Tuesday, October 14, 2008

bicara cinta Dewi Ratna..

wak pernah cuba melamar dewi Ratna Ratu Indera suatu masa dahulu..Perawan ini menghabiskan masanya dengan menyerahkan dirinya kepada yang Maha Esa!

..Suatu ketika dia mengirim tiga batang lilin, sebatang jarum dan sehelai rambut kepada Wak..

" jadilah seperti lilin ini yang dapat menerangi dunia dan dapat pula membakar dirimu!"
" Jarum ini pula sanggup beramal/bekerja walaupun dalam keadaan telanjang!"
... jika dapat kau lakukan seperti barang itu beribu tahun maka engkau tak akan berbeda dengan rambut ini!" ujar dewi.

"Apakah kau mahu kita bernikah?" tanya Wak yang menanggapi tegurannya.

" Ikatan pernikahan berlaku bagi orang yang masih memiliki dirinya! aku telah melebur diriku dan lenyap ke dalamNya!" Keberadaanku adalah melalui Dia. Aku sepenuh milikNya!..aku hidup dalam bayang-bayang kawalanNya..kau harus melamar kepadaNya jono, bukan kepadaku".

"bagaimana engkau dapat menemukan rahsia itu Dewi?" tanya Wak.
"aku telah kehilangan sesuatu dan sesuatu itu ternyata ada padaNya' jawab dewi.

wak bertanya bagaimana Dewi mengenali "DIA"?

"Aku mengenali tanpa suatu cara. Sedangkan engkau mengenali 'cara'!"

14 comments:

Unknown said...

Salam buat Wak,

Itulah Wak kan kita sama-sama tahu "Bila kenal diri kita akan kenal Allah. Bila kita kenal Allah maka hilanglah/leburlah/hancurlah diri"

Kata-kata Dewi Rata itu betul, namun di masa yang sama kita masih berada di alam lahir dan Muhammad saw diutus ke dunia untuk manusia mengenali Syariat, Tarikat dan langsung Hakikat.

Selagi kita berada di alam lahiriah ini kita wajib ikut syariat. Maka kahwin/nikah adalah Syariat. Walau pun Muhammad Bin Abdullah saw adalah seorang Nabi dan Rasul @ kekasih Allah namun Baginda masih berada di alam nyata/lahiriah. Lebur diri hanya di alam fana.

Sebenarnya Wak dan Dewi Ratna bertentangan alam, bukan fahaman.

Kalau saya salah tolong betulkan saya Wak.

WAK JONO! said...

Sahabat wak kang mount.wak akui kebenaran kata2 tu. Sbb itulah muhammad contoh sebaik2nya bukan yg lain walau yg lain belum tentu salah.nanti kita bincang lebih panjang lepas kisah ni

moses said...

Bab nikah kahwin ni aku no commend, nanti ramai pulak yg jadi tupai. hahahaha....

Anonymous said...

salam wak..
bicara wak semakin dalam.komen-komen semakin bagus.aku pulak semakin kacau wak.. semakin huru-hara.. tapi aku semakin ingin tahu.aku tunggu kisah yang mendatang wak.jangan sampai gegar otak aku..

ajanggut said...

hmmm! apakah yg menterjemah kan tulisan ini sebenar nya Wak? warna hitam tulisannya kah @ warna background????

syariat = ......
tarikat = ......
Hakikat = ......
....... = fana

kalu kurang 1 bagaimana yea....

Anonymous said...

salam moses dan ajanggut..
bleh aku mintak email ko orang.kalau tak mau display,bagi sama wak,nanti aku mintak sama wak..

Unknown said...

Izinkan saya mencelah Wak.

Buat sdr.ku ajanggut: Ucapan terima kasih banyak di atas teguran sdr.

Sememang tidak kurang sdr. tetapi tidak disebut sebab nat relatekan dengan cerita cinta Wak. Sorry Wak ye..

Memanglah untuk mencapai makam Fana mesti lalui maarifat dulu sebab tanpa maarifat "aku" masih lagi "aku". Untuk mencapai Fana "aku" mesti dihancurkan.

moses said...

Manusia yg hendak menuju kpd Allah hendak lah mengetahui 4 kelas ilmu iaitu SYARIAT,TARIKAT,HAKIKAT,MAKRIFAT.
dan hendaklah mengekalkan ke empat2 kelas ilmu itu dlm hidupnya utk menjadi manusia yg sempurna disisi Allah dan masyarakat. mereka juga akan terlepas dr tuduhan tomahan,cela maki dr satu pihak dgn satu pihak fahaman yg lain

Sesungguhnya bg mereka yg mengamalkan Syariat tanpa HAkikat adalah hampa bagaikan paditdk berisi, dan org2 yg mengamalkan Hakikat tanpa Syariat sama spt sebiji isi tanpa kulit,maka tentulah tak blh hidup dlm masyarakat ramai

4-aku... mussadeen@yahoo.com.my

ajanggut said...

Saudaraku semua bagaimana utk aku mengekalkan & menjaga tubuh,hati,nyawa,fana..
sedangkan aku ini cuma sebaik² kejadian shj....bukan sempurna
kurang 1 batal lah semua

Buat permulaan maafkan aku yg agak kurang ajar...mencelah di majlis org tanpa mengucapkan salam...jadi ku pohan agar anda semua dpt lah membetulkan @ memberikan tunjuk ajar kpd aku yg daif & naif ini...

saudara ku semua...aku ini kira nya begitu mentah sekali(ibarat budak yg baru nak tumbuh gigi..)

ajanggut@yahoo.com

WAK JONO! said...

haha..
teruskan kalian..
senang kerja wak bila ramai dah mula bicara!!

Unknown said...

Sahabatku Wak,

Walau apa pun kami mahukan juga pendapat dan komen Wak. Kan percambahan minda itu bagus.

Anonymous said...

Salam Wak Jono,

Saya tetamu baru ke rumah Wak.
Indah lamannya. Nyaman bicaranya.
Bakal kerap saya mengunjunginya.
Izinkan saya bersekolah di sini.

Salam takzim

WAK JONO! said...

sahabatku semuanya,
maaf wak sibuk dan lambat jawab..kita bisa saja teruskan diskusi ini di entry2 akan datang..mount sobatku,wak akan berbicara dan kita teruskan di mana2 entry..inilah hebatnya diskusi ahli hakikat kerana mereka tidak pernah bertengkar jika berbeza pandangan dan saling mengaku org lain lbh hebat drpdnya sedang pihak lain terkadang2 masing2 mahu membuktikan dia yg lebih hebat

kerajaan rakyat,
selamat datang!

Anonymous said...

Salam Wak dan Semua....hehe