harap dapat keredhaanNya,harap dapat keampunanNya dsb itu satu permintaan.satu permohonan.tak malu ke kita nak minta itu ini?satu lagi wak,tak malu ke manusia tetiba je nak mengaku jadi hamba Allah..

moses said...

Kalau Kartolo nak bakar syurga krn marahkan manusia mahukan ganjaran dr Allah, aku langsung tak nak apa-apa.... syurga pun aku tak nak, pahala pun aku tak nak, neraka dan dosa lagi la aku tak nak...!!

Apa yg aku mahu PENCIPTA syurga dan neraka, dan PENGUBAL undang2 pahala dan dosa

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah mereka yg berjihad (menyuci hatinya) diantara kamu dan belum nyata mereka yg sabar

Ali Imran
ayat 142

moses said...

Salam ajanggut....

Apa maksud anda yang nak di sampaikan...??? aku cuba menyelami tapi tak kesampaian... harap bantuan.
tq.

Unknown said...

Salam untuk semua.

Buat Tuan ajanggut:

Nampaknya saya dan sdr. moses sama-sama tidak dapat menagkap apa yang saudara maksudkan. Adakah ayat di bawah ini saudara tujukan kepada diri saudara sendiri?

"Dan yg nak menulis pun tidak tahu apa yg nak di tulis @ patut di tulis"

Maaf, kalau salah tolong betulkan.

Anonymous said...

salam.
Tuhan menjadikan segala-gala berpasangan: nak pahala x nak dosa, nak syurga x nak neraka, dll lagi. hakikatnya perkara yang sedemikian telah diajar sejak kita kecil lagi oleh ustaz kt sekolah, mak bapak kat rumah: buat baik agar dapat pahala dan nanti boleh masuk syurga.. Jadi, siapa yang bersalah? sedangkan segala-galanya sepatutnya lillah. x gitu? Permainan Allah sangat halus dan terperinci, lantaran itu segala yang ditilik terletak di hati..

WAK JONO! said...

maksud ajanggut tu IKHLAS dlm amalan sehingga tangan sebelah taktau apa yg dibuat oleh yg satu lagi..

dan malaikat yg nulis idi kirikanan tu taktau apa yg nk dtulis..

hihi!dah tak ditulis2 lg..

Cheguman said...

Ku2,
Tak ada siapa yg salah. Masing2 mengikut 'level' masing2. Tahap budak2, kita upah jika dia dpt berpuasa penuh. Takkan dah tua bangka pun nak berupah jugak kalau dpt berpuasa penuh.

Tapi, orang bagi kita ambik la.

Unknown said...

Terima kasih Wak di atas penjelasan itu.

Bagi orang awam pandangan demang itu betul. Tapi mau kenakan yang dewesa kaa..

Anonymous said...

Hanya tuan syurga sahaja yang boleh membakar atau menghapuskan syurga.

Kenapa kamu melarang orang-orang bersembahyang.........(petikan Al-Quran)

Unknown said...

Tapi di masa itu adakah itu Kartolo sebenarnya?

WAK JONO! said...

siapa wak? siapa Kartolo? siapa adipati?..siapa Dia?

moses said...

siapa wak? siapa Kartolo? siapa adipati?..siapa Dia...???
siapa la agak2nya kan...!!!

Saksilah pada yg banyak itu kpd yg satu iaitu dgn kta melihat dan yakin bahawa semua kelakuan dan perlakuan di dunia ini datang dr yg satu iaitu perlakuan zat Allah semata2

Manusia itu adalah rahsia KU dan Akulah rahsianya

Anonymous said...

siapa wak? siapa Kartolo? siapa adipati?..siapa Dia...???

salam semua warga Wak Jono,
saya adalah pendatang baru, tapi amat berminat dgn apa yg dibincangkan.
Izinkan saya memberi respon untuk soalan di atas....

segalanya adalah DIA... kita hanya cerminan sahaja atau bayang2 saja.
sekiranya harap tunjuk ajar.

Anonymous said...

Salam wak dan sahabatku sekalian,

Bila masa jadi bayangan dan bila masa jadi kebenaran?

Bila masa nak guna gear 1,bila masa nak guna gear2,bila masa nak guna gear 3 dan seterusnya?

Dimanakah harus diletakkan diri ini?

# mengharapkan teguran yg membina

Anonymous said...

Bila masa jadi bayangan dan bila masa jadi kebenaran?
salam semua,
izinkan saya beri respon kpd persolan ini dr diri yg tiada apa sebenarnya.kalau salah, harp wak tlg betulkan.

letakkan diri pada tmpat yg sepatutnya diletakkan.kerana diri yg tiada tp ada akan fana ,hancur luluh bila bersama.maka, akan rasailah apa yg dikatakn zauk...

suatu prasaan yg x dpt dibeli dgn wang ringgit dan x dpt d ceritakan kenikmatannya.....
bukan persoalan nak pakai gear berapa...itu kalau d awal perjalanan. .Maaf wak, harap wak betulkan andainya tersilap.
persoalan dalaman ini kadang sukar nak diungkapkan.
sekian.

WAK JONO! said...

masing2 makan rambutan masing2 rasakan manisnya...bagaimana manis kalian tak sama dengan manis wak rasa..wak tidak pertikaikan manis yang kalian rasa kerana wak hanya dapat rasa apa yang wak rasa..untuk kalian,kalian punya rasa..untuk wak, wak punya rasa..satu untuk kamu, satu untuk aku..yang nyata tetap SATU